Piala FA 2014 | Perak vs Pahang (preview)

SDN KV JATA

Selasa,21 Januari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Langsung Astro Arena 801

Tahun lalu, Perak tewas 0-1 kepada Darul Takzim FC di Larkin. Masih segar dalam ingatan, di mana Perak ketika itu dibarisi kebanyakannya pemain muda yang bertenaga. Cuma nasib tidak menyebelahi kita tewas.

Musim ini, cabaran getir sekali lagi menanti, Juara Piala Malaysia 2013 menanti kita seawal cabaran Piala FA 2014. Pahang, sebuah pasukan yang kental, melalui banyak cabaran berliku untuk berada di tahap sekarang. Jatuh bangun mereka menjadi GURU terbaik untuk mereka mendakap trofi, terbaru Piala Sumbangsih minggu lalu di Kuantan.

Sebut Pahang, mula kita terbayang kelibat pemain-pemain handalan mereka seperti Azamuddin Akil dan R Gopinathan yang pantas mengibarkan ‘sayap’ skuad Tok Gajah kiri dan kanan. Ditambah dengan kekuatan Dickson Nwakame, tetapi diberitakan beliau kurang cergas 100%. Di Bahagian tengah, anak kelahiran Sungai Batu Pantai Remis, Perak iaitu Hafiz Kamal yang semakin matang dengan permainan agresifnya untuk menguasai bahagian tengah bersama Azidan Sarudin. Benteng pertahanan dikepalai Damian Stewart dan pertahanan terakhir Pahang Khairul Azahan.

Kesemua ini prospek penting Pahang yang perlu ada dalam kotak pemikiran Head Coach Perak Abu Bakar Fadzim.
Daripada perlawanan lalu, Perak dilihat mampu bersaing tambahan pula bermain di laman sendiri. Rekod Pahang di Ipoh juga tidaklah secemerlang di Kuantan. Musim 2014, Abu Bakar Fadzim perlu bersyukur kerana memiliki ‘pekerja’ yang komited dan rajin ‘bertugas’. Dikepalai Hardi Jaafar yang kaya pengalaman. Muhammad Sukri yang semakin matang dan lincah. Barisan Pertahanan Martin Kafando yang kental dan menyakinkan, cuma perlu ditambah baikkan barisan serangan serta aturan strategi yang TERSUSUN.

Abu Bakar Fadzim perlu yakin dengan apa yang dilakukan. Keyakinan itu akan diterjemah dengan adaptasi yang baik di atas padang oleh pemain-pemainnya. Dengan itu, barulah kekentalan setiap pemain seiring dengan kemampuan serta arahan jurulatih.

The Bos Gaurus! Wajib tumbangkan Tok Gajah di Ipoh! Percayalah, menang di Ipoh, suasana dan keadaan akan berubah dalam perlawanan seterusnya. Tugasan ini perlu diselesaikan dengan menghasilkan keputusan yang positif oleh Abu Bakar Fadzim.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

16 thoughts on “Piala FA 2014 | Perak vs Pahang (preview)

  1. angahbg

    Kalau berdasarkan game dengan jdt.
    Serangan perak terbantut di bahagian tengah. Dr pandangan saya, ini berlaku sebab tiada tindakan susulan atau pergerakan yg berterusan. Contohnya, selepas midfield buat hantaran. Pemain yg membuat hantaran akan diam di posisinya. Mmg benar penting utk menjaga posisi tetapi perlu ada seorang pemain yg bergerak bebas di atas padang bg melancarkan pergerakan dan memberi pilihan pada rakan. Antara midfield yg bermain begini adalah Nazmi Faiz dan Yol.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Setuju. Dalam keadaaan ini, di sini peranan Ketua Pasukan amat-amat penting. Jika diimbas kembali perlawanan lepas, command and control dalam padang masih kurang. Yang dikatakan Ketua Pasukan bukan hanya berhak membela rakan sepasukan ketika melakukan foul, tetapi semasa menggerakkan permainan mestilah mengarahkan rakan apa perlu dilakukan. Mungkin jika kita tidak pernah bermain bolasepak kita kurang faham, jika pernah bermain kita akan faham apa yang teman maksudkan.

      Setiap pemain perlu memainkan peranan dan terlibat walaupun bola berada di kaki rakan. Memberi idea kepada rakan samada passsing belakang, turn, change side, hold ball dan sebagainya.

      Seperti yang Angahbg katakan, bola terbantut di tengah kerana komunikasi tidak berkesan. Untuk menggerakkan tengah perlu ada komunikasi dan sokongan rakan. Jika semua dengan haluan masing-masing maka sukarlah pemain tengah untuk meneruskan pergerakan bola.

      Ringkasnya, pemain tengah mestilah kreatif, untuk ke arah itu mestilah ada sokongan rakan sepasukan. Sebab itu, dalam bolasepak semangat sepasukan penting, dan perlu ada seorang mastermind untuk menjadi pengarah dalam padang untuk melaksanakan arahan jurulatih yang berada diluar padang.

      Sebuah pasukan yang baik adalah pasukan yang mempunyai pendengar yang baik dan lapang dada sedia menerima arahan biarpun daripada rakan sendiri dan tahu apa yang perlu dilakukan.
      Biarlah pasukan kita dibarisi pemain muda, tetapi jika ada semangat satu pasukan, datanglah pasukan hebat mana pun, kita boleh kalahkan kerana kekuatan sebenar sesebuah pasukan KERJASAMA bukan kebolehan individu semata-mata.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Masalah pemain berdiam diri selepas melakukan hantaran ni bukan masalah di Perak saje tapi 1 Malaysia. Dari sekolah rendah sampai menengah itulah pattern Kita. Kalau yg pandai dribble skit kang dia asik nak gelecek sampai ke atas sorang2. Rakan membantu memang takdelah...tu blom kira pemain sayap yg buat larian laju dari tepi padang dan sampai keatas main cross je bola waimah ada ke tak rakan dia kat sana. Nawaitu dia janji aku dah cross passing... samada gol ke tak bukan masalah dia... haishhh... jahanam le team.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Sikap tu kena buang YB. Teman dah rasa macam mana main team ceroi tapi boleh gigit team power. Rahsianya sikap positif dan KERJASAMA. Masalah kau Masalah Aku Jua..hahaha

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Kahkahkah...masalah utama kita skang yg main national level pon ada still mcm tu jugak.. kaku membatu kelu tak berkata..

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. Raul hashim

    Barisan harapan teman..
    Razi
    Tuah-kafando-hisyam-azmeer
    hazrul-hardi-zayar-acer
    terkes-khairul asraf
    Ramalan teman perak 2 pahang 0
    terkes n zayar penjaring gol

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. angahbg

    Kalo dpt player tgh mcm piya mmg power bohh... Dia ada aura tersendiri. Ckp pasal midfield nih... Saya melepas nak tgok azizul abu hanifah main tp ayah saya kata mmg power azizul tu... Cer citer sikit... Kalo boleh bg contoh player sekarang sapa style sama ngan dia..
    Pssttt ... Kalo ada cerita disebalik kes rasuah tu... Bisik2 la...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Azizul Abu Haniffah? Org kampong teman, tapi arwah abg dia Azizan lagi power main tapi umur tak panjang. Hebatnya dia pada zaman dan teknik bolasepak pada masa tu ler, kalau nak banding yg ada skang ni comfirmla ada yg lebih hebat dari dia tapi masalahnya dalam team Perak la ni mmg takde.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. haemo

    Azizol Abu Haniffah..Volkswagen putih ABU 12..kenangan zaman kanak2..hahaha..kat perak ni bleh x teman kate sukri hamid tu ade iras2 main cm azizol..teman tgk frienly perak sblm ni die kontrol bhgn tgh mmg best.cme mase ngan JDT tu nmpk die gugup ckit

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.