Liga Super 2014 | Perak vs Selangor PKNS (result)

Astro Liga Super 2013

8 Mac 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 1 PKNS

Perak hilang 3 mata apabila berjaya diikat PKNS semalam di Ipoh. Walau bagaimanapun, Perak yang turun dengan kesebelasan yang diolah menampilkan pertahanan muda Fazli Zulkifli dan Amirul Azhan yang dilihat agak cemerlang semalam.

Separuh masa pertama, Perak mengasak hebat kubu kuat PKNS yang diketuai Helmi Rameli dan Hamka Hamzah dan berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke 4. Right Time at The Right Place, inilah punca Eliel Da Cruz dapat menghasilkan gol pembukaan perlawanan yang pada awal adalah percubaan oleh dua pemain yang termuntah dan disudahkan dengan jaringan oleh import Perak itu.

Selepas itu, Perak menggandakan asakan dengan formasi 4-5-1 sambil di attacking third Eliel Da Cruz dibantu oleh Zyar Win yang sedaya upaya memvariasikan hantaran mencari penyerang utama Perak. Rusuk kiri dan kanan pada awalnya dilihat beraksi baik, Mohd Nazri Kamal di sebelah kiri dan Mohd Ridzuan Azly Husam di sebelah kanan sering mencetuskan gusar kepada pertahanan lawan.

Tetapi 10 minit terakhir babak pertama selepas PKNS berjaya menyamakan kedudukan, Perak seolah-olah hilang idea untuk mengatur gerakan. Sebaliknya PKNS yang menguasai bola dan beberapa kali percubaan ke muka gol berjaya dilakukan tetapi gagal diterjemahkan dengan jaringan gol.

Babak kedua, Perak mula menyedari kebangkitan PKNS lewat separuh masa tadi tampil lebih kemas seawal 10 minit pertama babak kedua. Hasilnya, pada satu ketika, hantaran silang cantik dari kiri gol PKNS berjaya ditanduk oleh Eliel Da Cruz, namun cuma sedikit sahaja melepasi palang gol. Secara keseluruhannya babak kedua aksi dilihat seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Di akhir-akhir minit permainan, Perak menguasai permainan tetapi belum cukup untuk menghasilkan gol kedua.

Rumusannya, jelas ketara, jentera tengah Perak perlu diperkemaskan lagi. Ini kerana, Zyar Win dan Nasir Basharuddin sering kehilangan dan menghilangkan bola, walhal perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Selain itu, hantaran yang kurang cermat dan tidak relevan dibuat. Sebagai contoh, ketika melakukan serang balas, ketika bola sudah menghampiri kawasan D lawan, pemain tengah ‘silap’ menghantar bola kepada rakan yang tidak berada dalam kedudukan tepat untuk menerima hantaran. Sedangkan ada lagi rakan lain yang di posisi lebih baik untuk menghasilkan jaringan.

Persefahaman masih ditahap boleh dipertingkatkan. Sebaliknya, pujian kepada barisan PERTAHANAN MUDA yang berjaya membuatkan barisan serangan lawan buntu mencari ruang untuk menyerang. Fazli Zulkifli, Mohd Raffi, Amirul Azhan dan Azmeer Yusof. Inilah masa depan Perak. Abu Bakar Fadzim dilihat cukup berani mempertaruhkan anak-anak muda ini dan mereka telah membuktikan yang mereka adalah yang terbaik untuk Perak.

Likes(7)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Selangor PKNS (result)

  1. syidi Post author

    Salam.

    Berdasarkan game Sabtu hari tu jelas dapat lihat kelemahan di bahagian tengah. Nasir, Zyar Win dan Sukri seolah-olah tiada persefahaman yang baik. Di dalam keadaan ini, teman mula rindukan aksi Hardi Jaafar untuk kembali beraksi. Jika Hardi dapat perform seperti yang sepatutnya, memang Perak bakal menjadi sebuah pasukan sempurna. Paling tidak pun memberi idea untuk mengatur gerakan.

    Untuk memenangi bola kita tiada masalah dengan Nasir yang agresif dan bijak membaca gerakan dibantu Sukri lincah serta rajin menghambat lawan untuk dapatkan bola. Disamping itu, Zyar Win yng tenang ketika bersama bola. Namun, jika mereka memiliki persefahaman dan tahu ke mana sepatutnya bola dimainkan, kebarangkalian untuk penyerang meledakkan percubaan ke muka gol lawan amat tinggi.

    Eliel Da Cruz pula bukanlah hebat dan tidak juga worst corak permainannya. Beliau bijak mengawal bola, tetapi sedikit lambat untuk melarikan bola melepasi pertahanan lawan. Penyudahnya pun boleh la dikatakan baik. Cuma serangan sering terbantut di tengah. Dan kerap hilang bola di tengah yang mengundang masalah kepada barisan pertahanan Perak.

    Untuk bertemu Sime Darby nanti, jika dibandingkan kekuatan dan corak permainan adalah lebih kurang sama dengan PKNS. Mereka pantas dan dibarisi oleh pemain-pemain muda yang berpotensi.

    Jadi, Abu Bakar Fadzim seharusnya sudah mengenal pasti apa kelemahan untuk di atasi untuk perlawanan seterusnya nanti.

    Likes(2)Dislikes(0)
    1. YB

      Mana import Jamal Pak Tongkol tu? Si Terkes udah kome campak ke seberang ater sape ganti? Harap Cruz sorang je? Mampuih la kawan wehhh.. ingat dia sape? Dgn bahagian tgh hampeh tak deliver bola kome letak messi pon masak kawan tu.. pikior la bebaik..

      Likes(2)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Salam..
    Sekali lagi kesilapan Razi membuatkan kita berputih mata untuk memperolehi kemenangan..Adakah kesilapan yang disengajakan? ada unsur rasuah? sebabnya mudah..bola tu sepatutnya boleh diselamatkan oleh razi kerana hantaran bola tersebut amat perlahan..serangan dan mildfield amat amat amat amat kecewa..hantaran bola banyak merapu seperti tiada latihan..persefahaman memang tiada antara tengah dan stricker..sekali lagi kecewa kecewa kecewa..pertahanan kira cemerlang jugak le..apa lagi yang kita boleh harap lepasni pada team kita..tepuk dada tanya burn...

    Likes(4)Dislikes(0)
    1. YB

      Bagus la mike perasan yob.. teman tgk kat youtube je. Memang mcm gampang je tahan bola. Tak pelik pon kalau dia buat magic gitu.. yg pelik dah buat magic bangang sejak lawan sarawak aritu still dapat main lagi. Dah nazak sangat ke team perak ni takde keeper lain?

      Tukar2 la keeper tu Burn.. jgn sampai dah kalah berjebun sampai 4,5 bijik baru nak bertindak. Coach yg baik bukan saje bab strategi game tapi menangani kerenah pemain pun satu kerja juga. Taktau la kot byk sgt keje sampai takde masa bak pikir... malas da nak komen player2 yg aksi mencurigakan ni.. tunggu turun liga premier ajerlah nanti.

      Likes(3)Dislikes(0)
    2. syidi Post author

      Teman malas nak komen lebih2 pasal GK Utama Perak tu (kononnya). Jangan sampai bak kata YB di bawah, dah kena 4,5 bijik nanti baru nak gelabah cari keeper baharu.

      Kalau dia lepaskan bola sukar itu boleh diterima akal. Sudahlah masa tu teman dok belakang gol post Perak je masa gol tu. Memang menyentap jiwa ni. Sakit Hati. Crossing macam siput je tak boleh tangkap kemas.

      Pertahanan kita penat yob. Hambat bola yang bahagian tengah lepaskan dengan mudah. Banyak kali bola hilang dari kaki pemain tengah kita di kawasan KITA sendiri. Pada masa tu semua pemain dah dalam kedudukan menyerang, bayangkan macam mana? Nak kejar balik bola dikala PKNS dalam kedudukan bersedia untuk serang balas. Kiri Kanan rusuk dah bersedia. Sedangkan player Perak terkial-kial lari semula ke bawah. Ketika main 4-5-1 masih nampak compact di tengah susah untuk lawan lolos. Apabila jadi 4-4-2 di babak kedua nampak longgar, mana tak nya, rusuk kiri kanan dah mengembang, tengah pulak jauh bebatu antara satu sama lain. Rakan dapat bola masing-masing lari buka ruang la kononnya. Lepas tu hilang idea untuk passing bola.

      Likes(2)Dislikes(0)

Comments are closed.