Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 15 Feb 2014
Stadium Negeri , Kuching
8:45 Malam

Perak akan terbang ke Kuching untuk meneruskan cabaran Liga Super 2014 menentang Skuad Bujang Senang Sabtu nanti. Untuk rekod, musim lalu Perak berjaya menang dalam dua pertemuan dengan Sarawak. Kedua-duanya dengan jaringan 2-1.

Misi kali ini adalah mencari mata pertama di tempat lawan yang mana setakat ini Perak masih gagal mendapatkan sebarang mata di luar Ipoh. Dalam perlawanan ‘away’ sebelum ini, Perak tewas ditangan ATM 1-0 dan tewas kepada JDT 1 dengan jaringan 2-0.

Oleh yang demikian, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk meraih 3 mata penuh kerana jika dilihat rekod perlawanan sebelum ini bagi kedua-dua pasukan adalah sama dan dibezakan dengan beza jaringan sahaja. Robert Albert bakal mencatur strategi berdepan Perak yang masih segar dengan kemenangan ke atas Kelantan Sabtu lalu.

Namun begitu, jika dinilai tahap kecergasan atau ‘match fitness’ ianya memihak kepada Sarawak yang beraksi untuk Piala FA Selasa lalu. Namun begitu, Abu Bakar Fadzim memiliki perancangan tersendiri untuk menidakkan percaturan Robert Albert nanti.

Perak seharusnya mengekalkan barisan kesebelasan utama seperti menentang Kelantan tempohari yang diketuai oleh Nasir Basharuddin dilihat membawa banyak perubahan. Mereka mempamerkan aksi yang luar biasa dan menidakkan kemaraan pasukan Kelantan yang dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman.

Ini amat penting untuk memastikan momentum kemenangan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Abu Bakar Fadzim juga boleh menyelitkan seorang atau dua pemain yang belum pernah diturunkan sebagai pendedahan awal sebagai persediaan dan mengelakkan mengharap kepada seseorang pemain sahaja.

Likes(14)Dislikes(2)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (preview)

  1. YB

    Misi untuk menang!!!, inilah peluang pemain perak buktikan kome bukan takat jaguh kandang sendiri. Kelebihan pada Perak sebab team sarawak baru lepas main fa cup. Penat pun tak abis lagi, oleh itu coach burn kena proaktif lagi.. lineup aritu, taktikal dan formasi yg sama, tentu mampu hasilkan gol. Pada masa yg sama teman dpt perkhabaran yg Cruz kiambang berjaya menghasilkan 2 jaringan sewaktu menentang upsi semalam pd game frendly. Ni berita baik utk beliau tingkatkan lagi keupayaan diri.

    Hari ni maklumat yg teman dpt ada game dgn team proton fc yg main liga fas dan bukan lineup proton fc zaman liga premier dulu. Lokasi difahmkan di stadium mini proton city tg malim tapi nanti teman cuba dapatkan comfirmation dr budak2 proton.

    Note: comfirm lawan di Mini Stadium Proton City Tanjung Malim

    Likes(5)Dislikes(0)
  2. angahbg

    Lawan sarawak. Team yg sdg on form. Konfiden mereka lebih tinggi tapi saya yakin kekalahan 6-1 kepada sarawak masih berbekas di hati pemain perak yg masih kekal bersama kita. Tp kekalahan duku tu saya letakan pada kekurangan pengalaman penjaga gol kerana jika farizal berada di situ pasti lain jalan ceritanya. Lupakan kisah lalu. Tahun ni hampir semua muka baru. Kita target menang 2-0 . Kalau corak permainan sama seperti lawan kelantan kita mampu meraih 3 mata. Sukri Hamid mmg cerah masa depan dan kalau dia tambah sikit attacking skill tak lama lagi tempat syakir shaari di pasukan kebangsaan akan tergugat.
    Go perakpower 2014

    Likes(2)Dislikes(0)
    1. Jaji

      Seelok-eloknya coach Burn hendaklah memotivate para anak buahnya supaya tidak terbawa-bawa akan peristiwa kekalaahan 6 - 1 tahun lepas di tangan pasukan Sarawak dalam kempem Piala Malaysia. Ini kerana ia akan menganggu fikiran para pemain yang boleh menjejaskan tumpuan permainan pasukan Perak. Yang berlalu biarlah berlalu dan tak akan boleh diperbetulkan lagi. Buatlah ia sebagai satu iktibar dan pengajaran dalam menghadapi cabaran MSL 2014 ini. Suasana pada tahun sudah semuanya berlainaan jika dibandingkan dengan tahun ini. Dulu coach Azrai dan kini Burn. Dulu pemain import ada dua tapi kini ada tiga. Dulu ramai pemain local senior-senior belaka, tapi kini ramai pula yang muda-muda dan bersemangat tinggi. Dulu persaingan dalam Piala Malaysia tapi kini dalam persaingan Liga Super. Dulu bermain di bawah tekanan (kerana perlu menang) kini tiada sebarang tekanan (ada peluang memperbaikinya kerana MSL masih jauh lagi). Kesimpulannya semua yang berlaku pada tahun lalu, tiada di lagi tahun ini. Oleh itu para pemain pasukan The Bos Gaurus hendaklah bermain secara normal tapi jangan bersahaja. Perlu disemat dalam ingatan kitaa dibayar bermain untuk kemenangan. Sentiasalah wujudkan kerjasama erat sesama rakan di atas padang.

      Likes(5)Dislikes(1)
      1. syidi Post author

        Betul dan setuju. Tapi saya tidak risaukan kekalahan 6-1 dulu. Buang tu jauh2 jangan ungkit pun. Ini team baharu. Mereka ibarat baharu dijelmakan semula dalam dunia yang sedikit mencabar. Mereka lalui dengan penuh keazaman dan ikhlas tanpa dipengaruhi bookie dan sebagainya. Kalau senior banyak sangat komitmen dan perangai. Biarkan orang muda yang fresh main. Kalau boleh Zyar Win pun simpan sampai habis kontrak

        Likes(4)Dislikes(0)
        1. angahbg

          Tp mmg btul la jika dilihat. Pemain perak musim ni mmg main penuh semangat. Saya tgok paling jelas pd Azmeer. Dan kagum jugak melihat kesungguhan Tuah Iskandar meskipun bkn anak jati perak. Beruntunglah kalau semangat ni berkekalan. Mungkin bila kita bermain kerana minat dan maruah tanpa memikirkan ganjaran itulah hasil yg diperolehi... Wahh ayat patriotik pulak.
          Perak Power 2014

          Likes(7)Dislikes(0)

Comments are closed.