Liga Super 2014 | Perak vs Johor Darul Takzim (preview)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 15 April 2014
8:45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Selepas kecewa dengan aksi lalu, Perak bakal melayan kunjungan JDT di Ipoh Selasa nanti. Sebelum ini, terdapat spekulasi mengatakan Abu Bakar Fadzim bakal digantikan dengan Velizar Popov menghangatkan lagi kancah bolasepak Perak yang dilihat semakin tenat.

Kenyataan bebas oleh Popov mengelirukan banyak pihak sedangkan beliau belum menerima sebarang tawaran atau kontrak untuk menjadi pengendali baharu Perak. Namun, jika dilihat aksi Perak di Shah Alam Sabtu lalu, tidak semua pemain beraksi buruk, tetapi, beberapa pemain menunjukkan kesungguhan yang jitu. Antaranya ialah Abdulafees Abd Salam yang mempamerkan mutu permainan yang agak baik biarpun beraksi kali pertama bersama Perak.

JDT, bukan calang-calang pasukan untuk musim ini. Mereka mewarnai musim 2014 dengan digelar pasukan paling ‘mewah’ dan berbelanja besar untuk memastikan mereka dapat apa yang diimpikan. Namun begitu, mereka masih berusaha untuk menempatkan diri dalam kelompok 3 terbaik ketika ini. Kini, mereka menghuni tangga ke 5 Liga dengan 19 mata berbanding pendahulu liga Pahang dengan 25 mata. Kegagalan meraih 3 mata menjadi punca mengapa mereka berada di kedudukan sekarang. 4 keputusan seri daripada 12 perlawanan cukup menceritakan kesukaran mereka merealisasikan 3 mata. Ini kerana, mereka hanya tewas 3 perlawanan, sama jumlahnya dengan pendahulu liga ketika ini.

Seperkara lagi yang menarik adalah, mereka bermain agak baik di laman lawan menang 3 perlawanan daripada 6 perlawanan setakat ini dan seri sekali. 67% peluang mendapat mata di laman lawan.

Ini bermakna, Perak perlu bermain baik Selasa nanti. Peluang bermain di Ipoh laman keramat perlu dipergunakan sebaiknya oleh para pemain. Jika dilihat kepada ‘permata hitam’ baharu Perak, beliau mampu menjadi ‘legend’ sekiranya cepat serasi dengan corak permainan Perak dan menjaringkan gol dalam semua baki perlawanan. Bukanlah mustahil untuk itu, kerana beliau dilihat sebagai seorang penyerang yang baik dan memiliki visi yang terbaik sebagai seorang penggempur utama. Selain itu, kelibat Milan Purovic juga amat dinantikan. Apakah corak permainan beliau? Mampukah beliau memberi impak kepada pasukan?

Sambil mengharapkan ATM hilang mata di Kuching, Perak perlu fokus mencari 3 mata untuk keluar dari zon penyingkiran. Keadaan amat kritikal ketika ini. Tugas berat menanti semua ahli pasukan termasuk pengurusan PAFA. Singkirkan elemen negatif dalam pasukan. Jika ingin penyokong terus bersorak memberi semangat, inilah masanya untuk bangkit.

Likes(6)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Johor Darul Takzim (preview)

  1. Jasbisa

    popov kagum permainan yg ditunjukkan oleh hardi jaafar. Diharapkan esok hardi turun sebagai kapten utk 1st eleven. Line-up harapan teman:
    razi - tuah, hisyam, azmer, hazrul - azli, hardi, zar win, sukri - abdulsalam, purovic.
    Jali standby masuk kalau mana2 striker tak menjadi. Ramalan Perak menang 3-1.

    Likes(3)Dislikes(0)
  2. haemo

    teman pnye line up 1st eleven :
    razi -
    tuah , hasan daher , azmeer
    hisyam
    ridzuan , nasir , hardi , noor hazrul
    abdul salam, milan purovic

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. haemo

    teman pnye line up 1st eleven
    razi - tuah , hisham, hasan daher , azmeer,
    -ridzuan , nasir , hardi , noor hazrul
    -abdul salam, milan purovic

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.