Liga Super 2014 | Selangor vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 12 April 2014
8:45 Malam
Stadium Shah Alam, Selangor

Selepas mengharungi 11 perlawanan, Perak hanya berjaya menang 2 perlawanan dan tewas dalam 7 perlawanan dengan mengumpul hanya 8 mata. Sememangnya 2014 adalah tahun yang amat sukar untuk Perak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini mengundang pelbagai reaksi yang negatif daripada para penyokong yang kurang senang dengan prestasi semasa pasukan. Benar, Perak telah mempamerkan corak permainan yang menarik, tetapi ianya menjadi sia-sia jika tiada kemenangan diraih.

Selangor, sebuah pasukan yang dikatakan antara pesaing terhebat cukup liat untuk ditumpaskan. Selepas berjaya memalukan Perak di Ipoh minggu lalu, mereka dilihat bakal mengulanginya di Shah Alam sekiranya Perak gagal bangkit di pusingan kedua ini. Perak yang mengambil langkah drastik menggugurkan 3 awang import sedia ada dan menggantikan dengan tenaga baharu dilihat mampu mencipta kelainan Sabtu nanti.

Kehadiran Hasan Daher, Milan Purovic dan Abdulafees bakal dinilai seawal penampilan pertama mereka nanti. Mereka perlu sedar bahawa mereka bakal menghadapi satu tugasan yang amat rumit untuk mengubah persepsi ribuan penyokong Perak yang dahagakan perubahan dalam pasukan Perak. Mahu atau tidak, tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi.

Misi yang amat mencabar menanti Perak di Shah Alam kerana kali terakhir Perak menewaskan Selangor di laman mereka adalah pada 2 Februari 2008 dengan jaringan 4-2. Selainnya, 2009 hingga 2012 Perak tewas, cuma tahun lalu Perak berjaya mengikat Selangor 1-1 hasil jaringan Nor Hazrul Mustafa minit ke 19 sebelum disamakan oleh Raimi Mat Noor minit ke 90. Itu pun selepas Rafael De Souza dilayangkan kad merah. Itu kisah tahun lalu.

Namun begitu, hakikatnya, jika Perak berjaya mengubah sedikit corak permainan, tidak mustahil kita juga mampu memecah rekod tanpa kemenangan di Shah Alam selepas hampir 6 tahun. Tiada apa yang penyokong harapkan melainkan kemenangan tidak lebih daripada itu.

Ini merupakan perlawanan yang amat penting buat Perak. Perlawanan yang bakal mengubah suasana sokongan kepada pasukan. Percayalah, jika keputusan perlawanan mengecewakan, keadaan bakal menjadi semakin parah, mana tidaknya, langkah perubahan telah dibuat tetapi gagal menghasilkan apa-apa itu adalah sesuatu yang sukar diterima.

Nota: Gambar hasil nukilan salah seorang sahabat SDN.

Selangor vs Perak

Selangor vs Perak

Likes(9)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Liga Super 2014 | Selangor vs Perak (preview)

  1. Jasbisa

    teman harapkan burn turunkan hardi di bahagian tengah bersama norhakim, zyar win dan azli. penyerang gandingkan asyraf bersama purovic/abdulsalam. defend macam biasa takde masalah. Sekiranya penyerang perform malam esok, kemenangan pasti milik kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Asik org lain je yg komen pasal lineup, meh teman plak bubuh sini...

    Striker bubuh kedua2 import baru kita tu, Purovic dan Abdulafees pastu tengah letak Zyar Win, Norhakim Isa, Ridzuan Azli dan sorang lagi ikut sukalah sape pon tapi prefer yg ada kemampuan defensive mid. Defend Hasan tu ada ke takde sama je defend Perak. Yang penting sekarang tgh ada 3 attacker campor 2 striker import. Serangan kena padu dan jgn sibuk sgt nak defend memanjang. Parking je 3 org belah atas dgn 3 import tu. Balance 7 bole defend kalau kena serang. Logiknya kalau ada 3 standby belah atas takkan bodo sgt selangor nak letak 3 org jaga...betoi? Paling tidak musti 4 org baru balance ataupun 5. so campor tolak bahagian serangan selangor pon dah kurang utk support attacking. Soalnya kalau kita dok tumpu nak defend bila masa pihak lawan nak berundur ke kubu sendiri. Dan yg paling penting sekali keeper JANGAN BUAT LAWAK BODOH!!! itu je nak pesan.

    Likes(6)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Line Up Impian Base on Keupayaan Sedia Ada:

    GK - Razi Effendi

    RB - Tuah Iskandar
    LB - Nor Hazrul
    CB - Raffi
    CB - Hisyammuddin

    AMF - Zyar Win
    MF - Nasir
    MF - Nor Hakim
    MF - Sukri

    FW - Milan Purovic
    FW - Abdul Salam

    Main macam biasa. Tapi kalau tengok perlawanan sebelum ni, Burn prefer start dengan 4-5-1. Pakai single striker, Zyar Win Back up. Boleh jugak. Mungkin Try seorang dulu Abdul Salam, Milan masuk 2nd half.

    Sebabnya, game Perak ok. Pertahanan memang boleh dibanggakan walau pun tanpa import. Mungkin Hassan akan digandingkan dengan Raffi atau Hisyamuddin. Azmeer cedera. Mungkin Raffi main LB. Yang penting jentera tengah kena keras sikit. Intercept gerakan lawan, attack cepat. Guna Abdul Salam yang sebelum ni katanya boleh bergerak solo dengan bola ala2 Mat Yo. Itu pun kalau dia boleh main macam di kelab lama dia la.

    Likes(5)Dislikes(0)
  4. nuarkama

    Salam warga SDN..

    Teman dah malas nak predict line up yang bakal burn turunkan esok..buat sakit hati jer..karang ada lak player yang sakit perut last minit dan sudahnyer si shahjaszle yang berbisa gak yang main..pandai dia le nak atur cemane sebab result game esok pun bakal menentukan karier burn sebagai ketua jurulatih (burn ada lesen kelas A).
    Teman cuma mengharapkan permainan perak lebih tersusun dengan adanya pemain import terbaru ni..takde lagi buat hantaran 2 yang mengarut dan kelaut..
    Kepada player perak yang terpilih untuk beraksi esok tolong sematkan didalam kepala yang kita mahukan kemenangan. Balas dendam diatas kekalahan bangang (sape ntah ajor tekel kaki player dalam kotak penalti) tempo hari. Teman percaya bahawa pemain pemain muda Perak seperti tuah,nasir, razi memang dah lama inginkan untuk merasai nikmat kemenangan (idok le asyik ngutip bola dari gawang sendiri je)
    Banyak cakap pun tak guna..last word dari teman KAMI MAHU PERAK MENANG!

    Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.