Liga Super 2014 | ATM vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 28 Januari 2014
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang
8:45 Malam

ATM 1 – 0 Perak

Ribuan Penyokong Perak yang membanjiri Stadium Selayang kecewa dengan aksi yang dipamerkan malam tadi. Segalanya dilihat seolah-olah tidak menjadi. Prestasi 3 bahagian utama dalam pasukan sama sekali tiada keseimbangan. Jika sebelum ini ketidakseimbangan bahagian tengah disokong oleh pertahanan yang mantap biar pun barisan serangan kurang berkesan pada satu-satu ketika. Namun, semalam Perak serba tidak menjadi.

Dihukum seawal minit ke 18 oleh Arostegui apabila bijak meloloskan diri dari kedudukan Offside dan menghasilkan gol tunggal perlawanan seterusnya hadiah terbaik buat penyokong mereka selepas aksi hambar minggu lalu. Manakala kehampaan untuk penyokong Perak yang ingin melihat peningkatan demi peningkatan selepas 3 aksi sebelum ini.

Namun begitu, beberapa orang pemain mempamerkan mutu permainan yang boleh dikatakan sekata seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini. Antaranya, Tuah Iskandar, Hisyamuddin, Raffi Nagorgani dan Mohd Norhazrul. Bukanlah aksi terbaik tetapi seakan-akan prestasi lalu. Peningkatan corak permainan dipamerkan Eliel Da Cruz Penyerang utama Perak yang dilihat seolah-olah mendapat tonik baru selepas menjaringkan gol ketika menentang Terengganu tempohari. Beliau juga dilihat banyak membuka peluang untuk menggerak jentera serangan terutama ketika Shahrizal Saad dimasukkan menggantikan Terkes yang serba tidak menjadi.

Sebaliknya, Hardi Jaafar hebat dikritik lantaran kesilapan yang dilakukannya membantu ATM untuk mendapatkan gol tunggal mereka. Hardi Jaafar dilihat seolah-olah menghadapi sedikit masalah sikap. Beliau sering menterjemahkan ketidakpuasan hatinya dengan perlakuan yang tidak sepatutnya. Selepas dikeluarkan, beliau tidak muncul sehinggalah tamat perlawanan, sedangkan beliau adalah contoh kepada pemain-pemain lain selaku ketua pasukan. JIka sikap ini yang dipamerkan, pihak pasukan perlulah memikirkan sesuatu untuk membetulkan keadaan agar ianya tidak memudaratkan satu hari nanti.

Dalam keadaan ini, Abu Bakar Fadzim perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk menaikkan kembali moral pasukan sebelum menghadapi perlawanan seterusnya. Rekod di luar Ipoh masih di tahap GAGAL selepas dua aksi ‘AWAY’. Corak permainan bolehlah dipelbagaikan ketika ini tanpa terbawa-bawa corak permainan 2 atau 3 perlawanan lalu. Ini kerana, pasukan-pasukan lain sudah mula memberi perhatian kepada Perak selepas 3 perlawanan.

Terima kasih ANAK-ANAK PERAK yang hadir semalam. Ianya merupakan sejarah yang mana tahun-tahun sebelum ini belum pernah Stadium Selayang dihadiri begitu ramai penyokong Perak. Teristimewa untuk Sahabat-Sahabat SDN yang sudi meluangkan masa bersama semalam selepas sekian lama tidak bersua muka. Kita mengharapkan akan ramai lagi yang akan turut serta dimasa-masa akan datang.

Likes(10)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

22 thoughts on “Liga Super 2014 | ATM vs Perak (result)

  1. Raul hashim

    salam..sangat hampa prestasi semalam..kita boleh lega sebab marlon tidak bermain semalam..tapi terkes sangat mengecewakan..harap burn ubah taktikal dengan menerapkan hantaran pendek..kenapa burn masukkan shahrizal saad yang langsung tidak berfungsi smlm?..kenapa xmasukkan asraf..ammat kecewa..nora bagi satu bintang..kecewa sedih hampa..semalam kita patut boleh kalahkan atm..harap game lawan trw nanti burn ubah kesebelasan utama terutama di posisi penyerang..zarwin xboleh main nanti..so letakakan hazrul-nasir-hardi-yoga..penyerang letak asyraf-mugen..

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. angahbg

    Kalah lg nih. Mesti striker yg tumpul kan. Kalo la ada paulo rangel lg kan sedap. Dia pon dah score baper gol dah. Hardi sebenarnya yg boleh control game. Zyar win attacking minded sbb tu bile hardi dikeluar kan game perak serabut sikit. Midfield kena kontrol tempo. Kalo tak jd mcm jdt semalam. Aimar keluar terus dua bijik kena. Saya lama dah tak nampak norhakim main harap2 lepas ni ada la kelibat dia sbb dia boleh control game.
    Musim masih panjang. Perak Power 2014

    Likes(1)Dislikes(2)
  3. nuarkama

    Salam warga SDN..

    Nampaknya team Perak masih belum belajar daripada kesilapan di dalam game yang lalu untuk menghadapi pasukan yang lengkap seperti ATM. Walaupun sebenarnya kita ada peluang untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata tetapi jaringan dari Arostegui semalam sebenarnya berpunca dari kesilapan pertahanan perak yang tiada berhampiran Arostegui untuk mengeluarkan bola dari kotak D selain hardi yang gagal mengawal bola..tiada kawalan istimewa man to man diberi kepada beliau dan percubaan on target kedua terkena tiang.

    Cuba lihat bagaimana Amir Botak menyekat gerakan Terkes sehingga beliau dikeluarkan dari padang kerana nampak macam x perform..Game yang lepas bola dah 99% nak masuk pun defend bleh selamatkan..tetapi semalam defend macam terpegun lepas cubaan dibuat.

    Teman terfikir apa sebenarnya motif dimasukkan Shahrizal utk menggantikan terkes sebab pada pandangan teman Shahrizal hanya hebat menanduk bola di udara (itupun kalau yang passing tu bola cantik)..Tolong le paham bukan baru smalam coach burn tgk shahrizal ni main..beliau bukan sahaja tidak dapat mencipta gerakan untuk membuka permainan tetapi untuk menekan lawan dengan gelecekan dan larian deras pun beliau xde keistimewaan tu..dan dengan line up defend atm seperti rueben,amir botak ngan import mat saleh tu memang teman tak nampak attitude permainan utk melambungkan bola ke depan utk masuk ke dalam kotak gol atm boleh membuah kan hasil..

    Mana perginya attitude player perak yang sebelum ni tak memberi peluang kepada lawan untuk memegang bola terlalu lama dan mencipta peluang..attitude tu ada masa lawan Jdt dan Pahang tapi semalam leboh..Bila kita berjaya rampas bola tiada pulak hantaran bijak dibuat..bila ada peluang semua pemain terus mengambil tempat masing2 utk menjaringkan gol dengan harapan bola itu akan tiba dengan selamat di kaki mereka..takder kerjasama untuk datang dekat dengan rakan untuk memudahkan rakan membuka permainan..kita bukan game ngan Lintau FC nak main passing lambung2 camtu..Terkejut juga dengan tindakan coach mengeluarkan hardi di awal saingan, mungkin kerana takut hardi akan melakukan kekasaran lagi lalu dibuang padang tapi utk berdepan lawan yg lebih pengalaman berbanding kita mengeluarkan hardi terlalu awal dilihat bukan satu pilihan bijak.

    Coach burn memang jurulatih yang bagus kerana dapat membimbing skuad president menjadi skuad yang hebat..tetapi beliau mungkin boleh belajar melihat bagaimana cara pemain muda lion 12 bermain smalam..bagaimana fandi ahmad mengeluarkan potensi pemainnya pada 2ndhalf hingga JDT kempunan untuk meraih mata penuh..Player Perak yang ada bukan tidak bagus tapi perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan kemampuan pemain tersebut.

    Akhir sekali sebagai penyokong tegar Perak teman ingin menyuarakan pendapat bahawa utk game semalam Noor Hazrul x berfungsi sebagai midfilder@wing..zayar win juga x berfungsi sebagai attacking midfild @wing dan tolong jangan masukkan shahrizal semasa kita sedang ketinggalan sebab rekod beliau bermain dengan perak sebelum-sebelum ni sederhana je..bleh ler cube bagi peluang pada khairul asyraf lak tuk game yang akan datang..

    Dan secara overallnyer untuk post kali ini memang teman tak faham dengan corak permainan perak dan coach perlukan lebih "rombakan berkualiti" bagi mengelakkan Perak tercicir dalam kancah saingan yang mencabar..

    Likes(2)Dislikes(0)
  4. anip

    Pengalaman mematangkan manusia. Pengalaman mengajar manusia. Pengalaman membuatkan manusia lebih kenal erti kehidupan. Namun pengalaman yang disalahgunakan boleh menjadi punca kehancuran sesuatu perkara. Hatta sesebuah organisasi mahu pun pasukan. Dek kerana menyalahgunakan pengalaman di hadapan beribu insan yang turut berpengalaman.

    Renung-renungkan...

    Likes(7)Dislikes(0)
    1. YB

      Perghhhh... mendalam ayat mike tu yob ekk.. tak sangka teman ada member yang bole berfalsafah dengan penuh ilmiah. Hanya mereka yang tahu dimana salah dan silapnya... terima kasih sahabat !!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. Jasbisa

    Salam, saya berada di stadium selayang melihat sendiri aksi pasukan Perak malam tadi. Pengurusan telah tersilap BESAR memilih Terkes dan Elie. Kedua2 pemain ini langsung tiada gerakan dan kualiti yg diharapkan sbg striker import. Khairul Asyraf lagi berkualiti. Shahrizal pun bukan striker sejati. Sayang kita lepaskan Rangel. Nasihat saya kpd pengurusan PAFA agar bersedia utk tukar striker import pada jendela perpindahan pemain April nanti. Dicadangkan Perak perlukan striker dari benua Afrika ie. Guinea, Burkina Faso, Gabon, Mali etc. Awang hitam ni lebih robust dan mampu kucar-kacirkan pertahanan lawan. Utk pemain muda, memang saya salute. mereka ni berpotensi dan boleh pergi jauh terutamanya Sukri, Raffi dan Rizuan Azli Husam. Harap2 komen ini didengari oleh pengurusan PAFA.

    Likes(3)Dislikes(0)
    1. YB

      Yob... bior teman berpantun dengan mike kali ni ye..

      Salam kembali kami semua pun ada di stadium bersama beberapa sahabat SDN, kenapa mike tak JOIN sama yob Jasbisa?

      Pengurusan tak tersilap memilih Terkes tapi Elie memang jenis tangkap muat. Terkes tertekan kerana sebagai striker favorite Perak dia belum menjaringkan gol manakala Elie aka Kiambang Bertaut (itu gelaran sdarerepasi bagi) sudah ada peningkatan dalam permainan semenjak dia menjaringkan gol saat akhir sewaktu Perak menang menentang Terengganu. Kalau nak banding kualiti deme dengan import2 yang pernah cemerlang bersama Perak suatu masa dahulu seperti Seator, Kieta dan Repasi memang betul sangat jauh tapi mike kena ingat semula juga, waktu 3 nama besor striker import menjulang nama Perak ni sape pulak player tempatan yang support deme????

      Mike tengok Rangel hebat di Perak dulu dan di Selangor sekarang tapi mike ada kaji tak siapa yang support dia dari belakang untuk memberikan hantaran yang bermutu? Cuba tengok balik list player zaman Seator, Kieta, Repasi dan Rangel.. siapa player2 Perak waktu tu?. Apa harapan kita sebenornya? Nak cari seorang penyerang yang bole bawak bola dari bawah atau tengah lepas tu gelecek 5,6,7,8,9 player then jaringkan gol baru kome kate Striker Hebat?

      Walaupun teman tak GEMOR Elie Cruz Kiambang tapi game lawan ATM tu teman dan rakan2 lain nampak dia betul2 bermatian main dengan penuh semangat cuba nak dapatkan gol. Pada suatu ketika deme ada ber one two dengan Terkes dan Zayar silang bola pada Rizuan Azli dalam kotak penalti tapi budak ni sepak kemana? Adehhhh...

      Striker Negro memang daya tahan lasak deme tinggi dan robust TAPI !!!! selalunya DISIPLIN PON HANCOR !!!! Benda ni ada PRO ada KONTRA dan nak cari sorang lagi player seperti Kieta Mandjou bukan mudah kalau PAFA pun nak BAJET ciput.

      Teman sudahi dengan ucapan " Andai mike ada kesempatan jangan lupa singgah berjumpa dan melepak bersama geng2 sahabat SDN di Stadium". Banyak benda yang menarik bole mike dengorkan nanti.

      Terima Kasih

      Likes(6)Dislikes(0)
  6. syidi Post author

    Semakin lama semakin laris pujian kepada pemain muda Perak. Kenapa?

    Sebabnya mereka ada attitude yang positif dan berani. Bijak menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Pendek kata, CEPAT MATANG.

    Pada saya inilah ciri-ciri LEGEND. Jadinya, daripada sekarang kita bantu berikan sokongan padu kepada anak-anak muda ni. Mereka inilah bakal membawa nama Perak dan MALAYSIA satu hari nanti. Pihak pengurusan jangan sia-siakan mereka. Pemain muda ibarat benih yang dituai, akan membuahkan hasil jika di baja dengan sempurna dan akan pupus jika dituba atau diabaikan.

    Ridzuan Azly Husam, Sukri Hamid, Khairul Asyraf Sahizah, Norhakim Isa. Good Luck!

    Likes(6)Dislikes(0)
  7. ihsan

    aslm kwn2...kenyataan yg mantap dan bernas dari yb dan syidi, aku memang setuju bebenor..memang terkes dan elie tidak mendapat bola-bola mantap dari tengah..di tengah tu memang udahjadi rojak..zayar win dgn myanmar main wing kanan, tapi dgn perak main cm kekekeke..hardi sudah umur 35 bulan 30 mei ni, letak wing kiri.sebaiknya hardi di letak centre midfield..di sini memang ada kesilapan susunan pemain yg bakor kene ubah..nak ke dia ubah kekeke.......

    Likes(0)Dislikes(2)
    1. syidi Post author

      Ihsan. Teman nak bagi pencerahan tentang positioning player Perak terutama bahagian tengah. Kalau diperhatikan, Abu Bakar Fadzim terapkan permainan secara zone marking dan variasi bahagian tengah yang menarik. Tiada posisi tetap di bahagian tengah, kiri dan kanan. Semasa permulaan permainan, nampak 4-4-2 nya tu. Hardi kiri dan Nor Hazrul Kanan. Tengah Sukri Hamid dan Zayar Win. Apabila bermain, sesiapa sahaja boleh berlegar di tengah dengan prinsip asalkan posisi itu diisi terutama ketika diserang. Itu yang kadang-kadang kita tengok Zayar Win ada di kanan atau kiri. Hardi di tengah dan begitu juga dengan Hazrul.

      Kemasukan Ridzuan Azly pula mengubah taktikal dan strategi yang mana ketika itu baru betul2 Perak main Flanker support forward.

      Likes(7)Dislikes(0)
      1. YB

        Hahaha..itu yg kita nampak la syidi kan.. lain org lain pulak vision deme.. idea Coach Burn tu nampak menarik tapi dlm keadaan Perak skang adakah sesuai? Adakah Burn sedang cuba ber Ekperiment seperti mana yg pernah berlaku pada Head Coach National kita iaitu Profesor Dato Rajagopal (Eksperiment Specialist) hahahaha

        Likes(2)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Try and Error le kot?

          Sekarang masa implement dah. Sebab tu coach ni penting. Coach yang baik adalah yang bijak memvariasi kan atau mempelbagai corak permainan. Tak cukup dengan itu, memiliki kebolehan yang jitu dalam menyampaikan arahan dan arahan itu diikuti dengan sempurna.

          Coach yang terbaik pulak sentiasa positif dan akan meningkatkan keupayaan diri dari masa ke semasa untuk jadi lebih baik. Mencari ilham untuk resepi baru bukan meniru.

          Likes(3)Dislikes(0)
  8. sdarerepasi

    pada teman la...game dah ok..biasa la silap2 tu...kita bukan power mane pon....nk expect Perak boleh main macam CHELSEA....ape yg penting bagi teman la...deme dah bagi yg terbaek..bila reff tiup je wisel penamat kebanyakan player menyembah bumi...mungkin sedih sgt sbb tak dapat bagi menang...komitmen kita dah nampak...kejujuran ketika berjuang pon kita boleh nampak....jangan cepat sgt nak menghukum deme....polisi MURAH TAPI HEBAT tu dah susah dah sjak ade nyer JDT nie....so bakat2 muda Perak ni memang sgt bagus dan perlu digilap lagi supaya tak lalai dengan pujian dan duit...itu je teman mampu kabo..ape2 pon teman bangge dengan team sekarang.......DMWTY....

    Likes(7)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Betul! Komitmen tu yang kita nak. Sama je semua tendang bola. Mentaliti kena positif. Motivasi diri kena tinggi. Nama pun Pro. Kena ada ilmu how to become Pro. Ini tidak, asal jumpa team power dah mengeluh, 'kalah sebelum perang'. Awal-awal lagi declare.

      Likes(6)Dislikes(0)
      1. YB

        Eeee... aku kena bubuh jugak le butang LIKE dalam web ni.. macam dah satu keperluan jugak dah ni... errrmmm... Terbaeklah komen yop !!!!

        Likes(6)Dislikes(0)
  9. Jasbisa

    sori YB, Jasbisa tak sempat nak join geng seladang.net. Malam tu duduk grandstand geng ATM. Maklumlah masuk pun complimentary dari ATM. Tapi dalam hati ada PERAK.

    Likes(2)Dislikes(0)
    1. YB

      Hahahaha.. antara geng SDN pun ada yang boleh hulur BAT C10 kalau sekadar nak masuk pree yop tapi bila teman tanya kenapa beli tiket juga deme jawab "Eee.. tak sanggup nak sokong team lain selain negeri sendiri DEMI NAK MASUK FREE!!! .. nak bersorak pun tak dapat kalau Perak gol" hahahahaha..

      Komen teman plak? Speechless.... :-)

      Likes(1)Dislikes(0)
  10. belanak

    Memang terbaek la... Sudah ada button like and dislike... Admin SDN memang terbaek...

    Apa2 pun kami semua sentiasa menyokong dan berdoa akan kejayaan... Kekalahan tidak bererti kita lemah... Teruskan usaha dan tingkat kan prestasi...

    Malam tu pertemuan semula ngan kengkawan SDN memang terbaek la... Semoga kita bisa bertemu lagi...

    All da best and semoga kita berjaya jua....

    Apa yang penting... KERJASAMA...

    Likes(3)Dislikes(0)

Comments are closed.