Piala Emas Raja-Raja | Perak vs Perlis (Suku Akhir 1) (preview)

A

 

 

 

 

 

Sabtu, 16 November 2013
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Perak bakal menanti kehadiran Perlis untuk perlawanan suku akhir pertama di Ipoh. Perlawanan kedua akan berlangsung di Stadium Utama, Kangar 23 November 2013 nanti.

Dalam perlawanan ini nanti, Perak bakal menurunkan barisan yang sama ketika peringkat kumpulan di Kota Bahru lalu. Pasukan Perak yang diketuai Syazwan Roslan bakal memberi tentangan sengit kepada Perlis yang merupakan naib johan kumpulan A.

Sukar meramalkan keupayaan pasukan lawan dibarisi pemain-pemain muda. Walau bagaimana pun, Perak dilihat berkelebihan dari semua sudut. Ditambah lagi dengan status Juara Piala Agong 2013 dilihat sudah cukup menceritakan kekuatan Perak.

Tumpuan yang jitu amat diharapkan agar para pemain dapat menyajikan corak permainan sebenar mereka dalam mencari bekalan selesa sebelum ke Kangar minggu berikutnya.

Sudah semestinya tumpuan para penyokong Perak terarah kepada pemain-pemain utama ketika ini yang sedang meningkat naik, seperti Norhakim Isa, Khairul Asyraf Sahizah dan pemain-pemain lain yang bakal menggalas tugas sebagai pemain utama skuad senior 2014.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Emas Raja-Raja 2013 on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Piala Emas Raja-Raja | Perak vs Perlis (Suku Akhir 1) (preview)

  1. helmirizal

    perak perlu menggunakan peluang bermain di laman sendiri untuk menjaringkan sebanyak mana gol bagi membawa bekalan selesa ker perlis nanti.....diharapkan barisan yang diturunkan nanti bermain dengan baik dan menggunakan peluang-peluang yang terhidang dengan menjaringkan gol

    ayuh seladang muda

    Likes(1)Dislikes(0)

Comments are closed.