Liga Super 2014 | Pahang vs Perak (result)

PRAY4 PERAK FA

 

 

 

 

Sabtu, 29 Mac 2014
Stadium Darul Makmur, Kuantan
8:45 Malam

Pahang 2 – 0 Perak

Sukar untuk menyerap tekanan daripada pasukan handalan yang memiliki kesempurnaan dari segenap posisi. Perak terpaksa akur dengan kekurangan. Ini diakui sendiri oleh Pengurus Perak Dato’ Haji Azhar semalam. Beliau yang agak kecewa dengan keputusan memberi keyakinan akan bangkit selepas ini, jika berjaya membawa 2 atau 3 pemain import bahawa yang dijangka sampai Isnin nanti.

Perlawanan semalam menyaksikan corak permainan yang sedikit berbeza. Babak pertama, Abu Bakar Fadzim dilihat melakukan dua pertukaran pemain yang mempengaruhi taktikal pasukan. Pada awalnya, Perak dilihat mengamalkan formasi 4-5-1 yang sekali sekala apabila menyerang berubah menjadi 3-5-2. Buktinya, dua pertahanan sisi sering melakukan overlapping membantu barisan serangan sebagai wing back. Sambil Zyar Win menjadi back up kepada Eliel Da Cruz. Tetapi tidak mendatangkan hasil.

Di minit yang ke 10, tindakan pantas dan agresif penyerang sensasi Pahang Dickson Nwakame menghukum kealpaan pertahanan Perak untuk di depan dengan 1-0 menggembirakan hampir 20 ribu penyokong Tok Gajah. Perak sekali sekala mencuba nasib untuk mencari jaringan melalui gerakan menarik Nasir Basharuddin dan Zyar Win, tetapi sayang tidak mendatangkan apa-apa hasil. Amat mengecewakan apabila Eliel Da Cruz gagal membantu sepanjang 90 minit permainan. Pahang teruskan mengasak selepas itu dan berjaya mendapatkan jaringan kedua melalui gerakan Dickson yang disudahkan dengan baik oleh R Gopinathan.

Separuh masa kedua, Perak berjaya menyerap tekanan Pahang yang sudah mula mengendurkan tekanan selepas mendahului dengan dua jaringan. Peluang demi peluang Perak hadir, namun gagal dimanfaatkan oleh Shahrizal Saad yang masuk bagi mempertajamkan barisan serangan Perak. Perak sekurang-kurangnya memiliki dua peluang keemasan untuk mencipta jaringan. Tetapi gagal dimanfaatkan dengan sempurna.

Untuk perlawanan semalam, pujian diberikan kepada pemain muda Perak Mohd Raffi yang bertindak dengan baik menghalang beberapa gerakan penting Dickson Nwakame. Bukanlah mudah untuk menghalang pergerakan pemain import Pahang ini, tetapi Mohd Raffi membuktikan tiada yang mustahil dikala pertahanan pasukan lain akui kesukaran untuk mengawal pemain ini.

Secara keseluruhannya, Perak tetap buntu untuk mencari kemenangan ditambah lagi dengan pasukan Pahang yang cukup sempurna dan berada di tahap terbaik ketika ini. Namun, harapan terus diberikan oleh pengurusan Perak untuk bangkit di pusingan kedua nanti. Kita mengharapkan pemain-pemain import baharu nanti dapat memberi sinar kebangkitan. Ini penting untuk menyakinkan para penyokong dan mengelak Perak mencipta sejarah baharu terjun ke LIGA PERDANA 2015 buat pertama kalinya.

Likes(6)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Liga Super 2014 | Pahang vs Perak (result)

  1. belanak

    Assalam dan salam harapan buat pasukan tersayang...

    Memang diakui semua pihak, kita memerlukan anjakan paradigma yang segera dan jangan tunggu sehingga nazak....

    Posisi penyerang yang dilihat kini amat buntu mencari gol tatkala kekadang pertahanan kita bertungkus lumus menyelamatkan keadaan namun apa kan daya...

    Usaha demi usaha... Jika tiada gol maka tiada jua kemenangan... Jika tiada kemenangan maka akan terus di dasar liga seterusnya mencipta lembaran sejarah baru...

    Tolonglah bangkit... Kami sentiasa mendoakan semoga pasukan kesayangan kita bangkit dan tidak mencipta sejarah hitam...

    Kepada pihak pengurusan, bantulah kami dan usahlah permainkan emosi kami penyokong... Kami sentiasa berdoa dan terus memberi sokongan buat pasukan tercinta...

    Semoga pusingan ke-2 nanti ada sinar baru buat pasukan... Teruskan perjuangan dan elakkan diri mencipta sejarah hitam!

    KAMI SAYANG PERAK!

    Kejor Yob Skor...
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. YB

    Rekod tidak menang yg tercipta membuka langkah lebih luas ke liga perdana. Ini mungkin saat dinantikan oleh pelbagai pihak selama ni. LIGA PREMIER.. KOME TUNGGU YOB DATANG !!!!

    Likes(4)Dislikes(0)
  3. nuarkama

    Salam..

    Jika betul bagai dikata bahawa ketiga tiga import baru ni boleh membawa perubahan kepada pasukan teman ingin skali nak tgk bagaimanakah dengan taktikal dan strategi permainan yang akan diterapkan. Dengornyer ada gosip mengatakan Weigang dipanggil semula untuk dilantik sebagai pengarah taktikal mcm Jeminez/Hodak...Memang le sebagai peminat itu semua xperlu kita nak pikior..tapi nanti kalu player jer baru tapi corak permainan masih hambor..samer jer ler penyudah ceriternyer..nak ke deme menukar status ke Liga Perdana?? SDN ni punya header pun Komuniti ELIT Penyokong Maya Bolasepak Perak..walaupun hidup mati bersama Perak tapi tak kan nak sokong pasukan yang tak ELIT :)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob.. yg elit tu kita di SDN ni.. mike, teman dan sahabat2 yg lain tu. Kalau team dah ke liga perdana, kita buat juga cerita ikut stndard liga perdana, sokong ke idak itu pilihan mengkome. Kat SDN ni takde istilah pilih kroni. Kita kat sini pon takde nak ampu siapa. Kalau betoi merasalah pujian tapi kot lemau bersiap sedialah nak kena hentam. Silap gaya kena maki... kahkahkah.. yetak yob

      Likes(4)Dislikes(1)

Comments are closed.