Liga Super 2014 | Johor Darul Takzim 1 vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 18 Januari 2014
Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin
8:45 Malam

Johor Darul Takzim 1 2 – 0 Perak

Perak memulakan langkah pertama dalam Liga Super 2014 dengan kekalahan kepada pasukan yang digelar pencabar hebat musim ini iaitu Johor Darul Takzim 1.

Corak permainan tampak agak baik dipamerkan dan Perak berjaya memaksa JDT menunggu sehingga minit ke 39 untuk memecah kebuntuan melalui sepakan penjuru yang disudahkan Amri Yahya dengan menanduk masuk untuk gol pertama perlawanan.

Babak kedua, tiada istilah bertenang buat anak-anak buah Abu Bakar Fadzim, mereka cuba bertahan sebaik mungkin dan melancarkan serang balas dan hampir-hampir beberapa ketika menghasilkan jaringan namun kesemua percubaan disia-siakan.

Ketika perlawanan hampir ke penghujungnya, Mohd Raffi dilayangkan kad kuning kedua dan Perak dipaksa bermain dengan 10 pemain berbaki lebih kurang 15 minit masa permainan.

JDT memanfaatkan peluang untuk menghasilkan gol kedua minit ke 88 melalui gerakan menarik Safiq Rahim yang melorongkan bola kepada Figuero yang mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol Perak.

Tamat perlawanan, Johor Darul Takzim 2 dan Perak 0.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

13 thoughts on “Liga Super 2014 | Johor Darul Takzim 1 vs Perak (result)

  1. YB

    Teman tak marah kalah malam tadi.. ketewasan itu sudah ku jangka tapi 3 pertukaran yg coach buat tidak memanafaatkan pasukan langsung. Team bukan lagi semakin mantap tapi semakin kelam kabut dan celaru. Hardi, Zayar dan Terkes antara key player menghidupkan secebis semangat melawan Perak. Mujorlah juga barisan serangan JDT pun tak kurang mandulnya. Memanjang je sepak ke tambak Johor... kalau tak? Kualiti defend memang baik tapi tanpa susun atur game yang baik untuk melancarkan serangan kita tak akan dapat 3 mata hanya 1 mata sebab kita mampu seri ajer.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    jangan salahkan pemain atas keputusan yang sebenarnya menyakitkan hati.
    ini semua salah coach Burn dan pihak pengurusan Pafa itu sendiri.

    Perlawanan malam tadi agak baik walaupun corak serangan banyak yang merapu mujur ada Kafando yang kini boleh diibarat permata hitam baru untuk pasukan,kalau tidak hanyut dan pasti banyak lagi bolos yang mampu terjadi. Penjaga gol utama pasukan Perak jelas memiliki kualiti yang lebih rendah berbanding budak taska.

    Penyerang import gantian pasukan Perak memiliki kualiti sama dengan kanak kanak soccer kids kampung tanjung Rambutan,

    Pemain import pasukan Perak dari myanmar Kyaw Zayar Win sepatutnya bermain ditengah untuk merencanakan serangan bukan disayap kiri. Yang paling best macam YB katakan coach menukar 3 pemain gantian tidak bermanfaat untuk pasukan,masalah utama coach menukarkan pemain ketika pemain sedang memperagakan aksi yang meyakinkan dan banyak menggerakkan jentera serangan pasukan,....... Dulu masa coach Raja Azlan menjadi ketua jurulatih Coach Burn antara individu yang paling banyak komplain kononnya strategi Coach Raja Azlan merapu,sekarang kita tengok siapa paling banyak merapu......

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Wahhh.. panas statment mike tu yop.. dari sumber mana mike dpt mengatakan coach Burn dulu suka komplen belakang coach Raja pasal taktikal yg kononnya merapu? Perghhh....ini bole masuk berita ter PANAZZZ musim 2014 neh...kehkehkeh

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. angahbg

    Perak tiada pemain tgh yg boleh pegang bola lama. Syukri ada potensi. Hardi masih ada kelas. Samada terkes/farizal perlu turun sikit tolong midfield bukak game. Defend dah mantap. Mcm YB kata perak perlu rancang satu formasi atau taktik utk menyerang sebab bila dapat bola nampak mcm takde arah. Jdt plk nampak mcm nak main flank tp aimar sgt bijak bermain hantaran satu dua. Kalo dpt kekang aimar. Pergerakan Jdt akan terbatas.
    Perak perlu putuskan nak main attacking dr tepi atau masok dari tengah dgn passing yg mantap.
    Semua ni pandangan saya yg sememangnya keyboard warrior

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob... mike tak bole dikategorikan sebagai Keyboard Warrior !!!. mike bagi penjelasan berdasarkan apa yang mike TENGOK, FAHAM dan REALISTIK. Jadi teruskan memberi input2 yang bermutu camtu, TQ

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. sdarerepasi

    teman idakler pandei main bola pon apetah lagi nak kritik pasukan...tapi teman nengok game tu smalam di live streaming je sbb xde estero di rumoh sewa ni haa...so dari ape yg teman nampak....ialahhh...jeng jeng jenggggg,,,,,

    1) Pemain muda yg berbakat dan bagus dan ada kalanya bertindak terlalu mengikut emosi....contohnya insiden Raffi mendapat kad kuning pertama akibat dari Raffi yang melawan pengadil..itu pnerimaan kad kuning yang sepatotnya boleh dielakkan.....yaaa memang patot tegakkan kebenaran tapi boleh nampak reaksinya seperti mahu bergaduh dengan reff....MENTAL perlu dijaga untuk kearah pemain yg profesional...

    2) Pemain tengah yang baik mampu produce hantaran hantaran yang bagus pada penyerang....tindak balas kene cepat...belum dapat bola dah tau dimane nk dipassing ape yg ptot kene buat...

    3) Defend dah bagi yang trbaik dah tapi kadangkala fokus agak kurang mcm yg kita nampak punca pd 2 gol yg jdt dapat adalah disebabkan kurang fokus...

    itu je la kot untuk stakat ini sbbnyer banyak lagi ulasan yg boleh dibuat utk game selasa ni pulok...ape2 pon jangan riso...Perak takkan turun liga season ni waima sape pon main di Perak....

    Ikhlas dari semi keyboard warrior....<3 from Klang Village

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Salam semua, udah lama x join forum ni.

      Kekalahan itu sesuatu yang dijangka. Teman salute defend Kafando dan Raffi yang jadi partner CB. Bila teman tengok line up tetiba Raffi pulak muncul. siapa la mamat ni, tapi main bagus, berani dan tak buat banyak silap. Kad kuning yang diterima mmg boleh dipertikaikan.

      Posisi norhazrul tidak sesuai kerana kurang berfungsi di sayap. Zayar Win harus dicuba bermain diposisi tengah dan tidak boleh salahkan Terkes kerana tidak menerima hantaran yang baik untuk menjaringkan gol.

      Apa-apa pun, perjalanan liga tahun ni amat mencabar dan membimbangkan bagi skuad seperti Perak. Ini bukan 4-5 tahun lepas yang pasukan mempunyai kekuatan lebih kurang ajer.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Perghhh... sekali meor berucap dah macam YB kat majlis politik jek...kehkehkeh.. fakta2 mike sangat la teman setuju.. Pemain muda, aggresif, pantas dan tangkas kalau takde kesabaran yg jadi mangsa pasukan le akhirnya. Kad kuning bodo2 ni player semua patut elakkan. Kalau dah geram sangat dgn pengadil apa yg perlu mengkome buat ialah bawak bola dekat pengadil dan rembat sekuat hati...hhahahaha.. pengadil tak bole marah... kehkehkeh

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.