Monthly Archives: February 2014

Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 15 Februari 2014
Stadium Negeri, Kuching
8:45 Malam

Sarawak 1 – 0 Perak

Prestasi yang sama ketika tewas di Selayang kepada ATM dalam perlawanan ‘ away ‘ lalu. Adakah ‘badi away’ menghantui Perak? Buktinya, 3 perlawanan ‘away’ Perak gagal meraih sebarang mata. Apa masalah sebenarnya?


Continue reading

Likes(9)Dislikes(0)

Liga Super 2014 | Sarawak vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 15 Feb 2014
Stadium Negeri , Kuching
8:45 Malam

Perak akan terbang ke Kuching untuk meneruskan cabaran Liga Super 2014 menentang Skuad Bujang Senang Sabtu nanti. Untuk rekod, musim lalu Perak berjaya menang dalam dua pertemuan dengan Sarawak. Kedua-duanya dengan jaringan 2-1.

Misi kali ini adalah mencari mata pertama di tempat lawan yang mana setakat ini Perak masih gagal mendapatkan sebarang mata di luar Ipoh. Dalam perlawanan ‘away’ sebelum ini, Perak tewas ditangan ATM 1-0 dan tewas kepada JDT 1 dengan jaringan 2-0.

Continue reading

Likes(14)Dislikes(2)

Liga Super 2014 | Perak vs Kelantan (result)

Astro Liga Super 2013

8 Februari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Kelantan

Sekali lagi Perak cemerlang di laman sendiri bersaksikan beribu penonton di seluruh negara, dikala ramalan mengatakan Perak akan tewas mudah ditangan Kelantan.

Kelibat pemain muda mencuri tumpuan pada malam ini. Sukri Hamid dan Khairul Asyraf menjadi watak penting untuk memastikan 3 mata kepada Perak malam ini. Sudah semestinya semangat juang sepasukan menjadi nadi utama kemenangan.

Continue reading

Likes(29)Dislikes(0)

Liga Super 2014 | Perak vs Kelantan (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 8 Februari 2014
8:45 Malam
Stadium Perak, Ipoh

Selepas liga berehat seketika memberi laluan kepada saingan Piala FA 2014, Perak bakal meneruska jadual Liga super yang menemukan jagoan Pantai Timur iaitu Kelantan.

Sejak dikendalikan Steve Darby, Kelantan dilihat sedikit menurun biarpun mereka berjaya melepasi pusingan kedua Piala FA. Beliau juga dilihat agak lantang dan kurang disenangi wartawan kerana sering membalas persoalan dengan jawapan yang tidak sepatutnya.

Continue reading

Likes(6)Dislikes(0)