Liga Super 2014 | Perak vs Selangor (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 5 April 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 1 Selangor

Perak yang turun dengan 2 pemain import iaitu Zyar Win dan Hasan Daher terus menerus buntu di babak pertama untuk mencipta jaringan. Shahrizal Saad dan G Mugenthiren seperti biasa tumpul di barisan serangan. Mereka sering berada dalam posisi yang tidak sesuai untuk menerima hantaran.

Bahagian tengah bagaimanapun agak baik dengan kawalan bola dan bertukar-tukar hantaran. Tetapi, selepas itu agak mudah kehilangan bola apabila hantaran dibuat kepada barisan serangan. Benar, ada percubaan-percubaan menarik, tetapi belum cukup untuk menerjah kubu kuat Selangor yang diketuai oleh Farizal Marlias.

Babak kedua, Perak tampil dengan sedikit perbezaan. Berjaya menguasai permainan dengan baik tetapi masalah yang sama seperti-seperti sebelumnya membuatkan anak-anak buah Abu Bakar Fadzim menggigit jari. Ketumpulan serangan terus menghantui Perak. Selepas ini, Perak perlu lebih serius untuk atasi permasalahan ini. Kehadiran penyokong tidaklah mengecewakan. Tetapi percayalah, jika ini berterusan Perak bakal bermain di Ipoh tanpa penyokong. Kekecewaan jelas terpancar dikala pasukan bermain baik di babak kedua tetapi tiada jaringan berjaya dihasilkan.

Dikatakan Imad Ghaddar mengalami kecederaan sedikit merencatkan percaturan Perak. Shahrizal Saad yang gagal menyerlah dan seolah-olah tiada dalam padang tiba-tiba dikenakan kad merah kerana menerjah pertahanan import Selangor.

Tewas 0-1 kepada Selangor melakar sejarah baharu selepas hampir 3 musim Selangor gagal menang di Ipoh. Tahniah Perak. Kembalikan barisan serangan dan barulah berfikir untuk percaturan yang lebih baik.

Likes(6)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Selangor (result)

  1. Jasbisa

    Pengurusan PAFA paling bodoh dan pilih kasih dlm sejarah pengurusan Liga M. Memang bagus Perak kalah malam ni. Kalau menang PAFA kata Perak kuat. Kalah tentu ada hikmahnya. Pengurusan PAFA muhasabah lah diri. Kalau tak mampu, berundurlah secara terhormat. PAFA,Dato Azhar, Burn ayuh muhasabah diri, jangan pilih kasih. Tolonglah gugurkan Shahrizal dan Nazri Kamal. Ramai lagi pemain berkualiti di luar sana.

    Likes(3)Dislikes(0)
  2. belanak

    Tahniah burn... Bakal mencipta nama dalam sejarah bolasepak Perak sebagai jurulatih pertama membawa pasukan ke Liga Perdana... Tahniah...

    Pemain dilihat seperti tahap Liga Presiden... Ada peluang shoot gol tetapi masih duk sia2 kan peluang yang ada... Hanya 1 gol itu pun penalti... Jika tidak memang seri la jawab nya dan hakikat nya kita tetap kalah!

    Taktikal kita jauh sekali... Mmg tiada... Peluang nak gol ada tetapi disia2kan... Kita sepatutnya boleh menang sekiranya peluang untuk sumbat gol tu dimanfaatkn dgn cara berhemat..ini duk gentel2 lebih...aduyai.... Aku kecewa!

    PRAY FOR PERAK F.A.

    Likes(3)Dislikes(0)
  3. angahbg

    Bukan nak backup burn dato azhar tapi dengan player dan bajet yg ada saya rasa ini jer burn mampu buat tapi pasal pemihan shahrizal saad tu boleh dipertikai dan dato azhar pulak baru semusim pegang rasanya tak adil nak hukum dia terlalu awal. Masalah ini bermula masa 2012 rasanya masa perak singkirkan pemain batch fazrul hazli dan fakhrul razi,kubala,bodjongo tapi pemain macam nazri kamal, syazwan roslan boleh plak sambung. Dan kalo tgok azrai khor pon struggle dgn pemain yg lebih berkualiti pada season lepas tambah2 dgn musim ni semua pasukan lain yg mmg serius berbelanja utk pasukan masing2 tetapi perak cuma mampu dgn player presiden tapi ini hanya pandangan peribadi je la...

    Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.