Liga Super 2014 | Perak vs Kelantan (result)

Astro Liga Super 2013

8 Februari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Kelantan

Sekali lagi Perak cemerlang di laman sendiri bersaksikan beribu penonton di seluruh negara, dikala ramalan mengatakan Perak akan tewas mudah ditangan Kelantan.

Kelibat pemain muda mencuri tumpuan pada malam ini. Sukri Hamid dan Khairul Asyraf menjadi watak penting untuk memastikan 3 mata kepada Perak malam ini. Sudah semestinya semangat juang sepasukan menjadi nadi utama kemenangan.

Perak yang mendahului seawal minit ke 18 jaringan Ahmad Sukri Hamid dan kemudian di samakan kedudukan dibabak kedua oleh Mohamad Shawky selepas Martin Kafando dikeluarkan akibat kecederaan berulang melalui sepakan percuma yang gagal dikeluarkan oleh Pertahanan Perak.

Gol kemenangan Perak terhasil di minit ke 78 juga berpunca daripada sepakan percuma oleh Azmeer Yusoff dan disudahkan dengan tandukan oleh Khairul Asyraf Sahizah yang masuk di babak kedua menggantikan Zelimer Terkes.

Secara keseluruhannya, Perak berjaya menguasai bahagian tengah dengan baik mengatasi ketangkasan MVP Badri Radzi yang buntu mencari rentak sehinggalah babak kedua bermula yang mana Kelantan berjaya keluar daripada kesukaran mengatur gerakan dan menghasilkan gol penyamaan.

Pujian kepada Abu Bakar Fadzim yang dilihat bijak dan berani mencatur pemain-pemainnya. Dengan hanya seorang import hampir keseluruhan babak kedua membuktikan bahawa Perak berada pada kelas tersendiri dan memiliki pemain muda yang berkualiti.

Likes(29)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

13 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Kelantan (result)

  1. angahbg

    Yehaa!!!!.....
    Mng jugak akhirnya. Pujian kpd bahagian tengah dan pertahanan yg bekerja keras. Juga pada supersub kita Asyraf. Ada perubahan drpd Ellie Yo ttp Terkes masih lg pd tahap kurang memuaskan. Sebenarnya agak terkejut juga tanpa hardi dan zyar win midfield perak boleh berfungsi dengan agak baik. Tp mungkin. Syukri perlu digantikan dengan pemain lain. Sbb nampak penat dia kalau dengan corak permainan dia yg box to box. Itu saja bg kali ini.
    Perak Power 14

    Likes(8)Dislikes(0)
  2. belanak

    Permainan yang cemerlang... Tahniah diucapkan buat semua pemain kerana menunjukkan kecemerlangan anda pada malam tadi...

    Syukur alhamdulillah... Berkat kesungguhan semua pemain akhirnya membuahkan kejayaan... Hasil kerjasama dan sikap tanpa jemu.. Usaha berterusan... Kejayaan lah hasilnya.. Tahniah..

    Barisan tengah memang memainkan peranan yg penting dan kita dapat lihat hasilnya malam tadi dan tidak mustahil jika diteruskan momentum begitu... InsyaAllah kita akan berjaya...

    Tak lupa juga ketangkasan dan kecemerlangan keeper... Syukur alhamdulillah dapat menepis serangan demi serangan...

    Namun begitu, sekali lagi kita kecewa dgn terkes... Entah apa lagi... Masih lagi ditahap tidak memuaskan... Sungguh mengecewakan... Ada satu ketika, apa salahnya rilek dulu... Hold ball first... Tunggu dan lihat rakan baru pass... Tapi malam tadi memang kecewa dengan tindakan bliau yg sia2... Jika tidak mungkin boleh tambah satu lagi jaringan...

    Bahagian pertahanan... Sperti biasa mantap dan cemerlng... Congrat... Jaringan kita melalui set piece yg mnarik... Tahniah dan teruskan latihan dlm pelbagai set piece... Lebih2 g ketika tendangan sudut..

    Apa2 pun... Tahniah dn teruskan momentum... Semoga momentum dpt diteruskan di stadium negeri lak...

    All da best...
    Apa yang penting...
    KERJASAMA...

    Likes(5)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob.. teman faham perasaan mike tentang Terkes tapi kita bagi la peluang pada dia sebaiknya. Teman nampak dia boleh menyerlah cuma dia main dalam tekanan sebab aksinya diawasi dan penyerang BIDAN TERJUN.. Eliel Cruz Kiambang Bertaut jauh lebih cemerlang selepas gol di Ipoh dulu tu.

      Pendapat teman elok dibubuh Terkes secara kekal di depan pintu gol seperti mana Rangel dulu yang kojenya menunggu bola. Mungkin gitu cara main Terkes yang mampu dia menjana gol. Kalau game play skang ni dia kena amik bola kat tengah dan buat larian keatas memang payah. Rangel dulu pun tak hingin dia tunggu bola kat tengah.. tunggu depan pintu gol je macam Repasi.

      Apapun teman VOTE untuk CRUZ Kiambang , hahahaha

      Likes(5)Dislikes(0)
  3. YB

    Tahniah Team, Tahniah Pemain dan Tahniah Coach Bakar kerana berjaya melakar kemenangan malam tadi dengan berkualiti. Separuh masa pertama memang boleh nampak game play yang cuba ditunjukkan oleh barisan pemain Perak. Untuk second half permainan tidak sebaik first half, mungkin faktor kepenatan dan adanya urgency serta tekanan dari pihak lawan.

    Ada support dari side back naik sampai keatas membuat hantaran dari Tuah dan Azmeer. Memang cukup membuatkan barisan Kelantan bekerja keras untuk mengekang serangan2 dari pemain kita. Defend selepas terkeluarnya Kafando seperti mencari persefahaman tetapi pujian kepada Terkes dan Cruz yang turun kebawah membantu pertahanan.

    Secara keseluruhan permainan jauh lebih baik dari perlawanan2 sebelum ini. Nampak kerja keras para pemain termasuk import2 menguasai bahagian tengah dan berjaya mengimbangi kemampuan Kelantan yang diterajui Piya. Oleh itu saranan KERAS dari teman kepada Coach Burn... Sila kekalkan barisan pemain yang ada pada malam tersebut terutama bahagian tengah yang lebih mantap dan HIDUP waimah tanpa kehadiran Zayar Win. Tak salah kita bagi Zayar Win rehat2 cuti Malaysia pulak lepas ni dan masukkan untuk GAME PLAN yang lain pada separuh masa kedua itu pun JIKA PERLU!!!.

    Pengurusan sudah boleh berkira2 untuk mencari pengganti Kafando yang teman nampak kerap cedera. Kita tak mahu ada pemain import yang kerap cedera terutama tonggak pertahanan. Boleh berikan sedikit masa lagi kepada Terkes sebab nampaknya beliau agak tertekan untuk mendapatkan gol. Yang pasti kelibat Cruz sentiasa jadi perhatian kerana kerajinan beliau membantu pertahanan serta turun kebawah mencari bola untuk dilorongkan kepada pemain lain andaikata beliau tidak berpeluang menjaringkan gol.

    Jika diamati gol kedua Perak yang dijaringkan oleh Khairul Asyraf sebenarnya mendapat bantuan Cruz yang cuba mengalih perhatian Obinna yang mengawal ketat Cruz. Kealpaan pertahanan Kelantan yang terlalu menumpukan kepada Cruz membuahkan hasil apabila pemain muda kita sendiri yang mencipta jaringan.

    Arghhh..banyak lagi nak cerita ni tapi kita bagi peluang kepada rakan lain pulak luahkan pendapat mereka. Terima Kasih

    Likes(7)Dislikes(0)
  4. Jaji

    Pada penilaian teman, malam tu para pemain Perak mengambil serius dan bermati-matiaan ketika menentang Kelantan. Mereka (terutamanya pemain local) tidak memberi peluang langsung kepada pemain-pemain Kelantan untuk bebas bergerak. Mereka mengejar, menghalang, menerkam, merapatkan diri dengan lawan malah tidak membiarkan pasukan lawan bebas membuat hantaran. Mereka juga bermain pantas dan sentiasa membuat serangan balas. Hantaran-hantaran juga kebanyakannya tepat dan tidak merapu. Walaupun pada penghujung permainan, Perak diwakili oleh seorang pemain import sahaja (tanpa Kafando), tetapi masih mampu mengekang serangan pemain Kelantan yang bertali arus bagi menyamakan kedudukan. Ketika itu Kelantan menurunkan tiga orang pemain import, termasuk Mohd. Gadar. Syabas dan tahniah kepada pemain tempatan Perak yang rata-rata muda belaka.

    Melihat kepada pemain import Perak pula, teman perhatikan Kafando dan Eliel sahaja yang bermain secara serius dan bersungguh sementara Terkes berlari-lari sahaja di atas padang dan mudah hilang bola. Tiada cubaan ke arah gawang gol yang dibuatnya. Nampaknya dia ni kena tukarkan le pada bulan April nanti.

    Likes(6)Dislikes(0)
  5. Jasbisa

    Terkes perlu ditukar, Eliel ada peningkatan tapi kalau tak mampu buat gol di game2 akan datang, beliau juga teman cadangkan ditukar. Pemain tempatan terutamanya pemain muda mantap dan boleh pergi jauh. Insyaallah salah seorang pemain muda Perak bakal memikat Ong Kim Swee.

    Likes(3)Dislikes(0)
  6. anip

    Tahniah kepada para pemain Perak serta barisan kejurulatihan yang berjaya mencipta satu kemenangan dengan permainan yang mengagumkan. Perlu kekalkan momentum permainan yang ada dan dipelbagaikan variasinya. Cuma teman rasa kena ada jugak pemain pengalaman untuk membimbing pemain-pemain muda ini untuk mengharungi liga yang masih panjang ini.

    Likes(1)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Terima kasih atas komen yang bernas. Inilah kesannya jika pemain komited dengan tugasan yang diberikan.

      Cuma risaukan konsistensi. Berulang2 kali teman cakap benda ni. Satu lagi injury. Harap2 dapat dielakkan

      Likes(1)Dislikes(0)
      1. Jaji

        Teman risau sangat-sangat takut penyakit tahun lalu berulang lagi. Masa tu Perak megah sesangat kerana berjaya mengalahkan Johor DT di Stadium TLDM, Lumut dengan keputusan 3 gol tanpa balas. Ketiga-tiga gol telah dijaringkan oleh Paulo Rangel. Namun begitu di perlawanan berikutnya (kalau tak silap lawan dengan T. Team atau Felda United) kita telah nengalami kekalahan. Bermakna kita berjaya mengalahkan team yang dikategorikan handal tapi kalah kepada team yang pada anggapan umum sebagai agak lemah.

        Jadi, untuk kali ini, diharapkan pasukan The Bos Gaurus kita tidak sesekali mengulangi episod musim lepas. Dalam ertikata lain, teman dan seluruh penyokong tegar TBG berharap benor agar pemain-pemain muda Perak akan mencipta kemenangan pertama Perak di gelanggang lawan tahun ini dengan menumpaskan Sarawak di Stadium Kucing. Mereka sememangnya boleh ditewaskan di gelanggang tersebut seperti yang telah dibuktikan oleh Kelantan pada 25 Januari 2014 yang baru lalu di mana Kelantan berjaya mencipta kemenagan 1 gol tanpa balas. Jika itu boleh dilakukaan, maka sekali gus kita berjaya menebus kekecewaan yang berlaku dalam kempen Piala Malaysia pada musim lepas di mana kita tewas 6 - 1 di tangan Sarawak.

        Likes(3)Dislikes(0)
  7. nuarkama

    Tahniah dan tabik kepada pemain-pemain perak..

    Inilah corak permainan yang teman tunggu daripada pemain muda perak.
    Kita kuasai bola, manfaatkan setiap peluang yang ada,tidak lakukan kesilapan mudah dan yang penting sekali kita menang. Tak perlu nak main fancy2 tiki taka bagai..Kita main basic football je. Kita pastikan aksi bertemu Sarawak nanti skuad Perak kita akan beroleh kemenangan.

    Likes(2)Dislikes(2)
  8. sdarerepasi

    Teman idakler nengok pon game ni...tapi macam selalu teman cakap ler..dengan ''material'' yang kita ade nie pada teman dah ckup untuk buatkan kita rasa bahawasanya team kita ni adalah salah satu pasukan yang bagus walaupon tanpa pemain bintang...dah 5 6 game kita disajikan dengan permainan yang baik...menang kalah tu ikut luck juge,,,,walaupon 3 mata jadi keutamaan kan..so pada teman..Teman bagi EMPATTTT bintangggggggg

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.