Liga Super 2014 | Perak vs Terengganu (preview)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 25 Januari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perlawanan kedua Liga Super 2014 menemukan Perak dengan Skuad Peteh yang menang ke atas PKNS Sabtu lalu 2-1. Terengganu yang memiliki rekod agak baik di Ipoh yang mana kali terakhir bertandang ke Ipoh Mei 2013 lalu, berjaya pulang dengan 3 mata.

Kali ini, skuad yang dikendalikan bekas jurulatih kebangsaan Haji Abdul Rahman Ibrahim ini dilihat bakal dicabar hebat oleh Perak yang berada dalam keadaan terbaik untuk mengecewakan Skuad Peteh ini. Kekalahan kepada Pahang dalam saingan lalu banyak memberi pengajaran kepada pemain-pemain. Perlawanan sabtu ini dijangka sengit dan menjanjikan aksi yang lebih baik.

Perak yang mungkin kehilangan PERMATA HITAM buat sementara akibat kecederaan bakal menggunakan khidmat pemain muda sekali lagi untuk mengemudi barisan pertahanan. Itu pun, bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami. Apa yang menariknya, Zayar Win yang tenggelam di Larkin, berjaya bangkit di Ipoh dalam perlawanan amat diharapkan lebih menyerlah dalam perlawanan malam minggu nanti. Abu Bakar Fadzim diyakini telah mendapatkan gambaran taktikal dan strategi yang bakal diterapkan ketika melayani lawan yang berjaya dalam perlawanan pertama mereka.

Bagi Terengganu pula, kebangkitan Perak dalam dua perlawanan lalu membuatkan mereka sedikit gusar dan bakal bermain dalam keadaan berjaga-jaga. Mereka antara pasukan pilihan yang bakal memberi saingan sengit musim 2014 ini. Kelibat pemain import mereka harus diberikan perhatian kerana dalam perlawanan lalu kedua-dua gol mereka di jaringkan import mereka iaitu MAMADOU BARRY. Ini menggambarkan betapa berkesannya barisan mereka untuk memastikan gol dihasilkan melalui gerakan berkesan dari bahagian tengah.

Apa-apa pun, perlawanan yang lebih baik diharapkan malam minggu nanti. Ini penting untuk mengekalkan momentum dan konsistensi ketika beraksi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan setiap pemain.

Likes(1)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

12 thoughts on “Liga Super 2014 | Perak vs Terengganu (preview)

  1. saidin

    Zelimir Terkes perlu ditegur sentiasa sepanjang perlawanan,kerana pemain ini antara pemain import yang ada kualitinya tersendiri walaupun tak sehebat Pablo Aimar,kerana sikap tamaknya sepanjang berliau beraksi merugikan barisan hadapan Pasukan.

    Penjaga gol perlu direhatkan kerana jelas corak permainan beliau sangat sangat hambar dan memalukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Kurang setuju dengan kamu ni pasai keeper. Lebih baik kekalkan dia , sebab apa? Sebab time ni la lanyak bagi dia hilang gugup. baru dua game. bagi peluang. sizing dah ada tinggi .

      Keeper pahang dulu lagi teruk. Kaw2 kena tarbi, walhal Nasril ada, banyak pengalaman. Khairul Azhan tu dulu mmg teruk sangat tapi once dia dah dapat confident , tengok dia perform sampai sekarang.

      Saidin, kita bagi chance dua tiga game lagi kat haziq

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. angahbg

        Keeper tu saya tgok ok tp bile dia meluru ke depan nak tumbuk bola yg problem. Kalo tgok keeper yg pandai challenge player saya tgok farizal la best. Keeper ni ok jer. Kalo perasan, masa penalti tekaan dia byk betul cuma lambat sikit jer...mungkin dia gugup kot. Tp mmg boleh bg peluang lg...

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Keeper takde la ceroi mana... pengalaman kurang la tu dah main dgn uitm dulu kan? Standard lawan masa dulu liga fam dgn super mana nak sama. Tapi itu semua bukan alasan nak jadi ceroi sampai sudah. Seperkara yg sangat2 wajar diperbaiki ialah kebolehan membaca kehadiran bola ke kawasan penalti box. Apa yg teman perati keeper ni dia lambat keluar utk clear bola. Sentiasa berharap defend perak bole tolong intercept bola. Contoh yg paling ketara gol kedua masa lawan jdt aritu, dia da patut keluar tapi still harap defend cover..adehh.. gol camtu keeper futsal sdn sdarerepasi pun sambil main sms bole clear... so apa kate kome? Bab lain teman takmo sentuh lagi laa.. yang ni dulu..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. angahbg

    Terengganu ni kita mesti kutip mata. Main mcm aritu okay dah. Tp Terkes kena pantas sikit jgn dribble lama sgt... Pastu jgn la dribble ke belakang. Lain okay dah. Tp abang hardi jaafar mmg terbaik. Apapon kita berharap kita dpt mata drpd game nih. Saya perak kena pandai kawal tempo sbb tgok aritu mcm laju sgt. Takot penat. Tapi kalo stamina mmg tip top teruskan saja...
    Ayuh Perak 2014

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    lagi sekali saya tekankan barisan serangan perlu diperbaiki. Sekiranya Terkes atau Eliel dan Sharizal atau Asyraf berfungsi baik, kemenangan akan jadi milik kita. Lain2 posisi adunan pemain senior dan muda sudah baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Terkes tu nampak ada karisma jugak sama mcm Kafando tapi si Eli Cruz aka Kiambang Bertaut bak kate sdarerepasi kelmarin memang mcm striker tangkap muat ala Kareem Vanggey Rouni. Shahrizal belom dpt form lagi gamaknya manjang injured tak sudah2. Asraff ni teman tgk muda lagi perlu byk perlawanan utk jadi lebih matang. Pendek kate jauh la sgt lagi nak jadi mcm Fakri Shaari suatu masa dulu tu.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. angahbg

    Asyraf bkn dribbler. Dia lebih kepada scorer. Striker mcm dia kena dpt pass dlm kotak penalti baru boleh goal. Mugen jarang plak tgok tak tau style mcm mana. Bile ckp pasal terengganu saya takot dgn ashaari... Dia ni senyap jer tp bila2 masa boleh ubah game. Jaga2 la ngan dia...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Cehhh.. Kalau gitu itu namanya striker kayulah sebab nak tunggu dpt bola dlm kotak penalti sesaja? Striker ada 2 jenis,.. Satu mcm Khalid Jamlus atau Razali Umar yg akan create space utk dia lepaskan diri dr pihak lawan dan buat sepakan ke arah gol. Striker jenis ni takde fancy2 skill merapu tak tentu hala.

      Satu lagi mcm Mat Youh yg suka dribble berdepan ala Messi dgn pelbagai step over kaki bersilang2 tu dan hasilkan gol. Pada teman the best striker yg tak perlu nak berskill merapu2 utk hasilkan gol ni Alan Shearer je... Huhuhu

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. angahbg

        Asyraf mcm khalid ngan razali la. Plg power header dia. Striker kalau takde skill kena kuat ngan laju jer mcm abg safee dulu2

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. medan_gopeng

    Bagi saya keeper was not bad for last game (masa lawan pahang). Kena bagi dia masa. Supaya dia dpt confident n hilang perasaan gugup.

    Cuma sy rasa defend Perak kena ada ramuan tersendiri utk challenge bola tinggi.

    Syidi : Nasir injured ke? Mcm tak nampak pun. Atau teman tak perasan..hehe

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.