Monthly Archives: January 2014

Liga Super 2014 | ATM vs Perak (result)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 28 Januari 2014
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang
8:45 Malam

ATM 1 – 0 Perak

Ribuan Penyokong Perak yang membanjiri Stadium Selayang kecewa dengan aksi yang dipamerkan malam tadi. Segalanya dilihat seolah-olah tidak menjadi. Prestasi 3 bahagian utama dalam pasukan sama sekali tiada keseimbangan. Jika sebelum ini ketidakseimbangan bahagian tengah disokong oleh pertahanan yang mantap biar pun barisan serangan kurang berkesan pada satu-satu ketika. Namun, semalam Perak serba tidak menjadi.

Dihukum seawal minit ke 18 oleh Arostegui apabila bijak meloloskan diri dari kedudukan Offside dan menghasilkan gol tunggal perlawanan seterusnya hadiah terbaik buat penyokong mereka selepas aksi hambar minggu lalu. Manakala kehampaan untuk penyokong Perak yang ingin melihat peningkatan demi peningkatan selepas 3 aksi sebelum ini.

Continue reading

Likes(10)Dislikes(0)

Liga Super 2014 | ATM vs Perak (preview)

Astro Liga Super 2013

Selasa, 28Januari 2014
Stadium MPS Selayang
8:45 Malam

Perlawanan ketiga Liga Super 2014 menemukan Perak dan ATM dilaman lawan. Sudah semestinya inilah masa yang dinantikan untuk penyokong Perak di Lembah Klang menyaksikan pasukan kesayangan beraksi di depan mata sendiri.

ATM yang gagal dalam perlawanan lalu semestinya mahu bangkit dalam perlawanan ini. Ditambah lagi Stadium Selayang bukan asing bagi mereka dan Perak mestilah menggunakan peluang ini untuk menafikan kebangkitan mereka. Dalam perlawanan lalu mereka tewas kepada PKNS 1-0 juga di Selayang. Mereka gagal mengatasi ketangkasan jentera tengah sambil barisan serangan ATM juga dilihat tumpul dan buntu mencari jaringan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2014 | Perak vs Terengganu (result)

Astro Liga Super 2013

Sabtu, 25 Januari 2014
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Terengganu

Malam terbaik untuk Perak. Paling gembira adalah penyokong yang menyaksikan sendiri perlawanan yang amat mendebarkan. Hampir kira-kira 20 ribu yang hadir disajikan dengan persembahan yang tidak kurang hebatnya berbanding perlawanan lalu.

Babak pertama berkesudahan 0-0, namun begitu beberapa peluang diperolehi kedua-dua pasukan gagal disudahkan dengan jaringan. Permainan tampak seimbang dan ada suatu ketika Terengganu menguasai permainan yang memaksa barisan pertahanan Perak berkerja keras. Pujian kepada barisan pertahanan Perak, NO KAFANDO NO PROBLEM. Mereka berjaya mengekang penyerang import Terengganu untuk menyudahkan gerakan dengan jaringan. Di penghujung babak pertama, Perak mula menampakkan penguasaan, ini jelas selepas Ridzuan Azly Husam dimasukkan menggantikan Hardi Jaafar.

Continue reading

Likes(4)Dislikes(0)