Liga Super 2014 | Perak vs Selangor PKNS (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 8 Mac 2014
8:45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Pertembungan yang menarik bakal kita saksikan dikala kedua-dua pasukan ingin mencari koleksi kemenangan ketiga selepas masing-masing hanya menang dua daripada lima perlawanan sebelum ini. Bezanya, PKNS tiada keputusan seri dan kalah tiga perlawanan. Manakala Perak, menang dua perlawanan, seri sekali dan kalah dua perlawanan.

Seperti yang kita sedia maklum, Perak cukup kebal di Ipoh dan buktinya adalah dua kemenangan dilakar di laman keramat ini dan diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan ini malam Ahad nanti.

Dalam perlawanan kelima Liga Super lalu, PKNS hanya mampu seri 0-0 dengan Sime Darby, manakala Perak pula hampa selepas tewas 1-0 kepada Sarawak. Abu Bakar Fadzim dilihat mempergunakan masa rehat yang agak panjang sebaiknya untuk memastikan prestasi Perak meningkatkan dari masa semasa. Beberapa siri perlawanan persahabatan telah dilalui samada di dalam atau di luar negara. Kesempatan ini juga digunakan untuk mencari pengganti import Perak yang dilihat kurang berkesan dalam 5 perlawanan lalu.

Harapan yang tinggi semestinya diletakkan oleh para penyokong Perak yang kecewa dengan aksi lalu. Pengendali Perak dijangka mengekalkan barisan yang sama untuk pertemuan kali ini dan semua ini bergantung kepada prestasi semasa para pemain selepas beberapa siri perlawanan persahabatan.

Seperkara lagi yang menjadi tandatanya adalah kelibat ketua pasukan sebelum ini iaitu Hardi Jaafar yang tidak diturunkan dalam beberapa perlawanan. Beliau dilihat pernah beraksi baik dengan mengemudi jentera tengah dengan baik. Adakah kerana kesilapan ketika tewas kepada ATM membuatkan Abu Bakar Fadzim terus ‘menghukum’ beliau hingga ke hari ini? Sama-sama kita saksikan Sabtu nanti siapa bakal mengisi kesebelasan utama Perak.

Likes(10)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Selangor PKNS (preview)

  1. Jaji

    Teman nak komen sikit terhadap tindakan saudara Burn yang menyisihkan Hardi Jaafar daripada kesebelasan utama skuad Perak gara-gara ‘silly mistake’ yang dilakukan olehnya yang menyebabkan ATM berjaya mangalahkan Perak 1 – 0 pada 28 Januari 2014. Semenjak dari tarikh tersebut hingga kini, hampir sebulan setengah Hardi tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama. Atau beliau telah tidak diturunkan dalam 3 perlawanan.

    Rasanya hukuman tersebut yang dijatuhkan terhadap satu-satu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pemain telah mencukupi dan memadaai. Oleh itu Hardi seharusnya diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapannya itu. Bermakna Hardi bolehlah diturunkan dalam perlawanan menentang PKNS pada hari Sabtu ini nanti. Biarkan dia mengetuai pasukan dan bergandingan dengan Kyaw Zayar Win. Mungkin dengan cara begitu, Pasukan Perak akan ‘meletup’ kali ini, siapa tahu. Bagaimanapun semuanya terserah kepada keputusan coach sendiri,

    Likes(4)Dislikes(2)
  2. Spectator

    Pasukan Perak memang sukar untuk mencapai kemenangan pada perlawanan kali ini walaupun rekod membuktikan pada musim ini di stadium Ipoh belum ada pasukan lawan yang berjaya membawa pulang 3 mata ataupun 1 mata....\

    Antara fakta fakta yang mungkin bagi orang lain tidak betul tapi ini fakta dari mata kasar teman sendiri
    Pemain pemain profesional pasukan Perak jelas dan nyata gagal melakukan hantaran hantaran yang bernas kepada rakan rakan dibahagian serangan,antara perlawanan yang paling menyakitkan mata ketika pasukan Perak beraksi dalam perlawanan persahabatan di IPOH antara Perak super league dan Perak YBU pemain pemain yang ada tidak termasuk import trial mereka gagal melaksanakan tugasan penyudah dan gagal membuka ruang untuk rakan di bahagian serangan melaksanakan jaringan gol.

    Ketika melakukan hantaran juga agak menyedihkan kerana gemar menghantar atau melakukan lorongan yang merapu tidak tepat kepada rakan.Dibahagian pertahanan memang jelas goyah walaupun pasukan memiliki beberapa pemain yang ada kualiti tapi kualiti yang ada agak hancur mungkin terikut ikut dengan kualiti pemain lain.

    PKNS Selangor sebuah pasukan Kelab yang hebat dimana memiliki barisan pemain yang muda tapi mantap. Terutama mereka memiliki pemain tengah yang berkualiti malah hampir kesemua mereka bijak melakukan tugasan untuk melorongkan bola kepada penyerang mereka diwaktu yang tepat walaupun adakala merapu....tapi tidak seteruk dengan barisan pemain Profesional Perak.

    Likes(5)Dislikes(0)

Comments are closed.