Liga Super 2014 | Perak vs Terengganu (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 25 Januari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Terengganu

Malam terbaik untuk Perak. Paling gembira adalah penyokong yang menyaksikan sendiri perlawanan yang amat mendebarkan. Hampir kira-kira 20 ribu yang hadir disajikan dengan persembahan yang tidak kurang hebatnya berbanding perlawanan lalu.

Babak pertama berkesudahan 0-0, namun begitu beberapa peluang diperolehi kedua-dua pasukan gagal disudahkan dengan jaringan. Permainan tampak seimbang dan ada suatu ketika Terengganu menguasai permainan yang memaksa barisan pertahanan Perak berkerja keras. Pujian kepada barisan pertahanan Perak, NO KAFANDO NO PROBLEM. Mereka berjaya mengekang penyerang import Terengganu untuk menyudahkan gerakan dengan jaringan. Di penghujung babak pertama, Perak mula menampakkan penguasaan, ini jelas selepas Ridzuan Azly Husam dimasukkan menggantikan Hardi Jaafar.

Separuh masa kedua, Perak terus mengasak bagi mengekalkan momentum permainan seperti dipenghujung babak pertama tadi. Namun begitu, pada suatu ketika ysng mana dikala Perak giat mengatur serangan dan menguasai permainan, kesilapan Zelimir Terkes yang terlucut bola di bahagian tengah memberi ruang untuk Terengganu melancarkan serang balas pantas dan berjaya menewaskan Penjaga Gol Perak, tetapi mujur Hisyammudin Syaari pantas mengeluarkan bola di atas garisan gol sekali gus menafikan hasrat lawan mendahului jaringan.

Ketika perlawanan berada dipenghujungnya, kredit kepada barisan serangan yang mengasak dan mendapat sepakan penjuru yang cukup bermakna diambil Zayar Win, dan ditanduk cantik Elie Da Cruz untuk gol kemenangan Perak.

Secara keseluruhannya, Perak bermain baik dan buat pertama kalinya melihat kegagalan barisan serangan Terengganu yang seolah-olah buntu mencari kaedah melepasi benteng kebal Perak. Namun begitu, beberapa peluang yang gagal disudahkan Nor Farhan, Ashaari Shamsuddin dan penyerang import mereka turut membantu dalam memastikan moral Perak sentiasa berada di tahap terbaik sehinggalah dipenghujung perlawanan.

Ridzuan Azly Husam sekali lagi mendapat pujian dengan gerakan-gerakan lincah menarik. Kali ini beliau dilihat lebih berani mencipta gerakan individu yang mendapat tepukan gemuruh penyokong. Sebaiknya beliau harus mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas ini.

Likes(4)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Terengganu (result)

  1. YB

    Hahahaha... boleh menang last minit plak hasil jaringan player yg dipanggil sebagai Kiambang Bertaut oleh sdarerepasi.. hik3. Overall game banyak berpusat di tengah sebab khabornya Perak compact kat tengah. Kemenangan ni bukan bermaksud Perak dah hebat... byk sangat lagi benda yg perlu diperbaiki terutama jentera serangan yang masih mandul. Apapun tahniah buat Coach Burn buat masa ni.

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. angahbg

    Saya tak tgok game semalam tp nampak gayanya nama Ridzuan Azly makin naik sekarang. Shukri Hamid pon. Kalau tgok team presiden perak byk lg yg boleh pergi jauh. Kalau perak lambat melepas la...

    Likes(1)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Sejak 2009 yakni sejak zaman kejatuhan Perak, ini adalah turning point dan diharapkan berterusan hingga akhir musim. Ini lah yang dikatakan menuai hasil. Pemain muda berjaya digilap dan tak perlu tunggu separuh musim untuk menyesuaian diri. Dua tiga game sudah cukup untuk tunjukkan kematangan.

    Tapi jaga2 ada mata yang memerhati dari jauh. Pantang bagus sikit ada yang berkenaan iaitulah Harimau Muda. Tidak salah tetapi jika berlaku PAFA perlulah bijak menghadapi situasi ini

    Likes(1)Dislikes(0)
    1. YB

      Isu Harimau Muda nak mengambil player Perak ke dalam pasukan kebangsaan tak jadi masalah pada teman cuma harap deme dibagi kontrak sewajarnya dan diberi pampasan yg berpatutan andai semasa bersama pasukan kebangsaan mengalami kecederaan. Jangan pulak dah teruk cedera dibuang begitu saja. Dan paling penting bagilah pilihan kepada pemain untuk memilih samada deme rela hati nak pergi atau tidak. Jangan main paksa dgn ugutan dan pelbagai tindakan displin. Ini tak menguntungkan sesiapa pun..

      Likes(1)Dislikes(0)
  4. saidin

    walaupun kemenangan berjaya dikecapi,tapi jelas bahagian serang masih hampeh....pengurusan dah bertukar jurulatih dah bertukar dan pemain ramai yang dah bertukar....yang tak bertukar segelintir penyokong dan peminat ,masalah dibahagian serangan tak bertukar,

    Pelik tapi benar inilah yang terjadi dalam pasukan Perak The Boss Gaurus yang dulunya nama melayu Seladang.Apa apapun bersyukur sebab kemenangan ditempat sendiri berjaya dihadiahkan kepada penyokong yang hadir ke stadium

    Jangan beri alasan kononnya baru dua perlawanan baru 3 perlawanan pemain tak mampu beri mutu persembahan yang baik,ini Liga Profesional bukan liga kampun Batu 5,Maka pemain harus beraksi secara profesional bukan beraksi ala ala liga kampung...

    Likes(1)Dislikes(0)
  5. haemo

    pemain-pemain muda perak semakin memberi saingan dengan pemain yang dikatakan bintang di Malaysia.harap pemain-pemain pegang kata-kata patrick wanggai.tiada pemain bintang di dalam padang,kita semua ada dua kaki dua tangan..dalam padang kita semua sama..harimau muda kalau nak amik player muda the bos gaurus..pastikan dengan cara yang betul.hmmm...mane pegi player muda Nurridzuan yang dpt main harimau muda bersama kenny pallraj tu ye?

    Likes(1)Dislikes(0)
  6. belanak

    As salam kengkawan sdn.net

    Lama benor teman sepi... Kini kembali.. Semoga pasukan kesayangan kita akan terus cemerlang...

    Tumpukan pada setiap perlawanan tanpa rasa ragu2 dan ingatlah bahawa setiap kesungguhan pasti ada kejayaan...

    Semoga sukses untuk game malam ni di Stadium Selayang...

    Mu tunggu ku datang...

    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...
    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.