Liga Super 2014 | Perak vs Kelantan (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 8 Februari 2014
8:45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Selepas liga berehat seketika memberi laluan kepada saingan Piala FA 2014, Perak bakal meneruska jadual Liga super yang menemukan jagoan Pantai Timur iaitu Kelantan.

Sejak dikendalikan Steve Darby, Kelantan dilihat sedikit menurun biarpun mereka berjaya melepasi pusingan kedua Piala FA. Beliau juga dilihat agak lantang dan kurang disenangi wartawan kerana sering membalas persoalan dengan jawapan yang tidak sepatutnya.

Berdasarkan pemerhatian, barisan pemain Kelantan dilihat sedikit tempang dan kadangkala tidak konsisten. Kelibat Badri Radzi sudah semestinya bakal menjadi tumpuan. Perak perlu berwaspada dan mengimbangi bahagian tengah jika mahu mata esok.

Kesempatan perlu dipergunakan sebaik nya oleh Perak nanti. Jika Kelantan mengamalkan formasi 3-5-2 bermakna mereka cuba memenangi bahagian tengah atas dan bawah. Kadangkala formasi ini boleh menjerat mereka yang mana.jika bola hilang dari kawalan di bahagian tengah, mereka akan diancam dengan serang balas.

Oleh yang demikian, diyakini, waktu yang ada sebelum ini dipergunakan sebaik yang oleh kejurulatihan Perak untuk bersiap siaga menghadapi TRW malam esok. Kepada penyokong, jangan terlalu agresif mengkritik sebaliknya kaji, nilai dan beri pandangan yang bernas demi kebaikan Perak.

Likes(6)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Kelantan (preview)

  1. belanak

    As salam...

    Tiada apa yang perlu diperkatakan.. Bahkan dah berbuih2 duk habaq... Berikan tumpuan dan kesungguhan.. Jangan dibuat kesalahan yg boleh menjerat pasukan... Dan akhirnya kita yg parah dek kelalaian... Bermainlah dgn penuh ikhlas demi kejayaan bersama...

    All da best...
    Apa yang penting...
    KERJASAMA...

    Likes(3)Dislikes(1)
  2. YB

    Inilah peluang untuk anak buah coach Burn membuktikan mereka lebih baik dari yg disangka oleh para penyokong Perak. Difahamkan Kafando akan beraksi semula dan jentera tengah akan turun tanpa kelibat Zayar Win yang mengutip kad merah tempohari.

    Kekuatan Kelantan ialah penguasaan bahagian tengah, oleh itu jika Perak berjaya mengimbangi kelebihan ini tidak mustahil kita beroleh kejayaan yang dinanti. Pastikan tidak membuat hantaran yang sia-sia kepada barisan hadapan dan bermain secara mudah tanpa perlu aksi menakjubkan yg mengelirukan pihak lawan dan KAWAN!!!.

    Likes(2)Dislikes(0)
  3. angahbg

    Kelantan masih mencari rentak kemenangan manakala perak berusaha menepis kritikan. Malam ni bakal menjadi penanda aras kemana hala tuju pasukan perak. Sekiranya bahagian serangan masih tumpul maka pasti agak sukar kerana kelantan bermain secara menyerang maka peluang perak pasti akan sedikat terhad. Apa lagi dgn kemampuan Piya mengemudi jentera tengah. Sudah pastinya perak perlu menang malam ini. Bagi memastikan persaingan untuk slot teratas liga super. Ayuh ke stadium

    Likes(1)Dislikes(0)

Comments are closed.