Liga Super 2014 | ATM vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 28Januari 2014
Stadium MPS Selayang
8:45 Malam

Perlawanan ketiga Liga Super 2014 menemukan Perak dan ATM dilaman lawan. Sudah semestinya inilah masa yang dinantikan untuk penyokong Perak di Lembah Klang menyaksikan pasukan kesayangan beraksi di depan mata sendiri.

ATM yang gagal dalam perlawanan lalu semestinya mahu bangkit dalam perlawanan ini. Ditambah lagi Stadium Selayang bukan asing bagi mereka dan Perak mestilah menggunakan peluang ini untuk menafikan kebangkitan mereka. Dalam perlawanan lalu mereka tewas kepada PKNS 1-0 juga di Selayang. Mereka gagal mengatasi ketangkasan jentera tengah sambil barisan serangan ATM juga dilihat tumpul dan buntu mencari jaringan.

Bagi Perak, mereka cuba mencari rentak untuk perlawanan away yang mana dalam perlawanan pertama tewas kepada JDT 1 dengan 2-0 di Larkin. Kemudian berjaya bangkit di Ipoh dalam perlawanan lalu menundukkan Terengganu 1-0 di Ipoh.

ATM seharusnya berwaspada dengan Perak yang kini menjadi tumpuan selepas mempamerkan aksi di luar jangkaan dalam perlawanan-perlawanan lalu. Dua perlawanan lalu telah menzahirkan kemunculan pemain-pemain muda yang mencuri tumpuan ramai.

Untuk perlawanan kali ini, SDN akan cuba kumpulkan Sahabat-sahabat SDN ketika perlawanan ini nanti. Saudara-saudara boleh semak info selanjutnya di bawah:

Masa Berkumpul : 7:45 malam.
Tempat : Parkir Stesyen Minyak PETRON Berhadapan Stadium Selayang.

 

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2014 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2014 | ATM vs Perak (preview)

  1. Raul hashim

    Barisan harapan teman;
    Razi
    Tuah-hisyam-raffi-azmeer
    riduan-yoga-zayar win-nasir/hazrul
    khairul asyraf-hardi/terkes/elli yo

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. haemo

    Teman harap the bos gaurus dpt meningkatkan lg prestasi semasa lawan ngan ATM nanti utk menang..keeper bleh letak razi sbg 1st eleven.defend tuah-hisyam-kafando@raffi-azmeer...midfield hazrul-zayar win-nasir-hardi-riduan.striker khairul asyraf..4-5-1

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Hahaha...terbaek Belanak!!! yang dah comfirmkan kedatangan ialah Teman, sdarerepasi, syidi, taufik, udinese, zulzia, fizwan dan amy... kalau masuk mike datang jadi 9 orang ler...muhahahaha.. bior sikit asal sepakat dari ramai jadi huru hara.. jumpa di sanaaaa...

      Ps: Yang lelain mana? Moh kome SDN United today at Selayang Stadium!!!

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.