Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 15 Februari 2014
Stadium Negeri, Kuching
8:45 Malam

Sarawak 1 – 0 Perak

Prestasi yang sama ketika tewas di Selayang kepada ATM dalam perlawanan ‘ away ‘ lalu. Adakah ‘badi away’ menghantui Perak? Buktinya, 3 perlawanan ‘away’ Perak gagal meraih sebarang mata. Apa masalah sebenarnya?


Perak dihukum seawal minit ke 8 menerusi sepakan percuma menarik yang gagal dikeluarkan oleh Penjaga Gol Perak yang dilihat agak menurun prestasi beliau berbanding perlawanan lalu. Selepas itu Perak menghiasi babak pertama dengan kegagalan menguasai bahagian tengah apabila Sarawak mempamerkan corak permainan yang agak kasar.

Kegagalan mengimbangi bahagian tengah adalah dilihat sebagai punca utama yang menyaksikan Nasir Basharuddin, Sukri Hamid dan Nor Hazrul Mustafa agak suram dan kurang agresif untuk menandingi pihak lawab yang lebih pantas dan bijak menghadapi keadaan.

Seperkara lagi, perlawanan malam tadi dihiasi dengan warna warni kad yang dilayangkan. 9 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan pengadil.

Sarawak yang bermain 10 orang bermula minit ke 72 dilihat agak tertekan dengan asakan bertali arus barisan serangan Perak. Itu pun hanya di babak kedua yang menyaksikan Perak mula mendapat rentak selepas Nazri Kamal dimasukkan.  Namun begitu, tindakan Abu Bakar Fadzim memasukkan Mohd Hidayat dan Zelimer Terkes dilihat tidak berbaloi dikala Perak amat memerlukan jaringan. Mereka dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak hinggalah ke akhir permainan.

Sesuatu harus dilakukan oleh barisan kejurulatihan Perak. Nasihat dan motivasi perlu diberikan kepada pemain – pemain yang rata-rata adalah pemain muda yang dilihat agak gugup ketika bertandang ke laman lawan. 3 perlawanan sudah cukup untuk mengatakan bahawa Perak masih ada perkara perlu ditambah baik.

Kemahiran individu tidak dipertikaikan malah strategi juga boleh dikatakan setaraf dengan pasukan lain, cuma ketahanan mental perlu diberi ‘ rawatan’ segera kerana Perak dibarisi pemain-pemain muda yang kurang pengalaman. Disinilah pentingnya peranan pemain senior yang mungkin boleh bertindak sebagai mentor kepada pemain muda.

Likes(9)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

27 thoughts on “Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (result)

  1. angahbg

    match tadi sangkut kat midfield la. Nasir dan Syukri dua2 defensif midfield mungkin sebab tu hantaran tiada yg betul2 mengelirukan. Rasanya mereka boleh belajar daripada mengkaji video2 pemain luar sebagai pencetus inspirasi. Satu lagi midfield tengah mesti ada kemahiran menggelecek untuk memegang bola untuk memberi masa kepada pemain lain mencari ruang. Tapi perak turun dengan dua pemain import je tadi. boleh dikatakan memuaskan tapi Perak ada potensi dan potensi perlu direalisasikan
    Perak Power 2014

    Likes(7)Dislikes(0)
  2. YB

    Video dah teman upload pada tajuk game, so siapa2 yang free bole tolong tengok ulang2 pada gol tersebut dan komen skit adakah patut bola tu masuk atau ada cerita lain pulak.. TQ

    Likes(4)Dislikes(1)
    1. Jaji

      Teman tengok semasa bola free kick tu menuju ke penjuru kanan gol Perak, sepatutnya goli boleh selamatkan. Tapi nampak macam goli 'sengaja melambatkan' sedikit usaha menyelamat itu supaya bola itu masuk ke gawang. Teman idak le nak menuduh, tapi macam ada unsur-unsur yang pernah berlaku semasa Perak kalah kepada Sarawak 6 - 1 dalam Piala Malaysia tahun lepas. Maknanya setiap kali Perak turun ke Kuching, ada le 'orang' tu buat hal.

      Likes(5)Dislikes(1)
      1. YB

        Yesss.. Memang tepat pandangan mike yob jaji. Ada ketikanya keeper berhenti sekejap selepas bola disepak oleh lawan dan bergerak semula dgn perlahan dan melompat ala kadar dgn tangan yg mcm org kena penyakit gout. Kamon lah keeper.. Dia bukan baru setahun dua jadi keeper. Semenjak zaman Khalid Jamlus masa lawan KL dulu kat Cheras teman tgk game dia punya cemerlang. Tak kan bola camtu bole terlepas? Seperkara lagi kenapa jauh sangat dari gol post sebelah kanan tu? Kenapa tak center skit? Adehhhh...

        Likes(6)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam semua anak anak perak. Kita bukanlah pasukan ceroi musim ni. Atmosphere penyokong pun berubah ketika ini. Tetapi, yang jadi masalah sekarang adalah perubahan setiap pemain Perak apabila bermain di tempat lawan. Kenapa? Cuba tuan tuan teliti video di atas dan bagi pandangan.

    Apa yang perhatikan, ini bukanlah situasi asing bagi Razi Affendi Suhit. Malah sebelum ini beliau pernah selamatkan percubaan yang lebih dahsyat daripada itu. Sebagai seorang penjaga gol terlatih lagi berpengalaman beliau mesti faham sangat dengan istilah lentikan badan . Dalam erti kata lain lentikan badan dibuat apabila badan dilayangkan sepenuh tenaga sambil bdan dilentikkan dan tangan dihulur lurus selurusnya (habis) .

    Dalam kes gol di atas, Razi tidak luruskan tangannya secara maksima malah dilihat seolah2 sengaja tidak berbuat demikian. KENAPA? Adakah beliau ragu2 dikala beliau sudah menjangkakan arah tuju bola berkenaan? Atau beliau sengaja tidak selamatkan bola disebabkan sikap negatif yang ada dalam kotak fikiran ketika itu? Atau..............

    Tuan tuan cuba nilai sendiri.

    Likes(5)Dislikes(1)
    1. YB

      Atau....

      Tidak jujur dalam permainan? Terlibat dgn mengatur keputusan perlawanan? Macam2 perkara boleh difikirkan untuk ayat mike tu yob. Siapa makan cili terasa pedasnya.. Liga kita ni bukan hebat mana tapi penuh dengan keputusan dan peristiwa yang PELIK PELIK !!!

      Likes(4)Dislikes(0)
    2. Jaji

      Masalahnya sekarang, tak kan le Burn asyik ketepikan mana-mana pemain yang ada unsur-unsur sedemikian. Mula-mula pemjaga gol Nor Haziq semasa lawan dengan Pahang dalam saingan Piala FA. Dia seolah-olah buat tak sampai aja bola tu semasa tendangan sudut diambil oleh pemain Pahang. Pemain import Pahang yang berada di sebelahnya dah sedia menyepak masuk bola tu ke dalam gol dan akhirnya Perak tersingkir dalaam Piala FA sedangkan kemenangan dah dalam tangan dengan Perak mendahului dengan 2 gol berbalas 1. Akhirnya Burn mengambil tindakaan merehatkan Haziq sampai le sekarang.

      Kemudian semasa Perak bertemu ATM di Selayang, Hardi pula buat hal. Hardi seolah-olah membuat simulasi dengan cara menjatuhkan badan ketika hendak mengeluarkan bola dari kawasan gol Perak. Keadaan itu diambil kesempatan oleh pemain ATM dan menendang ke arah gol tetapi terkena palang. Bola tersebut jatuh betul-betul di depan kaki Arastugi yang terus menyepak bola ke gawang gol Perak. Selepas itu Burn tidak menurunkan Hardi lagi ekuran insiden itu.

      Kini penjaga gol Razi Afendi pula buat hal yang sama. Adakah Burn akan mengambik tindakan yang serupa juga. Kalau demikian,seorang demi seorang pemain Perak di ketepikan dan akhirnya jumlah pemain Perak akan berkurangan.

      Bukannya pemain Perak tidak boleh buat silap langsung tapi biarlah kesilapan itu betul-betul silap dan tidak dibuat-buat. Penonton sentiasa mengikuti setiap gerak geri pemain Perak ketika beraksi di padang. Kalau mana-mana insiden yang diragui situasinya, mereka boleh mencari video yang merakamkan perlawanan berkenaan dan seterusnya mengulangtayangkan insiden terbabit sehinggalah mendapat kepastian sama ada ia dilakonkan atau benar-benar silap.

      Motif penulisan ini ialah para pemain Perak sepatutnya 'aware' dan berhati-hati setiap tindakan mereka di atas padang ketika mewakili Perak. Janganlah tindakan kita itu diragui akan keikhlasannya hingga boleh menimbulkan syak wasangka.

      Likes(4)Dislikes(0)
      1. YB

        Ikhlas le teman kabokan, teman rela team ni kalah dgn bermaruah, kalah dgn barisan pemain yg bersungguh2 tanpa ada konspirasi untuk mengatur keputusan perlawanan. Sakit hati tengok gol yg lepas tu mcm apa je masuk. Kamon lah.. kalau pemain dah beraksi lebih 10 taun rasa dah matang sangat apatah lagi kami kat sini ni dah tengok bola berpuluh tahun pulak. KITA BUKAN BUTA !!!

        Likes(3)Dislikes(0)
  4. YB

    Kata orang tak kan setitis nila rosak susu sebelanga? Ya betoi memang bukan pasal setitik nila bole rosak susu tapi kalau dah berliter2 bukan jadi susu tapi jadi tairu. Game ni teman bukan saje kecewa dgn aksi keeper tapi ada 3 org lagi pemain yg gagal beraksi pada tahap sebenar mereka.

    Nor Hazrul ... Yang konon ramai kate pakar freekick la apa bagai. Pada game tersebut berapa bilangan freekick yg beliau ambik? Yg on target ada satu je itupun menuju tepat pada keeper sarawak sebelum habis first half. Yang lain samada kena benteng atau merapu ke mana hala tah. Apa jadah gini yg kome kate pakar freekick? Buta ke mata kome atau budak ni pon sama tak jujur dalam game tu? Tolong la weh..Azmeer tu pemain defend tapi dia punya freekick almost semua bagus walaupun tak sampai bole menghasilkan gol. Cruz Kiambang pun lagi bagus freekick walau amik 2 kali je rasanya tapi percubaan memang bahaya.

    Lepas keluar je budak ni ganti dengan Nazri Kamal baru la ada rentak game. Nampak Perak menguasai tengah dan ditambah dgn si Nasir yg dah kebelakang ganti defend kita yg injured tu. Nasir kat tengah pun sama hampeh tak menyumbang mcm budak ni jugak. Tah mana bola dia hantar pun taktau. Bukan la kate Nazri tu main best sgt tp nampak la sumbangan dia walaupun masuk dah pertengahan second half.

    Sorang !agi yg teman terkejut, Tuah Iskandar.. Asik bolos je pemain sarawak belah mike apakehey yob? Laju benor ke pemain sarawak tu atau mike melawak? Janganlah kasi alasan tak terkejor yob.. Khairul Asraf sampai dapat kad kuning nak bantu belah mike tu walhal budak Asraf tu bukan laju pun lari. Cemana dia bole kejar pemain sarawak tu lebih laju dari mike pulak? Ke kaki mike ada sakit gout aritu yg menyebabkan slow skit nak lari?. Pikior la bebaik ye..

    Majoriti bebudak core dalam web SDN ni kojenya menilai tahap permainan mengkome. Jgn la buat lawak bodoh dgn berpura2. Kami kat sini tau dan faham kebolehan kome. Main le dgn jujur..selamat dunia akhirat.

    Likes(6)Dislikes(0)
  5. angahbg

    Saya x tgok la lg video tu tp punca perak kalah saya letakkan pada bahagian tengah la. Sbb kita boleh nampak ellie ngan asyraf terpaksa turun ke bawah untuk dpt bola. Tiada hantaran yg membolehkan jaringan goal. Pendapat saya jugak kalau Sarawak tak main taktikal kotor macam hari tu perak boleh menang. Match haritu jelas sgt nampak kasar. Setiap kali pemain perak berjaya melepasi pemain sarawak mesti kena tackle. Contohnya ada sekali junior mengasari ridzuan azli yg telah memperdayakannya.

    Likes(2)Dislikes(1)
    1. YB

      Kena tgk la video tu sebab terletak pada post utama artikel ni. Camne mike tak nampk pulak? Yob... kalu nak kate tengah punca kalah teman tak setuju tapi klu kate tgh tak berfungsi utk menghantar bola kedepan .. itu yer mmg betul sebab Nasir dgn Hazrul taktau mana hala tujunya. Tapi la kan kalau tgh mati sekalipon tapi defend dgn keeper main sepenuh hati takde kalah kita aritu. Paling lekeh pon draw ajer 0-0. Satu perkara lagi kita semua kena ingat.. main robust/kasar tu bukan taktik kotor.. itu salah satu taktik utk memberikan tekanan pada pihak lawan. Kalau takut kena tackle jgn main bolasepak..pegi main Chess ke, Dam Aji ker atau Dam Ulor...senang takde kecederaan. Korea dan Japan suatu masa dulu awal 90an mengamalkan taktik tackle yg robust masa World Cup sampai satu dunia fobia nak jumpa team ni tapi akhirnya skang deme dah tak perlu robust lagi sebab pasukan lain dah ada rasa hormat pada deme. Bukan pemain dan pengurusan je kena MATANG.. penyokong dan peminat pun kena MATANG. Jangan sokong membawa rebah!!!.

      Likes(5)Dislikes(2)
      1. angahbg

        Tapi kalah pon gol freekick jer. Dia bila tengah kurang fungsi bola asyik hilang dan asyik kena serang jer penat la defend. Match ni takdelah nak salahkan bahagian tengah sepenuhnya tapi kalau ada midfield yg attacking minded mungkin serangan lebih menarik.
        Terima kasih......

        Likes(1)Dislikes(0)
        1. angahbg

          Tapi bila tengok balik video tu dan keseluruhan permainan mmg keeper agak kurang fokus malam tu. Tapi harap2 la bukan kesilapan yg dirancang

          Likes(1)Dislikes(0)
  6. YB

    Pasal ada org yg suka/boleh terima kekalahan dgn freekick la depa buat lawak camni. Hahaha... byk lagi la mike kena belajo pasni yob.. welcome to SDN !!!

    Likes(4)Dislikes(0)
  7. nuarkama

    Salam warga SDN..

    Sampai bila coach dan pihak pengurusan nak beralasan dengan pemain perak masih muda dan pemain import tak menunjukkan prestasi yang sepatutnya..
    1, 2 game boleh ler peminat terima..dah masuk game ke 5 macam mana gayanyer yop??
    Bukan nak menjatuhkan moral pasukan tapi perlu realistik dengan dengan keadaan team sekarang...kalau pengurusan dah tak ambil pemain2 yang berkualiti dan ambil aksinya suam2 kuku..jangan pula buat2 pelik kalau team perak gagal catat kemenangan. Apa yang kita laburkan itulah hasil yang kita dapat..

    Likes(3)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Bukan tidak pernah perform. Game pertama dengan team power boleh survive. Biarpun kalah. Patent game ada dan menghiburkan. Sama jugak kalah dengan Pahang FA Cup. Orang tak merungut sebab main sempurna dan kesungguhan tu nampak.

      Alasan pemain muda jangan dialaskan. Tak relevan dah. Pemain mudalah yang terbaik setakat ni. Coaching staff kena fikirkan macam mana nak make sure performance diorang meningkat dari game ke game. Sekarang ni mula nampak down sangat. Nak pulak main away. Memang hampes.

      Likes(2)Dislikes(0)
      1. YB

        Teman rasa yg buat down team 3,4 kerat je, overall masih ok tapi kalau tak dibenteras gejala 'act like monkey' ni memang bole punah team, harap management amik langkah pro aktif skit.

        Likes(1)Dislikes(0)
  8. Jaji

    Teman rasa nak atasi msalah ini senang aja. Perak dapatkan striker yang power supaya ada dua tiga bijik gol setiap kali Perak turun ke padang. Bila udah masuk dua tiga bijik, kalam setakat lepas sebijik tu, tak jadi hal. Masalahnya tiap kali Perak turun, tiada gol yang dijaringkan. Bila mana-mana pemain (termasuk goli) buat silap, kita kata dia ada unsur-unsur tu.

    Ate kita nak cakap le sikit pasal striker kita yang ada tu, si Terkes. Labunnya dulu dia ni penjaring terbanyak le, pemain terbaik le, tapi bila main untuk Perak, sebijik gol pun tak dijaringkannya. Tanda-tanda nak jaringkan gol pun tak ada. Ate striker taik kucing apa mun rope tu. Si Bojongo dulu pun elok sikit. Ate teringat le pulak Caceres dari Chile tu di mana dia agaknya.

    Likes(2)Dislikes(1)
  9. saidin

    salam...

    sebelum perlawanan bermula ada seorang yang dikenali telah beritahu keputusan perlawanan adalah 1-1,tapi sayang pemain pemain Pasukan Perak tidak ada nafsu untuk menjaringkan gol,walhal sudah banyak kali penjaga gol cuba untuk memberi ruang kepada pemain pasukan Perak untuk menjaringkan gol.

    Jelas dan nyata bertahun tahun lamanya masalah bahagian serangan pasukan lemah dan tumpul seperti keris yang sudah berkarat.

    Apa lagi mampu untuk diperkatakan inilah realiti dan kenyataan pahit yang harus ditelan oleh semua penyokong dan peminat setia The Bos Gaurus,barisan pasukan musim ini adalah barisan yang paling lemah sejak tertubuhnya pasukan ini 1921 - 2014 nilailah yer wahai wahai penghuni Perak FA

    Likes(0)Dislikes(3)
  10. angahbg

    Memandangkan saya pon baru lagi minat bola. Cer otai2 bg formasi yg sedap atau sesuai dgn perak. Saja nak tahu pasal bola sikit baru konfiden sembang ngan membe2...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob.. dlm SDN ni kita jarang sangat nak sembang pasey formasi dan sebagainya. Kita lebih pada Penambahbaikan pasukan dari pelbagai sudut. Kita selalu tekankan tentang survival dalam pasukan dan kejujuran dlm menghadapi bolasepak era moden yg penuh dugaan ni. Kalau kita fikir semula siapa kita nak berbicara tentang formasi semua ni? Deme2 coaching staff dah bertaun dlm arena bolasepak ni dgn lesen kelas A. Bukan mudah nak dpt lesen kelas A tu yob.. cuba try mike amik awalan dan kemudian amik kelas C dulu. Masa tu baru mike tau ilmu yg mike ada dgn gambaran sebenar selama ni macam mana sukarnya jadi coach ni. Talk Is Cheap yob.... very very cheap...

      Likes(2)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Salam yob. Mike kena berkawan dengan orang yang mahir bab formasi bolasepak. Bukan tak nak berkongsi tapi tak mampu nak taip berjela.

          Teman pun bukannya pandai sangat pun. Sekadar berkongsi pengalaman. Kalau nak boleh join aktiviti SDN nanti.

          Likes(2)Dislikes(0)

Comments are closed.