Liga Super 2014 | Perak vs Sime Darby FC (result)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu 15 Mac 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 2 Sime Darby

Perak berputih mata apabila dimalukan pasukan tercorot liga Sime Darby di Ipoh. Jika dibandingkan kekuatan kedua-dua pasukan ternyata Perak memiliki kelebihan. Keputusan ini juga mencalar rekod Perak di Ipoh yang sebelum ini dikatakan laman bertuah untuk mengutip mata.

Turun dengan barisan pemain yang sekali lagi dirombak, Perak ternyata gagal biarpun sebelum ini mengharapkan Hardi Jaafar beraksi baik untuk membantu pasukan meraih mata tetapi itu belum cukup mengekang pihak lawan menang selesa.

Babak pertama, Sime Darby mengasak hebat dan berjaya mengawal bahagian tengah sekali gus menafikan penguasaan Perak yang mana bahagian tengah dikemudi oleh Hardi Jaafar dan Zyar Win. Ini memaksa bahagian pertahanan Perak berkerja keras mengekang asakan lawan. Hasilnya, Sime Darby berjaya memecah kebuntuan apabila bekas pemain Perak Fazrul Hazli Khadri meledakkan gol pertama di minit ke 16 permainan. Selepas itu, sekali lagi ‘Ali’ meledakkan gol kedua peribadinya sekali gus memastikan mereka selesa di depan dengan 2 gol ketika perlawanan berbaki 5 minit di separuh masa.

Sudahlah jatuh, ditimpa tangga. Zyar Win yang bergelut mempamerkan keserasian bersama rakan sepasukan dilayangkan kad merah dan memaksa Perak bermain dengan 10 pemain ketika perlawanan berbaki 17 minit untuk ditamatkan.

Secara keseluruhannya, Abu Bakar Fadzim perlu menyelesaikan permasalahan ini secara sistematik bukannya secara drastik semata-mata. Ini kerana, tindakan drastiknya merombak kesebelasan utama dari satu perlawanan ke satu perlawanan membuatkan corak permainan Perak berubah sama sekali. Selain itu, ramalan-ramalan kekuatan pasukan lawan perlu diteliti dengan baik sebelum perlawanan. Ini kerana, di atas kertas Perak memiliki terlalu banyak kelebihan. Dari segi moral pasukan Sime Darby berada di tahap kurang baik selepas tewas dalam perlawanan lalu.

Sesuatu yang sukar diterima apabila kita tewas kepada pasukan yang tidak sepatutnya. Sebaliknya ketika menentang pasukan yang dikatakan hebat kita boleh menang atau sekurang-kurangnya mengutip satu mata. Dapat dirasakan bahawa terdapat satu permasalahan yang perlu diselesaikan oleh pihak pengurusan pasukan Perak. Sebaiknya, hasil perlawanan malam ini perlu dikaji sebelum perlawanan berikutnya dan memastikan peningkatan dalam perlawanan berikutnya.

Likes(11)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

20 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Sime Darby FC (result)

  1. YB

    Tahniah... tahniah... tahniah kerana berjaya tewas kepada pasukan tercorot liga super 2014. Sekalung tahniah juga kerana tewas pertama kali di Ipoh. Inilah tahun terbaik untuk pasukan Perak bersama coach baru tempatan dan management yg cemerlang. Teman dan rakan2 di SDN juga percaya dgn dengan prestasi jahanam yg dipamerkan oleh barisan skuad Perak musim ini mampu menjerumuskan diri ke Liga yang lebih prestij iaitu LIGA PREMIER. Sudah sekian lama Perak tidak pernah merasai kenikmatan Liga Premier semenjak Liga Super diperkenal pada 2004. Kini tibalah masanya Perak menuju saat gemilang bersama skuad bajet tapi power. Tahniah... Tahniah.. Management Perak memang World Class !!!!

    Likes(10)Dislikes(3)
  2. angahbg

    Kalah la plak. Hukum karma kut sapa suruh buang player tu dulu... Hehe.... Camne Zyar Win kena merah lagi mcm dia tak boleh handle jer pressure liga malaysia. Perak takde star player dan nak menang apa2 mmg susah tapi jgn la sampai ke liga .......... Perak kena contohi pahang kena teamwork yg kuat. Tak perlu la fokuskan menang dalam kepala sbb pressure tapi cukup la turun dengan permainan yg cantik ataupun kemas. Nampak mcm penyokong dah nak give up dah....
    Perak Power 14

    Likes(3)Dislikes(1)
    1. YB

      Giveup la yop..ni bukan masalah setahun dua.. last kejuaraan Piala Malaysia atau FA tu bila? Jgn cite la juara liga super memang tak pernah merasa punya.. cuba ingat? Mudah ckp kalau dpt anak pun dah masuk sekolah menengah laaa.. jgn membangangkan diri dgn permainan deme yob.. penyokong kena sedor.. jgn sokong bawak rebah..

      Likes(11)Dislikes(3)
  3. belanak

    Kalau makan malam kita panggil supper... Pada setiap malam setiap minggu... Jangan nak harap menang Liga Super... Apa lagi Liga Premier lah kau tunggu...

    So... Pada management yang mantap pada tahun ni memang cemerlang dan gemilang... Sudah lah bertahun tahun duk menanti... Abis sudah.... Tk guna jika terus begini asyik menguji demi ujian... Pasukan masih tidak mantap
    ...

    Bila dah mantap... Ditukarkan pula formasi... Aduyai... Liga Premier duk memanggil mari ke mari... Nk pecah rekod lah tu!! Rekod turun ke liga berprestij... Memang bagus dan cantik sangat....

    Kita ni penyokong duk bagi kata semangat bagi tak de nye didengar dan dipakai.... Siapa lah kita... Stadiun kosong... Siapa lah kita... Jangan nanti bila dah sunyi... Barulah nk bising... Siapa lah kita...

    Dua tiga kucing berlari... Mana nak sama si kucing belang... Kami semua penyokong pun dah lali... Setiap kali musim asyik kena tembelang...

    Sabor je la...

    Likes(9)Dislikes(1)
  4. ParitbuntarMari

    Kalah lagi... Ada penjaga gol kebangsaan dilepaskan. Ada pemain import yang terbukti tajam di hadapan pintu gol juga dilepaskan atas sebab tak ada bajet. Ada jurulatih yang baik juga dilepaskan.

    Sudahnya buat sessi pemilihan terbuka untuk kutip pemain yang tidak dikehendaki oleh pasukan lain. Sepatutnya kita berebutkan pemain yang juga masih dikehendaki pasukan lain dengan tawaran yang lumayan. Setakat hari ini, inilah hasil yang diperolehi pasukan Perak sehingga sudah ada yang mengatakan pintu Liga Premier sudah mula diketuk. Pemain import pulak asyik mengutip kad merah aje.

    Semoga akan ada peningkatan drastik untuk perlawanan akan datang.

    Likes(2)Dislikes(1)
  5. Jasbisa

    Salam yob yong. Local player tiada masalah sangat, hanya perlu improve basic football. Most importantly, pengurusan WAJIB mencari pemain import berkualiti terutamanya barisan tengah dan serangan. Kalau u all masih ingat zaman kegemilangan Hijau Kuning dulu, pemain2 muda Kedah memaang berbakat dan mereka mempunyai pemain import cukup berkualti seperti Marlon dan Sam Martin. Situasinya tak jauh berbeza dgn pasukan muda Perak tahun ini, cuma kita tiada import berkualiti. Bayangkan tahun ni Perak ada pemain import seperti Marlon, Rangel, Bruno etc. Tentu mantap kan? Apapun 70% kejayaan sesebuah pasukan bolasepak terletak kpd pengurusan dan baki 30% terletak kepada coach serta pemainnya. Renung2 kan lah.

    Likes(9)Dislikes(1)
  6. YB

    Rasuah adalah salah satu elemen yg menjahanamkan bolasepak malaysia termasuk negara kita sendiri. Jangan ingat penyokong taktau wehh..

    Likes(5)Dislikes(1)
  7. nuarkama

    Ha..ha kalah lagi..
    Bagi mereka yang profesional jawapan kekalahan perak kepada sime darby adalah seperti berikut
    ..mereka Sime Darby bijak menggunakan peluang..pemain perak lambat menutup ruang..permainan perak tidak menunjukkan yang mereka memerlukan kemenangan..tiada pemain perak yang boleh memimpin dan mencorakkan permainan pasukan..

    Bagi mereka yang amatur mcm teman jawapan kepada kekalahan terbaru perak adalah seperti berikut
    ...perak punya supporters bagus..kalah pun ramai lg yang datang..
    ..kita sebagai kenalah menyokong pasukan wpun kalah sbb kitalah persatuan kena denda aritu..
    ..walaupun kalah kita masih belum lagi berada di kedudukan tercorot..
    ..kita kan dah adakan mesyuarat antara persatuan dan kelab peminat minggu sudah so pasni team kita pasti champion sebab kita kan selalu buat mesyuarat
    ..tak tau la cemane leh kalah sebab jumaat lepas masa training M.B dah jenguk dah player kt padang,tapi kalah gak..
    ...takpe peminat xkisah pun pasal isu serangan tumpul kan kita dah update kat fb aritu nak amik striker import baru, dari korea ada,burkina faso ada..
    ..ambik import yang orang dh reject dapat muroh sikit ye dak?

    Likes(5)Dislikes(1)
  8. Jaji

    Sebenornya pada petang Jumaat tu teman ke KL dan terus ke Penang atas urusan peribadi. Jadi tak sempat le nak turun le Stadium Perak untuk menyaksikan sendiri Perak kita dimalukan oleh pasukan tercorot liga iaitu Sime Darby. Bila teman tiba balik di rumah pada tengah hari Ahad, tub-tub modem internet teman tak boleh on. Hari ni teman tukor aja modem yang baru dan baru le boleh memberi respon kepada portal ini. Teman dapat berita dari kekawan tentang cara bagaimana Perak bermain dan kedudukan semasa. Teman macam tak percaya yang Perak boleh kalah kepada pasukan yang berada di dasar liga. Kalau seri sekalipun, itu tidak sepatutnya berlaku sebab Perak bermain di laman sendiri dan Sime Darby tanpa penyerang berbisa mereka, Ronaldinho. Tapi itulah bolasepak – kita menang ke atas team kuat tapi kita kalah kepada team lemah.

    Di sini teman nak mengajukan beberapa cadangan untuk tujuan penambahbaikan. Di Negara maju, jika kekalahan yang memalukan seperti ini, orang pertama yang dipertanggungjawabkan ialah Ketua Jurulatih kerana strateginya tak mengena. Serentak dengan itu beliau haruslah meletakkan jawatan. Ayoh apa lagi Burn, letak saja jawatan supaya boleh diambilalih oleh orang lain yang lebih berwibawa. Kedua, hubungan baik Antara pemain dengan Jurulatih (dan mungkin juga dengan pihak pengurusan) diperhatikan agak kurang baik dn kurang intim. Ini terbukti terdapat beberapa pemain yang sepatutnya bermain dengan baik tetapi berlaku sebaliknya. Oleh itu pengurusan hendaklah mencari jalan penyelesaiaan untuk mengatasi masalah ini sebelum ia menjadi barah. Hal ini terbukti jika kita perhatikan peranan pemain import kita, Terkes. Beliau sepaututnya meledakkan lebih dari 8 gol pada masa ini, tetapi satu gol pun tidak dijaringkan. Mesti le ada sebab musababnya sedangkan dia adalah pemain terbaik dan penjaring terbanyak.

    Teman menjadi musykil kenapa boleh berlaku keadaan pada masa tertentu, pemain Perak bermain secara mati-matian sehingga ada yang melabelkan para pemain Perak bakal mewarnai kancah liga Malaysia di masa akan datang. Namun begitu pada ketika lain mereka kelihatan longlai dan tidak bersemangat. Itu tidak termasuk ada pemain yang kelihatan sengaja membuat kesilapan untuk memberi peluang kepada pasukan lawan menjaringkan gol.

    Likes(8)Dislikes(1)
  9. YB

    Teman cadangkan perak tarik diri dr liga super malaysia dan beraksi dalam liga sepakbola timor leste. Hanya dgn cara begini kita dpt menimba banyak pengalaman dr kuasa besar bolasepak dunia iaitu portugal memandangkan Timur Leste adalah bekas jajahan mereka. Teman pasti kita mampu mendakap kejayaan dgn cemerlang tanpa perlu mengeluarkan kos yg tinggi. Timor Leste here we come !!!

    Likes(6)Dislikes(1)
  10. nuarkama

    Ammboih..sampai ke Timor Leste nak dihantornye..Marah bebenor mike yer YB..memang bertaraf international ler Perak pasni..tapi ada benarnya juga..
    baik bagi fans kat Timor Leste tengok bola free daripada kita sakit hati keluarkan duit..tapi menonton aksi yang tak semenggah..seronok ler pegawai pafa dapat melabun kat sana nanti..he..he..

    Likes(5)Dislikes(0)
    1. YB

      Udah berapa taun kena kencing yop.. letih dah.. kome memuda bole le layan lagi pasni.. teman udah tua dah.. ada limit kita ni kalau buat sesuatu dalam hidup. Kena tipu sekali dua tu memang nasib tak baik.. tapi membiarkan diri di tipu berkali2 tuh namanya BANGANG !!!

      Likes(2)Dislikes(2)
  11. syidi Post author

    Kesian teman tengok penyokong Perak. Sampai bila kita nak macam ni? Selalu ditaburi dengan janji2 palsu. Dah bermusim dapat import yang dahsyat dan memang diakui oleh pengkritik bolasepak malaysia sebagai antara yang TERBURUK.

    Bermula dengan Popovic. Diikuti Karem. Lepas tu adala ruang bernafas dan bersorak gol selepas Paolo Rangel masuk. Tapi tak sampai semusim. Buat pulak dah dengan Terkes. Eliel Da Cruz tu boleh la. Tapi masih belum cukup bisa nak dibanding dengan tenaga import pasukan lain.

    Ramai menantikan April ni. Khabarnya 2 import baharu ni menyengat ketika diuji. PAFA kena serius. Selesaikan satu satu perkara dengan berhemah. Lepas ni isu penaja jersi pulak. Kejap Joma kejap Kappa. Teman cadangkan untuk musim depan dah buat meeting awal2 untuk tentukan jenama apa nak pakai.

    Sama lah dengan pemain. Senaraikan siapa yang ingin dilamar. Pendek kata, set kan hala tuju untuk 5 tahun. Kalau lama sangat 2 tahun cukup. Apa piala dan kejuaraan yang pasti dalam tempoh itu. Sekarang ni seolah2 tiada hala tuju. Sama macam team bola kampung yanh suka2 main.

    Penat dah menunggu piala untuk diraikan. Dari bujang sampai ada anak 3 orang yob! Dari kakitangan LLN sampai TNB! Dulu kerja sekarang dah PENCEN! Satu habuk piala pun tak dak. Yang dibangga Piala Presiden dan Belia. Bagus . Bukan tak bagus. Tapi yang lebih berprestij amat ditagih.

    Likes(7)Dislikes(1)
    1. Jaji

      Teman rasa tempoh 'edah' penceraiaan talak tiga YB Nizar (bekas MB Perak) dengan PAFA dah pun tamat tempohnya. Oleh itu tibalah masanya YAB Menteri Besar Perak, Dr, Zambri Abdul Kader mengambil alih tampuk pengurusan PAFA. Cukup sudah memainkan peranan di sebalek tabir. Kini tiba masanya unruk menonjolkan diri. Berpijaklah di bumi nyata. Jadilah Presiden PAFA untuk memertabat dan memperkasakan semula pasukan Perak yang semakin hari semakin suram itu.

      Likes(4)Dislikes(1)
  12. Jaji

    Kome rasa Jurulatih kita tu, si Burn tu dah elok benor ke. Teman tengok macam tak ada peningkatan langsung semenjak dia dilantik sebagai Ketua Jurulatih. Cara dia mengendalikan skuad senior Perak sama macam dia buat semasa menjadi Jurulatih Piala Presiden Perak dulu. Ate teman rasa PAFA sepatutnya mencari Jurulatih baru yang lebih berwibawa. Apa kata kome tentang hal ni.

    Likes(1)Dislikes(1)
    1. syidi Post author

      Itulah semolek moleknya. Untuk memajukan pasukan perlu bergerak seiring dengan pasukan pasukan lain. Jangan kerna nila setitik rosak susu sebelanga.

      Elok benor cadangan tu. Tapi untuk separuh musim rasanya kita tangguh dulu. Tunggu musim depan.

      Likes(2)Dislikes(0)
  13. YB

    Teman tak rasa yg pass bola dr belakang ke depan tu coach dan yg pasti keeper yg lepaskan gol katun tu comfirm bukan coach Burn. Taktau la kalau Burn dah buat operation ala cite faceoff pulak. Kome letak Jose Mourinho pon takat player mcm dok main liga kampung mmg tak kemana. Skang ni baik kita main liga timur leste je.. prestif dan bertaraf international. Main liga singapore kang org kate kita membawak anasir bookie. So apa kate kome? Rasanya dgn barisan yg ada ni tanpa import pon kita bole champion..

    Likes(2)Dislikes(3)
  14. Jaji

    Buat apa kita nal merepek ke Timor Leste pulak. Kita bagi le apa-apa idea untuk nak atasi msalah yang pihak pengurusan sedang hadapi sekarang ni. Kalau ke Timor Leste bermakna kita nak lari dari masalah dan bukannya nak atasi masalah. Itu pandangan teman yang bodoh ni le. Mungkin ada di luor sana yang lebih cerodik lagi.

    Likes(2)Dislikes(1)
    1. YB

      Apa maknanya nak bagi pandangan cerodik pada orang yang rasa deme cerodik buah pelior yop??? mike tak paham ke apa maksud tersirat? ke mike pon jenih baca LURUS je... kekekekek. Mike tau ke Perak FA ni antara pasukan yang kerap buat pertemuan/meeting dengan peminat dan penyokong tapi hasilnya apa? Depa cuma nak redakan kemarahan kome tapi deme tak buat apa2 pon...

      Likes(3)Dislikes(1)

Comments are closed.