Liga Super 2014 | Perak vs Sime Darby (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 15 Mac 2014
8:45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Misi wajib menang Sabtu malam 15 Mac 2014. Mana tidaknya, Sime Darby adalah pasukan yang masih tercari-cari rentak kemenangan selepas 6 perlawanan. Mereka berjaya merakamkan satu kemenangan sekali seri dan 4 kali kekalahan dalam 6 perlawanan sebelum ini. Mereka kini menjadi penghuni tangga tercorot liga dengan 4 mata beza 3 mata dengan Perak yang kini berada di tangga ke 10 Liga. Jika Perak hilang 3 mata, tidak mustahil Perak akan menggantikan tempat tercorot.

Rekod pertemuan sebelum ini menyaksikan Perak mendominasi keputusan apabila Perak berjaya menang 2 daripada 3 perlawanan dan satu keputusan seri. Jika dilihat di atas kertas, Perak mampu menang ke atas Sime Darby. Namun, jika diperhatikan corak permainan lawan, mereka mampu mencipta kejutan menidakkan impian Perak untuk peroleh 3 mata. Ini berdasarkan keputusan sebelum ini yang menyaksikan mereka hanya tewas tipis kecuali dalam dua perlawanan iaitu tewas 2-0 kepada JDT dan 3-0 tewas kepada Sarawak Januari lalu. Secara tidak langsung memberi bayangan bahawa mereka bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

Sime Darby yang dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman seperti Azmirul Azmi, Fazrul Hazli Khadri, Juzaili Samion, Fadzli Shaari, Fakhrul Razi dan ramai lagi pemain yang memiliki pengalaman beraksi dalam Liga Super, dilihat masih mencari ramuan ampuh untuk mempamerkan aksi yang positif. Difahamkan, mereka hanya menantikan jendela perpindahan akan datang untuk membuat rombakan besar-besaran terutamanya untuk mendapatkan Import terbaik bagi memperkuatkan pasukan mereka.

Bagi Perak, selepas 6 perlawanan, tewas 3 perlawanan menunjukkan bahawa Perak masih perlu berkerja keras untuk mencapai sesuatu yang lebih membanggakan. Jujur dikatakan bahawa, pemain-pemain muda Perak mula memberikan impak yang positif kepada pasukan. Cuma, pemain import dilihat kurang membantu untuk menambah perisa dalam mencatur pergerakan bola samada ketika bertahan atau menyerang. Ketandusan idea untuk menggerakkan bola menjadi punca Perak berkongsi mata dalam perlawanan lalu. Perkara ini perlu di atasi segera dan sudah semestinya para penyokong ingin melihat sesuatu yang berbeza dalam perlawanan akan datang.

Kelibat Hardi Jaafar mula ditagih. Beliau mampu mencipta gerakan menarik sekiranya beliau beraksi diprestasi sebenar. Nasir Basharuddin memerlukan seorang ‘partner’ yang sesuai untuk bergandingan merencana gerakan ke arah gol lawan. Zyar Win memiliki corak permainan yang baik tetapi itu belum cukup selagi beliau tidak menunjukkan persefahaman yang baik dengan rakan-rakan yang lain.

Likes(6)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.