Perak FC | Prestasi Selepas 4 Perlawanan

SDN KV JATA

Berikut adalah Keputusan Semua 4 Perlawanan Perak:

18 Januari 2014 | JDT 1 (2) vs Perak (0) | Liga Super 2014
21 Januari 2014 | Perak (2) vs Pahang (2)| Piala FA 2014 (Tewas Penalti)

25 Januari 2014 | Perak (1) vs T’ganu (0)| Liga Super 2014
28 Januari 2014 | ATM (1) vs Perak (0) | Liga Super 2014

Secara amnya, jika dibandingkan prestasi tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya, ianya memang berbeza sama sekali. Perak mula mencuri tumpuan sejak perlawanan sulung lagi, apabila berjaya mempamerkan aksi yang bertenaga biarpun dibarisi pemain-pemain yang kurang ternama. Aksi itu diteruskan dalam perlawanan Piala FA menentang Pahang di Ipoh yang menyaksikan Perak tewas dalam penentuan sepakan penalti. Perlawanan ini juga dikatakan mempunyai kualiti tersendiri.

Selepas itu, Perak melayani Terengganu juga di Ipoh yang menyaksikan Penyerang import yang dikritik hebat Eleil Da Cruz mencipta jaringan pertama dalam karier nya bersama Perak. Corak permainan agak menurun sedikit apabila barisan serangan kurang berfungsi dan kurang berkolabrasi dengan bahagian tengah. Tetapi di saat-saat akhir Perak yang memang berhak menang mendapat gol kemenangan. Ini kerana , Perak menguasai permainan dengan baik dan rugi jika 1 mata sahaja yang diperolehi.

Selepas itu, Perak bertandang pula ke Selayang bertemu ATM yang mencari pengubat duka selepas mereka tewas kepada PKNS dalam perlawanan sebelumnya. Di Selayang, anak-anak Perak membanjiri stadium untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi biarpun dipancarkan langsung di televisyen. Sekian lama Stadium Selayang sunyi, tetapi pada malam berkenaan penuh sesak dengan penyokong Perak.

Tetapi, mereka pulang hampa apabila disajikan dengan aksi longlai daripada pasukan kesayangan mereka. Sebaliknya ATM pula berjaya bangkit dari kekalahan lalu dan berjaya mendapat tonik baharu untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Ternyata graf prestasi selepas 4 kali bermain agak menurun sedikit. Adakah kerana bermain ‘away’? Atau faktor-faktor lain? Apa pandangan anda.

Likes(21)Dislikes(0)
This entry was posted in Info SDN, Umum and tagged on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Perak FC | Prestasi Selepas 4 Perlawanan

  1. belanak

    As salam....

    Pada teman anak2 muda Perak masih gugup n pasukan belum mendapat keserasian yg diperlukan...

    Hantaran bola tidak betul ke kaki pemain... Asyik ke laut jer... Pemain tengah tidak membantu dlm menjana percaturan serangan ke pihak lawan..

    Biarla kreatif dan bertindak dengan akal yg positif... Jangan hanya melulu tak tentu pasal... Hantaran jauh memang merugikan jika ianya sia2 shj... Hantaran pendek kurang diamalkn... Asyik duk lambung memanjang jer... Rugi bebenor...

    Praktikkan hantaran lintang ke arah kawasan D semoga pemain serangan dpt mmbuat sesuatu... Satu lagi... Gunakan skill apabila mengambil sepakan penjuru... Sepakan penjuru yg banyak tp tidak menghasilkan gol kerana tidak praktik dlm latihan... Harap next game ada perubahan...

    Akhur sekali.. Selamat maju jaya Perak ku... Usaha tangga kejayaan... Praktik lebih dlm hantaran yg jitu dan tepat... Pemain tgh semoga lebih kreatif...

    All da best...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(13)Dislikes(0)
  2. YB

    Memandangkan tak banyak orang nak komen lagi, bior teman plak ulas skit prestasi game Perak setakat ni.

    Game pertama lawan JDT teman simpulkan sebagai game pembukaan yang mana kita belum tahu setakat mana kekuatan pasukan lawan dan juga kemampuan diri sendiri. Game ni teman takmau ulas lebih tapi teman boleh bagi pujian dengan semangat yang pemain tunjukkan.

    Game kedua lawan Pahang untuk kempen Piala FA pulak secara keseluruhan dalam game tersebut masih banyak kelemahan tapi ada kemajuan berbanding sewaktu melawan JDT. Cuma pada waktu tendangan penalti memang percaturan Coach Burn sangat sumbang. Adakah pemain tidak disediakan dengan latihan yang mencukupi untuk Penalti atau kita sudah target sekadar mahu kalah tipis dan tak jangka sehingga 120 minit permainan?

    Game ketiga lawan Terengganu nampak seimbang tapi menurun sedikit berbanding lawan Pahang tetapi nasib sangat baik bila mana Cruz Kiambang Bertaut dapat menjaringkan gol pada saat akhir. Gol ini nampaknya meningkatkan Karisma dan Yakin diri Cruz pada game seterusnya menentang ATM.

    Game keempat menentang ATM, Perghhh... ini game yang paling kecewa pada teman sebab Perak bukan bolos kerana pertahanan yang ceroi tapi ada pemain senior yang gagal menahan bola dengan baik berhampiran kawasan penalti dan membuat aksi shuffle breakdance yang akhirnya dirampas lawan dan bola rembatan lawan melantun mengenai palang lalu disambar oleh import ATM yang memang sentiasa alert dengan situasi begitu. Pada game ni 2,3 player sangat mengecewakan tetapi aksi Cruz Kiambang memang teman puji, dia boleh hold bola, shield bola, one two dengan rakan lain dan second ball boleh kate memang dapat kat dia je. Zayar pun ada berfungsi dan beberapa pemain muda Perak yang lain pun beraksi baik cuma Terkes seakan tenggelam Karisma diri mungkin tertekan dek belum menjaringkan gol.

    Jadi rumusan yang teman boleh buat ialah perlu banyak latihan hantaran silang dalam kotak D lawan dari pemain flanker kiri dan kanan. Buat latihan set piece untuk tendangan sudut yang boleh hasilkan jaringan jangan aci sepak je membabi buta. Kurangkan taktikal MELAMBONG BOLA tak tentu hala yang merugikan. Build UP game dari bawah dan gunakan Flanker sebaik mungkin. Kita tak perlukan fancy game yang takde hala tuju, cukup dengan basic football yang boleh hasilkan gol sebab pada akhirnya penyokong dan peminat mahukan kemenangan!!!! Kalau nak komen lagi memang banyak tapi cukuplah yang ni dulu.

    Terima Kasih

    Likes(13)Dislikes(1)
  3. angahbg

    Secara ringkasnya perak bermain baik tp dgn persaingan liga super yg sengit tahun ni baik tidak mencukupi. Sdgkan jdt pon terkapai2. Buat masa sekarang kelemahan perak adalah serangan atau lebih tepat penjaring. Dlm situasi ni midfield kiri atau kanan perlu membuat larian ke dalam kotak penalti dan melakukan cubaan ke arah gol kerana striker kita mmg kurang daya penyudah. Dan hantaran silang kita pon down. Tambah lg dgn defend2 awang hitam yg tinggi. Itu saja setakat ini.

    Likes(5)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Setuju dengan semua komentar di atas. Apa yang merisaukan adalah konsistensi dalam setiap perlawanan. Konsistensi yang dicari tidak ditemui sampai habis musim.

    Perak sudah nampak attitude tersendiri hasil daripada kerja keras pemain sendiri yang menampakkan attitude itu. Barisan pertahanam sahaja nampak agak konsisten. Bahagian tengah ibarat air laut yang pasang surut. Sama la dengan serangan surut memanjang tak pasang pasang.

    Paling saya risaukan adalah pembawakan karektor oleh Hardi Jaafar. Dia tidak layak menjadi ketua pasukan. Biarpun beliau senior dan boleh memimpin tetapi sikal negatifnya boleh mempengaruhi anak anak muda dalam team. Hardi perlu berubah. Contohnys ketika menentang ATM tempohari. Beliau menunjukkan bahasa badan yang sama sekali tidak profesional. Dan tidak muncul selepas perlawanan sebagai tanda memohon maaf.

    Likes(6)Dislikes(0)

Comments are closed.