Liga Super 2014 | T-Team vs Perak (result)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu, 22 Mac 2014
Stadium Sultan Ismail Nasirruddin Shah
8:45 Malam

T-Team 1 – 1 Perak

Perak gagal memecah rekod 3 tahun untuk menang dengan T-Team di Kuala Terengganu. Terpaksalah kita menunggu musim hadapan untuk meneruskan misi tersebut.

Amat mengecewakan apabila berhadapan dengan pasukan yang secara teknikal dan taktikalnya LEMAH, tetapi hanya mampu seri 1-1. Corak permainan lemau yang dipamerkan tidak memuashati para penyokong kecuali pengendali Perak Abu Bakar Fadzim. Beliau berpuashati dengan aksi anak-anak buahnya dan seolah-olah ingin menutup segala kelemahan dikala Azraai Khor mengakui segala kekurangan pasukannya.

Perak berterima kasih kepada G Mugenthiran yang berjaya meledakkan gol di minit ke 79. 3 minit berselang seperti biasa, Perak lalai dan T-Team memanfaatkan ruang dan peluang menyamakan kedudukan melalui tandukan Muhd Ramzul Zahini.

Tiada apa yang boleh disimpulkan kerana kesimpulannya ada seperti perlawanan lalu, hampa dan menghampakan.

Likes(7)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2014 | T-Team vs Perak (result)

  1. angahbg

    Midfield terabur tak sabar nak bukak game.... 2-3 passing dah terus hantar atas.... Striker dah la jenis target man kalo rasa takde duit sgt up kan jer mugen dan khairul. midfield cari yg stail boleh pgg bola

    Likes(3)Dislikes(1)
  2. nuarkama

    Salam..

    Sudah terang lagi bersuluh...teman nak komen pasal taktikal teman tak pakar..tapi nampak dari mata kasar semua strategi hantaran adalah SAMA dengan game yang lepas2..Bola dari tengah boleh kata semuanya hancor...takde langsung setup yang kreatif dari tengah..noor hazrul bolehlah cari team lain tahun depan disebabkan beliau pakar sepakan percuma tentu banyak pasukan lain yang akan bagi kontrak.
    Team masih lagi berfikir apa fungsi sebenar diturunkan shahrizal saad pada game tersebut..bukan teman anti ngan shahrizal ni tapi memang dia tak form langsung..berlari solo pun idak..cubaan bahaya pun takder..motif apa dipilih oleh perak tahun ni pun teman tak pasti..nak cukupkan korum kut..
    Apa yang pasti bukan sahaja serangan tumpul..tapi segala-galanya tumpor..kelibat kafando yang naik ke atas ketika menyerang dah menerangkan semuanya adalah ceroiiiiiii...
    Kesimpulannya pasukan Perak nampak miskin bukan sahaja pada senarai pemainnya tetapi juga taktikal permainan..
    Sekian terima kasih..

    Likes(4)Dislikes(0)
  3. Raul hashim

    Salam kemahiran
    Teman sarankan agar perak buang shahrizal saad dan nazri kamal yang langsung tidak ada fungsi..ambil le pemain yang berkualiti sikit..teman harap sangat perak letak asraf dan mugen dibahagian serangan..tolong buang burn yang mempunyai taktikal yang merapu..tidak ada kelainan game aritu..kecewa kecewa..kenapa rafi main tengah? padahal hardi ada..letakkan kembali hazrul dibahagian tengah..jangan merepek burn..janagan pilih bulu dalam pilih pemain..pemain yang bagus disimpan buat jeruk, pemain yang main pulak macam kaki tempo kata org perak..renung-renungkan lah zainol, azwanberuk, dato azhar, dan MB perak..jangan hendak tau duit masuk poket je tapi habuk pun tarak..

    Likes(6)Dislikes(0)

Comments are closed.