Liga Super 2014 | Perak vs Johor Darul Takzim (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 15 April 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 1 Johor DT

“Success consists of going from failure to failure without loss of enthusiasm.”
-Winston Churchill-

“The general who wins the battle makes many calculations in his temple before the battle is fought. The general who loses makes but few calculations beforehand.”

“To see victory only when it is within the ken of the common herd is not the acme of excellence.”

-Sun Tzu-

Likes(1)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Johor Darul Takzim (result)

  1. YB

    Adoilaaaaaaaaaaaa... apa la ada dalam pikiran kome wei coaching staff Perak FA? Dah 2 game lawan dengan pasukan yang main 10 orang tapi masih lagi tak mampu nak menang... seri pun tak boleh ke??. Dalam pada kita tertinggal 1 gol dan pihak lawan main 10 orang masih nak letak 4 defend? Masih nak pakai import Hassan kat defend? Pikir la betul2 wei... letak ajerlah 3 import kat serangan Milan, Hafez dan Zayar. Sibuk sangat nak defend lagi tu apasal? Sepatutnya management pun kena pikir sama, ambik lagi sorang striker import ganti tempat Hassan. Perak tak perlu defend lagi !!! Local player kita pun ramai yang boleh amik alih tempat defend tu. Masalahnya sape local player yang boleh jadi striker???? Kamon la Dato Azhar.. jgn nak bajet2 sangat... kita kena menang dah ni...

    JANGAN JADIKAN DIRI KOME DALAM PERAK FA TU SEBAGAI SALAH SATU SEJARAH HITAM BOLASEPAK PERAK YANG TERSUNGKUR KE LIGA PERDANA !!!!!

    Likes(9)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Adakah sejarah baharu Perak bakal tercipta? Ada yang berpendapat PAFA seharusnya sudah 'switch on' kan 'panic button' . Atau PAFA tiada sebarang butang pun?

    Pentadbiran yang maha kelam kabut. Tindakan yang menghasilkan sesuatu tiada manfaat langsung.

    Adakah masih selesa dengan corak permainan cantik? Bermain dengan baik, tetapi tidak menghasilkan gol adalah sesuatu yang amat KRITIKAL dalam bolasepak. Puas hati jika dilabelkan pasukan corot tetapi dibelasah 3-0 4-0 atau 5-0. Ini sekadar beza satu gol amat menyakitkan hati dan sangat-sangat kecewa.

    Faham. Pemain-pemain dan pihak pengurusan juga melakukan yang terbaik. Jika ini yang terbaik sudah dilakukan, memang tidak baik sangatlah PAFA ketika ini. Sehinggakan menghuni tangga tercorot liga. Memalukan. Sambil berbangga dengan rekod tidak pernah jatuh ke Liga bawahan, itu semua nonsense!

    Jangan salahkan penyokong semalam. Mereka sudah banyak bersabar. Sanggup berkorban masa untuk datang stadium biarpun ada Live di TV! Tidak semena-mena anak bini menahan kepedihan mata akibat gas pemedih mata semalam. Wajar, stadium dikosongkan selepas ini. Hanya yang tegar akan tetap berdiri. Bertahun mereka berdiri tanpa sebarang rengekan atau protes. 2014 mungkin sudah kemuncak kesabaran. Ditambah dengan provokasi kenegerian yang makin menjumudkan pemikiran rakyat sekarang.

    Sedarlah, bolasepak Malaysia sekarang tidak lagi menyatukan, sebaliknya mencetuskan perbalahan dan disulami dendam kesumat. Sampai bila bila pun tidak akan selesai masalah jika ini berlarutan.

    Untuk warga dan sahabat di laman seladang.net, jangan terjemahkan kekecewaan anda dengan tindakan BODOH! Lemparkan dan nukilkan di sini perasaan anda secara profesional. Kita penyokong yang berminda waras, jangan diikut kebodohan orang lain, kelak kebodohan itu akan mencerminkan bodohnya kita.

    Likes(3)Dislikes(0)
    1. YB

      Pafa takde panic button, yang ada Escape Button!!! kalau jadi apa2 ramai yg akan larikan diri.. ramai yg kasi alasan.. apapun yg deme buat kalau ini yg terbaik maksudnya deme HANCOR!!! letak jawatan ajelah sape yg rasa diri dia tu bermaruah... jgn jadi bacol la!!! jangan jadi sampah !!!

      Likes(4)Dislikes(1)
  3. haemo

    keputusan kalah lagi..mcm dah lali je dgr utk musim ni..pergi stadium utk tgk kekalahan.TOLONG lah pihak PAFA..lakukan perubahan demi MARUAH,MARTABAT negeri PERAK.masih ade masa utk buat mcm tu..kalau anda(pengurusan) rasa tak mampu nak uruskan PAFA...silakan LETAK JAWATAN secara terhormat.kami sbg PENYOKONG dan PEMINAT serta ANAK JATI NEGERI PERAK mohon sgt2 buatlah sesuatu supaya TBG tak jatuh ke LIGA PERDANA.kalau anda(pengurusan) kata anda TELAH LAKUKAN YANG TERBAIK..kami sbg penyokong dan peminat katakan ini bukan yang TERBAIK dan BUKAN YANG KAMI NAK..kami terima kalau tak boleh jadi JUARA LIGA SUPER,kami terima kalau tak dapat walau 1 PIALA..kami terima kalau kedudukan bukan dari TOP 5..TAPI kami tak boleh terima sekiranya pasukan kesayangan kami JATUH KE LIGA PERDANA 2015..ANDA(PENGURUSAN) harus bertanggungjawab dengan SEJARAH yang anda CIPTA..

    Likes(2)Dislikes(0)
    1. YB

      Bravo yob!!! mike baru penyokong sejati bukan MACAI PENJILAT!!! gila apa dah duduk corot pon still ada org dtg stadium tgk bola.. ada lagi yg boleh thumb up pada management dan player.. langsung takde banner yg hentam pafa.. srmua sokong semua setuju.. jangan jadi bangsat woi... dulu zaman karathu dan zaman raja azlan berator kome maki dia, naik banner tak cukup satu, keluor paper lagi hentam deme.. SKANG APACITAAAAA!!!!! Karma yob Karma.. kalau kita naya orang, tuang pasir dalam periuk nasi orang... ni la balasan Tuhan pada kome... management pafa dari atas Presiden sampaj ke bawah kena bertanggungjawab!!!..

      Likes(3)Dislikes(1)
  4. nuarkama

    Kita dah kalah secara berturut-turut dengan jayanya..Ini bukan nasib..Kita memang kalah sebab defend yang culas..
    Perak kini bukan lagi pasukan yang elit..
    Memang pemain kita masih hijau..muda dan mentah..gaya permainan pun tak tetap dan selalu berubah..
    Pasukan Perak ini perlu dibina semula..dari akar umbi..
    Kita perlu terima hakikat yang tiba-tiba team Perak kuat semula dan menang berterusan adalah mustahil..sekadar beri cabaran pada pasukan lain itu mungkin..
    Main dekat Liga Perdana pun dapat hadiah juga..itupun kalau jadi juara atau naibnya..
    Mungkin lebih sesuai dengan taraf permainan semasa..Tiada rendahnya martabat main di Liga Perdana..tapi lebih hina kalau main Liga Super tetapi kedudukan tercorot..
    Tak nampak player enjoy dengan game mereka..muka semua kusut sebab tertekan mencari gol,tekanan dari pengurusan,tekanan dari jurulatih..
    Apa yang boleh diterjemahkan adalah kita perlu terima yang Perak bukan lagi team yang digeruni..Ini zaman kejatuhan..Tak selamanya di atas..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Zaman 2009 dgn 2010 pon player lagi ramai yg muda, 70% muda dan takde import, tapi deme berjaya tunjukkan kredibiliti dan taktikal coach pon takde la teruk mana sangat. Masa tu berabuk deme henyak deme hentam deme lanyak coaching staff. Skang dgn bajet yg kabonya banyak, dgn barisan player yg takde la ceroi mana ... tapi kita dok kat corot.. kamon la yob.. pasrah adalah sebahagian dr sikap tapi berserah membabi buta tu adalah manusia yg dangkal fikiran... jalan masih ada...usaha masih bole dilakukan.. yg penting. PERCATURAN!!!! .... KITA MASIH ADA HARAPAN... TAPI HARAPAN ITU MAKIN TIPIS... SEBELUM IANYA LEBOR... BUAT LA SESUATU SEKARANG!!!

    Likes(6)Dislikes(1)
  6. angahbg

    Walaupun perit nak mengaku tapi kita mungkin akan main liga perdana musim depan ... hampir 70% rasanya kita ke liga perdana. dengan moral player yg dah down lepas tu pasukan macam sime darby pon dah menang mmg susah kita nak bangkit dan hanya harapkan keajaiban tahap superrr untuk stay di liga super patutnya pafa cepat ambik tindakan bukan dah half season baru nak ubah tgok macam TS Anuar musa terus pecat steve darby bila tak puas hati dengan line up dan keputusan perlawanan. Nak salahkan pemain pon apa guna mungkin itu mmg level mereka main dan coach pon takde pengalaman patutnya pfa berusaha carik pemain dan coach kalau nak betul nak manage perak. Rasanya dah berapa tahun dah fan perak sabar baru tahun ni meletup sebab duudk tercorot liga.
    Apa2 pon kalo kita jatuh liga perdana memang susah nak naik balik tgok je la negeri2 utara lain... P.pinang je mungkin wakil tunggal utara pada musim depan

    Likes(2)Dislikes(0)

Comments are closed.