Liga Super 2014 | Perak vs Selangor(preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 5 April 2014
8:45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Harapan tetap diberikan biarpun Perak gagal mencuri sebarang mata di Kuantan Sabtu lalu. Bertemu dengan Selangor bukanlah tugasan yang mudah kerana mereka hanya tewas 2 kali iaitu ketika bertandang ke Larkin bertemu JDT dan Lions XII. Selebihnya, mereka menang 5 perlawanan dan seri 2 perlawanan.

Kesempurnaan yang dimiliki oleh Selangor dilihat menjadi faktor utama yang menyebabkan prestasi mereka berjaya dikekalkan. Ketajaman Paolo Rangel bekas pemain Perak musim lalu tidak dapat disangkal lagi. Boleh dikatakan setiap perlawanan beliau menjaringkan gol setakat ini.

Namun begitu, bersandarkan rekod pertemuan di Ipoh sebelum ini, Selangor tidak pernah menang sejak tahun 2010. Musim lalu, Selangor hanya mampu seri 1-1 di Ipoh. Misi 3 mata di Ipoh bakal diteruskan oleh Selangor dikala Perak yang kini berada dalam keadaan terbaik untuk bangkit selepas berjaya mengikat 3 pemain import baharu. Masih terlalu awal untuk menilai ketiga-tiga mereka kerana difahamkan, pertemuan Sabtu ini adalah penampilan pertama mereka bersama pasukan Perak.

Dengan kehadiran nafas baharu dalam pasukan Perak dapat memberi impak yang positif, terutama keputusan perlawanan. Diakui, kelemahan penyudah untuk jaringan menjadi punca utama kemerosotan ini. Ini bukan lagi masalah pasukan Perak sahaja malah terbukti ianya adalah masalah negara juga dilihat kepada prestasi semasa pasukan kebangsaan.

Oleh yang demikian, menang dengan Selangor bukanlah mustahil biarpun prestasi pasukan terumbang-ambing pada ketika ini. Pasukan Selangor sendiri mengakui mereka agak gusar dengan jadual padat perlawanan kerana mereka terlibat dengan perlawanan Piala AFC. Kesempatan ini harus dipergunakan Perak sebaiknya untuk mencuri 3 mata berharga. Percayalah, 3 mata di Ipoh Sabtu nanti adalah titik tolak kebangkitan Perak dan ‘point’ utama untuk penyokong kembali yakin dengan pasukan kesayangan mereka.

Likes(9)Dislikes(3)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Selangor(preview)

  1. Raul hashim

    Razi
    Tuah-hasan-hisyam/raffi-azmeer
    hazrul-acer-hardi
    zayar win-imaad-khairul

    Sila gugurkan nazri kamal, burn dan shahrizal saad

    Likes(5)Dislikes(1)
  2. keristujuh

    "MIsi Kemenangan" bagi pasukan Perak.
    Jangan hilang dari "Radar Liga Super" udahle...
    "Bangkitlah" dan capai kemenangan tidak kira siapa lawan yang akan ditentang...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    gugurkan nazri dan shahrizal. cari 2 penyerang tempatan berkualiti. Pafa mesti cari pengganti Eliel, at least macam seator atau repasi.

    Likes(1)Dislikes(0)

Comments are closed.