Liga Super 2014 | T-Team vs Perak (preview)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu, 22 Mac 2014
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 Malam

Langsung RTM TV1

#PRAYFORPERAKFA

Percaya atau tidak, Perak tidak pernah MENANG dengan T-Team sejak 2010. Ini rekod yang perlu dileburkan. Berdasarkan rekod, Perak hanya mampu seri. Berikut adalah rekod Perak ketika bertandang ke Kuala Terengganu bertemu T-Team sejak 2010:

20.04.2013 |PBDKT T-Team 2-0 Perak FA (Liga Super)
11.02.2012 |PBDKT T-Team 2-0 Perak FA (Liga Super)
12.03.2011 |PBDKT T-Team 0-0 Perak FA (Liga Super)
27.08.2010 |PBDKT T-Team 3-2 Perak FA (Persahabatan)
10.07.2010 |PBDKT T-Team 1-1 Perak FA (Liga Super)
16.02.2010 |PBDKT T-Team 1-1 Perak FA (Piala FA)

Namun begitu, T-Team kini bergelut dengan prestasi yang terumbang-ambing yang mana kini hanya merakamkan 2 kemenangan daripada 7 perlawanan sama seperti Perak. 2 kemenangan itu diraih ketika mereka melayani kunjungan JDT dan Sarawak tempohari. Dibarisi pemain-pemain ternama tetapi prestasi di bawah tahap sebenar membuatkan Mohd Azraai Khor Abdullah sedikit gusar dan berusaha sedaya upaya mengubah prestasi mereka yang dilihat semakin meruncing.

Kisah yang sama melanda Perak. Amat pedih jika tewas kepada pasukan bawahan dan berstatus kelab. Rata-rata penyokong amat kecewa dengan aksi yang semakin menurun.

3 mata amat diperlukan. Perlawanan ini dijangka sengit dikala kedua-dua pasukan ingin menjauhkan diri dari lembah dasar liga.

#PRAYFORPERAKFA

Likes(5)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2014 | T-Team vs Perak (preview)

  1. angahbg

    Menang la... Kalau tidak mesti penyokong lari... Player2 muda pon mesti cari tempat lain utk masa depan... Perak mmg kurang bahagian penyerang itu je la dah la Zyar Win takde... Mmg susah la bola nak maju kalau diuruskan atas kepentingan individu berbanding org yg betul minat dan tahu pasal bola...

    Likes(6)Dislikes(1)

Comments are closed.