Piala FA 2014 | Perak vs Pahang (result)

SDN KV JATA

Selasa, 21 Januari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perak 2 – 2 (Penalti 4-5) Pahang

Jujur dikatakan bahawa ini merupakan tahun terbaik Perak untuk bangkit TETAPI perlu kekalkan corak permainan sekurang-kurang seperti semalam. Respon yang positif diterima hasil daripada keputusan semalam biarpun tewas dengan penentuan sepakan penalti.

Secara keseluruhannya, Perak adalah mangsa kekejaman BOLASEPAK yang mana telah beraksi baik sepanjang 120 minit tetapi gagal dipenghujung penceritaan semalam. Disimpulkan bahawa pengalaman para pemain menjadi punca adakah ianya benar? Pengalaman mengambil sepakan penalti? Atau faktor lain? Anda boleh berkongsi pandangan anda.

Dimulakan dengan rumusan barisan pertahanan. Beraksi dengan sepenuh kudrat dan sangat komited. Pujian kepada Muhammad Syamil Khairi yang menggantikan Martin Kafando yang cedera, juga kepada 3 yang lain. Komitmen yang dipamerkan berjaya mematikan pergerakan penyerang Pahang Matias Conti yang dilihat agak tertekan untuk mendapatkan bola.

Bahagian tengah pula pada awalnya dilihat agak sukar untuk diseimbangkan. Zayar Win dilihat agak tenggelam pada awalnya. Mujur, strategi yang diterapkan mengamalkan corak switch position di tengah yang mana jika dilihat dikiri atau kanan akan cuba membantu pemain tengah dengan memberi sokongan ketika menyerang. Selepas Perak ketinggalan 0-1, Zayar Win banyak berlegar di bahagian tengah atas dan sekali sekala ke kiri dan kanan untuk memenanangi bola. Hasilnya, gol penyamaan adalah berpunca daripada Nor Hazrul dan di sudahkan Hardi Jaafar. Secara keseluruhannya, semua 4 pemain memainkan peranan dengan baik dan sempurna.

Barisan serangan semalam diibarat dummy yang hanya mengumpan pergerakan untuk menarik pertahanan membuka ruang untuk peluang menjaringkan gol.

Aksi pemain-pemain muda mencuri tumpuan semalam. Antaranya Khairul Asyraf, Muhammad Sukri dan paling menyerlah dengan gerakan lincah adalah Muhammad Ridzuan Husam yang masuk menggantikan Khairul Asyraf. Beliau banyak berlegar di tengah dan sayap kanan.

Kemenangan nasib kepada Pahang dan kekalahan bermaruah buat Perak. Sekurang-kurangnya membuka mata pengkritik sebelum ini yang mengandaikan Perak bakal menjadi pasukan belasahan. Post Mortem perlawanan perlu diteruskan kerana hasilnya amat positif dan menampakkan peningkatan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

10 thoughts on “Piala FA 2014 | Perak vs Pahang (result)

  1. razlan

    Kekejaman bolasepak? Takut dilanda badai, jgn bina rumah di tepi pantai.

    Namun teman setuju fans akan kembali memenuhi stadium bila Perak bermain seperti semalam.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Ayat semata-mata kejam. Sakit hati pun ada. Macam nak luruh jantung. Tapi semalam feeling yang dah lama tak dirasai, ibarat game final, debaran sampai saat akhir.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. angahbg

    Hardi jaafar style la semalam. Keseluruhannya perak bermain dgn baik tp sayang striker kita tumpul. Terkes suka pgg bola lama sgt. Byk kali dia boleh pass ke rakan tp beliau cuba dribble yg tidak mendatangkan hasil. Kalo mcm ni lah prestrasi terkes mungkin tak lama dia kt sini. Khairul Asyraf tu ada saya ada tgok dia di liga presiden. Dia bkan dribbler tp dia mmg tajam dlm kotak penalti tambah2 bola header. Kesimpulannya striker je perlu perbaiki. Terkes jgn syg bola sgt dan kalo nak dribble maju la kedepan.
    Teruskan usaha Perak......

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. malayneum

    xpe yob2 sume..pjalanan Bos Gaurus masih jauh...bola sepak bukan tahun 2014 je....selagi ade kilang buat bola,ade la game bola ni...cuma bhgn serangan kena lebih mantap...jgn nk malap je...tgk game mmg cantik walau kadang2 nmpak mcm sakit hati je nengok...truskan cara permainan mcm smlm klu nak bersaing ngn team2 besor mcm pahang ni....weldone Bos Gaurus..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jasbisa

    salam yob dan yong. semuanya okay kecuali barisan penyerang yg perlu diperbaiki. Terkes dan eliel belum menampakkan mereka striker sejati. Harap2 mereka bangkit, jgn jadi mcm popo dan karim. Khairul Asyraf lebih menonjol. Pemain muda semuanya mantap. Kalau striker berterusan macam ni, PAFA dah kena fikir pengganti bila transfer window dibuka bulan April nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Raul hashim

    Teman harap perak buang player import brazil tu dan ambil import negro seperti bodjongo atau rakan kofando..lagi satu harap sangat keeper tu bagi banyak latihan lagi..banyak kelemahan keeper smlm..perak jugak agak lemah dalam situasi set piece dimana senang team lawan hendak buat gol. Harap game akan datang Nasir dan zar win digandingkan..barisan harapan teman sabtu ini adalah:
    razi
    tuah-kafando (kalau xinjured)/hisyam-raffi/syamil-azmeer
    hazrul-nasir-zarwin-hardi-
    terkes-mugen/asyraf

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YB

    Overall game kali ni lebih baik dr masa lawan jdt aritu. Tapi situasi bola mati baik freekick atau corner memang itu kelemahan perak. Siapa mark import pahang semalam masa header tu? Buta2 je masuk gol yg sepatutnya bole dielakkan. Kali ni nampak coach Burn lebih bijak buat pertukaran.. overall game semalam baik dr yg sebelum itu. Cuma yg teman geram kenapa penalti taker Perak semua macam lemau jer? Adakah coach burn tidak menyiapkan mereka untuk situasi sudden death penalti? Bole nampak sangat air muka player yg confident atau cuak sblm nak sepak penalti. Pendek kate kalau tak yakin toksahlah gatai amik penalti.. kalah mcm ni memang sakit hati wooo..tambahan kat stadium sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sdarerepasi

    1) PERSEMBAHAN..... pada teman ok la jugak..bak kate yb...lagi baik dari lawan jdt..dan kita jugak berjaya kucar kacirkan jentera pertahanan pahang yg diatas kertas dan padang agak kental dek kerana 2 pertahanan import mereka Zesh Rahman dan Damion Stewart....dan dilihat juga 2 gol Perak hasil rembatan luar kotak penalti dan membuktikan barisan serangan Perak sukar untuk memecah kekentalan defend pahang...

    2) PEMAIN.....prestasi pemain pulak memang dah bagi all out cuma kelekaan yg smpaikan lepas 2 bijik gol tu...gol pertama kelalaian azmeer yang tak jage alex tu bebetoi dan gol num 2 keeper tak dpt clear bola dan DIMANA defend yg tak marking langsung damion stewart tu...

    3) TERKES.....nampak fit sbb dah nak abes extra time pon masih berlari dan tak nampakkan dia penat..cumanya barisan tengah dan rakan sepasukan gagal utk produce bola yg cantik utk dia skor...
    walaupon ada skli dia dapat pluang tp dia pulak tak tahan elok2..

    4) PEMAIN MUDA.....agak outstanding bagi perlawanan ini terutamanya Ridzuan Azly yang nampak begitu licik dan berani utk kedepan dan buat hantaran ke pemain penyerang..Sukri dan Syahmil jugak tak menghampakan.

    5) PERTAHANAN...keseluruhannya sgt baik walaupon kafando kene kluor awal...tpi syahmil pon bagus..cuma kelekaan waktu sepakan percuma dan corner tu yg perlu diperbaiki..

    itu jer....kita tgk mcm mane peginyer game sabtu ni pulak...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.