Liga Super 2014 | Pahang vs Perak (preview)

wpid-PRAY4-PERAK-FA-624x501.jpg

 

 

 

 

Sabtu, 29 Mac 2014
Stadium Darul Makmur, Kuantan
8:45 Malam

Kecewa, marah dan pelbagai perasaan negatif timbul dikalangan penyokong-penyokong Perak. Mana tidaknya, prestasi Perak yang makin merudum gara-gara gagal meraih mata penuh dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Paling menyedihkan, buat pertama kalinya dalam sejarah, Perak menghuni tangga tercorot liga. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bolasepak Perak. Benar, liga masih di peringkat awalan, tetapi belum pernah berlaku keadaan yang begini sebelumnya.

Pihak SDN memang amat kecewa dengan perkembangan ini. Tetapi, perasaan negatif ini hanya bersifat peribadi dan semulajadi seorang manusia. SDN kembali ke landasan asal sebagai platform penyokong profesional, ingin bergerak seiring kemajuan minda seorang yang matang, telus memberi pandangan, teguran untuk membina dan tidak ‘bias’ dalam memberi pandangan.

Permasalahan utama yang ketika ini yang membelenggu Perak adalah konsistensi setiap pemain. Paling ketara adalah kejatuhan prestasi pemain muda yang menagih sokongan para penyokong dan bukan caci maki. Perlu difahami, mereka MUDA belia, corak pemikiran masih dalam keadaan tercari-cari identiti dan memerlukan motivasi daripada penyokong.

Bertemu Pahang bukanlah masalah besar buat Perak. Ini kerana, rekod kita cukup baik di Kuantan. Tambahan lagi, rekod kita bertemu pasukan yang KUAT juga agak memberansangkan biarpun keputusannya kadangkala mengecewakan. Difahamkan, ada segelintir penyokong pentingkan corak permainan. Mereka cukup tidak gemar pemain lakukan kesilapan ‘bodoh’ sedangkan pemain itu berstatus PRO. Biarpun kalah, tetapi kita berjaya bermain dengan JUJUR untuk mencari rezeki yang HALAL.

Pahang kini bukan yang dulu. Keperitan mereka dibayar kini. Kejatuhan dulu kini dilihat berbaloi. Mereka belajar dari kesilapan. Pemain muda diasah pemain lama di’bersih’kan. Kesabaran pengurusan untuk berjaya kini menuai hasil yang lumayan. Ditambah dengan import yang berkualiti dan mencapai tahap prestasi yang memuncak kini, Dickson Nwakame semakin berbisa. Pertahanan Perak bakal diuji. Di sini, mereka perlu berhati-hati. Fauzi Roslan anak Pekan duri dalam daging merupakan senjata rahsia bisa merobek gawang Perak bila mana kita tidak menjangkakannya.

Kembali kan prestasi di awal musim tidak mustahil Perak akan dapat mata. Paksa barisan serangan Pahang berkerja keras. Nafikan kata-kata sumbang yang melabelkan Perak pasukan belasahan. Segalanya kita sudah ada. Pertahanan yang mantap, barisan tengah bertenaga, cuma serangan kita agak tumpul. Paling utama KEJUJURAN ketika ‘berkerja’. Gunakan kelebihan yang ada, set pieces dan sebagainya, diyakini kita akan bawa mata pulang ke Ipoh. Jadikan Pahang titik kebangkitan.

Likes(12)Dislikes(1)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2014 | Pahang vs Perak (preview)

  1. angahbg

    Tp pahang tgh on form nih... Boleh ke perak nih... Jentera tgh phg antara yg plg kuat dlm liga buat masa ni... Agak susah jgk nak mng kecuali kalau burn cuba kurang pilih kasih skit ada la peluang kot...

    Likes(6)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Kita bagi peluang. Kita sokong dulu. Nak tak banyak, cuma perform macam lawan JDT teman bangga yob. Malu la kena mark as pasukan corot. PRAY 4 PLAYER all da best not 4 Burn

      Likes(4)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Jangan terkejut jika Perak berjaya menewaskan Pahang di laman mereka sendiri pada Sabtu ini seperti yang dilakukan oleh Johor DT ke atas Kelantan baru-baru ini. Ini berdasarkaan beberapa faktor pemangkin ke arah kemenangan Perak. Pertama sudah pasti Pahang memandang rendah terhadap Perak kerana Perak berada di dasar liga di mana penyerangnya terlalu tumpul di bahagian serangan. Ketika itulah Perak bangkit dari lamunan dan merobek kubu Pahang.

    Kedua faktor badi. Faktor ini sangat ditakuti oleh mana-mana pasukan. Kita semua tahu bahawa Perak pabila bertemu Pahang sentiasa sahaja menang, tak kira le main di Lumut ke, di Ipoh ke hatta di Kuantan sekalipun. Kalau faktor ini kuat mempengaruhi perlawanan antara kedua pasukan, maka sudah barang tentu Perak akan mengecap kemenangan ketiga musim ini.

    Likes(1)Dislikes(5)
  3. nuarkama

    Salam warga SDN..

    Jika melihatkan prestasi game semasa memang mustahil untuk perak menang di Kuantan Sabtu ni. Tak boleh juga kita menilai rekod perlawanan musim lepas kerana pemain yang berbeza dan kita terpaksa akui pemain pada musim ini adalah yang paling cap ayam sentuhan penyudahnya.
    Tapi seperti kata syidi dan jaji mungkin ada peluang untuk menang kalau faktor badi dan nasib menyebelahi kita...(macam kita badi jumpa dgn kedah) mungkin juga kita boleh harapkan rangkaian penyerang pahang akan tertekan untuk mencari gol di hadapan penyokong sendiri (ayat optimis).
    Tetapi teman lebih mengharapkan Perak menghidangkan prestasi yang terbaik..sentiasa bergerak pantas ketika menyerang dan bertahan juga tidak memberi ruang untuk lawan memegang bola terlalu lama..dan befikir sebelum membuat hantaran-hantaran kehadapan..
    Tak nak mengharapkan perak seri tapi lebih baik kita melakar kejutan di Kuantan kerana keadaan pasukan yang tenat sekarang..

    Likes(2)Dislikes(1)
  4. YB

    Game ni kena menang ke? Kalau menang jadi apa? Kalau kalah memang harapan tinggi nak ke liga premier.So dari kejor kedudukan atas yg jauh tu ada baik kita ligan kedudukan bawah.. takde la payah sangat kan.. selama ni pon Perak mana penah kalah.. kita cuma Tak Menang je.. betoi dak? Kihkihkih

    Likes(3)Dislikes(0)
  5. Ipohman

    As-salam rakan2 SDN, tergerak hati nk komen. Wlupn tak rajin komen tp tiap hari tgk laman ni dikala jatuh tak bgn2 team TBG ni. Keadaan team pd mse ni TERAMAT GAWAT dimana tak blh skor dlm open play, corner kick, free kick dan mana2 set pieces. Jd sng cite taktikal team mmg teruk. Player main bagai nk putus kaki tp tarak hasil. Jd diharapkn pengurusan tlg lantik seorg pakar taktikal merangkap pakar serangan masuk dlm pasukan TBG ni. Sekian. Tq. Ni more further comment as for time being.

    Likes(5)Dislikes(0)

Comments are closed.