Piala Emas Raja-Raja 2013 | Perak Mara Ke Suku Akhir

A

Perak melangkah bergaya ke Suku Akhir selepas berjaya menundukkan ATM dan Kuala Lumpur di peringkat Kumpulan. Manakala keputusan seri ketika perlawanan terakhir bertemu Kelantan di peringkat kumpulan sudah memadai untuk menyingkirkan Kelantan daripada saingan.

Perak cemerlang dengan menewaskan ATM di Padang Penjara, Pengkalan Chepa dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Khairul Asyraf Sahizah dan Ketua Pasukan Syazwan Roslan. Selepas itu, Kuala Lumpur pula menjadi mangsa di padang yang sama dengan jaringan 1-0, gol dihasilkan oleh Norhakim Isa.

Kelantan yang ingin menebus kekecewaan Piala Agong lalu akhirnya terpaksa akur apabila sekadar seri tanpa jaringan dan lebih perit lagi mereka disingkir secara terhorma terkeluar dari saingan.

Perlawanan seterusnya bakal berlangsung 16 November 2013 nanti di Stadium Perak, Ipoh bertemu Perlis di peringkat Suku Akhir.

Likes(0)Dislikes(0)