Liga Super 2014 | Perak vs Lions XII (result)

wpid-PRAY4-PERAK-FA-624x501.jpg

 

 

 

 

 

Selasa 25 Mac 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 1 Lions XII

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.

Likes(11)Dislikes(4)
This entry was posted in Umum on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Lions XII (result)

  1. malayneum

    marah bebeno tuan syidi kite ni ye....ape2 pun SYABAS dan TAHNIAH sbb dapat dikalahkan..moga2 urusan ke Liga Perdana dimudahkan....

    Likes(9)Dislikes(0)
  2. YB

    Tahniah Burn dan pengurusan Perak FA, dasar liga adalah target kita..teruskan kecermerlangan kome.. moga cepat sampai ke destinati Liga Premier.

    Likes(4)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Marah memang marah. Tapi, harap harap sementara je la marah tu. Sekarang mula fikirkan apa penyelesaian jangka pendek yang boleh dibuat untuk bantu PAFA. Kalau daripada apa yang diberitahu, PAFA ingin benor cadangan bernas dari penyokong. Jangan maki hamun tak baik. Pada saya, maki hamun tu personal attitude. Dato' Azhar alu alukan perbincangan mahabbah.

    Sebagai seorang yang profasional, saya berpandangan, ada lebih baik berbincang secara elok tentang apa yang kita rasa perlu. Maki hamun ni memang bertalu talu dalam laman sosial. Tapi, itu tidak menyelesaikan masalah. Ada cadangan untuk rombak segala yang ada dalam PAFA. Betul dan setuju. Tapi untuk jangka masa pendek ni, cari jalan untuk selamatkan diri dari lembah hina Liga.

    Likes(1)Dislikes(1)
    1. Mohd Kheruan Mohd Nazam

      Assalamu'alaikum , semua sahabat disini . Ini post sy yg pertama disini , tapi sebenarnya dah lama follow SDN ni , tapi dari kejauhan la ...

      Bagi pandangan saya semua org memainkan peranan , jatuh bangun pasukan kita kena sama2 support ... bukan bila pasukan kita menang diberi pujian dan bila kalah dicerca .

      Mungkin pandangan saya ini agak kontra dgn orang2 kat sini , sy faham sbg peminat , mesti nak yg terbaik untuk pasukan masing2 . Tapi xsemua yg kita mahukan akan dapat , pasukan profesional di BPL , LA LIGA juga pernah mengalami prestasi yg xmenentu setiap musim .

      Semua orang kena sama2 memberi suntikan semangat positif kepada pasukan , namun tidak bermakna
      pasukan dan pengurusan tidak boleh ditegur , setuju dgn kata YB jgn sampai sokongan membawa rebah , tapi beri teguran dgn saluran yg lebih berhikmah .

      Maafkan saya orang yang baru kat sini memberi pandangan mungkin kalian di sini lebih arif ttg pasukan.

      Wassalam

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Salam ewan. Di sini anda dialu alukan untuk beri pandangan apa saja. Jangan segan. Sahabat dalam ni memang tak kisah asalkan berhemah dan tidak berbaur politik. Selamat Datang Ke SDN

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. Mohd Kheruan Mohd Nazam

    Azhar terkilan dikecam penyokong Perak

    Azhar Ahmad , Pengurus Perak Datuk Azhar Ahmad kecewa kerana beliau bersama-sama jurulatih Abu Bakar Fadzim menjadi sasaran kecaman segelintir penyokong pasukan Bos Gaurus berikutan kekalahan 0-1 kepada LionsXII di Ipoh , tempohari ..

    “Apa salah kami? Kenapa kami dikecam apabila pasukan tidak menang? Sebagai pengurus, saya juga mahu menang.

    Saya yakin Burn (Abu Bakar) juga sama.

    “Jika peminat kecewa, kami juga begitu kerana bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pasukan.

    “Kami sudah lakukan yang terbaik dan pemain juga sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi nasib tidak menyebelahi kami.

    “Adakah permainan Perak terlalu teruk sangat? Adakah Perak kalah dengan jaringan besar? “Tidak ada sebab untuk mereka memperlakukan kami seperti ini,” kata Azhar yang terkilan dengan tindakan kumpulan itu.

    Azhar berkata tindakan peminat itu bukan setakat menyentuh perasaan dirinya dan Abu Bakar tetapi turut menjejas moral pemain dan pasukan.

    “Jangan ingat tindakan melepaskan geram kepada saya dan Burn itu boleh menyelesaikan masalah.

    “Sebaliknya ia merosakkan seisi pasukan.

    Pemain juga manusia yang mempunyai perasaan dan maruah serta harga diri “Sepatutnya jika mereka berniat untuk menyokong pasukan datanglah berbincang dan beri pandangan serta buah fikiran.

    “Saya bersedia menerima pandangan dan cadangan jika ia bertujuan memperbaiki pasukan.

    “Jangan buat perangai seperti orang tidak beriman. Kita orang Islam, kena bermusyawarah. Itu yang dianjurkan agama,” katanya.

    Apapun Azhar menerima apa yang menimpanya sebagai suratan takdir dan kehendak Tuhan.

    “Saya boleh berhenti sekarang juga tapi kita tidak boleh mengatasi perancangan Tuhan.

    Ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya.

    Artikel asal di myMetro.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.