Piala Agong 2013 | Kelantan vs Perak (result)

B 23

Selasa, 5 November 2013
8.45 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Kelantan 0 – 1 Perak

Perak mengubat duka penyokong dengan ‘membayar’ dengan Piala Agong 2013 kejuaraan yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) semalam.

Malah Perak menebus kekecewaan Piala Presiden lalu yang mana kita tewas kepada pasukan yang sama. Menang di Kota Bahru boleh dikatakan sesuatu yang manis dan petanda yang positif akan kebangkitan yang mungkin di musim yang mendatang.

Gol kemenangan Perak adalah hasil jaringan Ahmad Syukri diminit ke 10 perlawanan. Ianya bermula dengan hantaran lintang dari sebelah kiri yang kemudiannya cuba dikeluarkan oleh pertahanan lawan yang mana selepas itu disambar oleh pemain berjersi 17 iaitu Ahmad Syukri, selepas itu beliau berjaya melepaskan rembatan dari luar kotak penalti dan menewaskan penjaga gawang Kelantan.

Perak dilihat menguasai keseluruhan permainan dan pujian ke9ada pertahanan Perak yang banyak menyerap serangan lawan sepanjang permainan. Kelantan juga banyak membuat percubaan ke arah Mohd Jibril Kamaron tetapi belum cukup untuk membocori gawang Perak sehinggalah 90 minit berakhir.

Tahniah diucapkan, teruskan kecemerlangan dan lupaka segala permasalahan lalu. Pastikan musim 2014 yang mencabar itu sebagai medan kebangkitan menjulang kembali Perak dipersada bolasepak Malaysia.

Kesebelasan Utama:

Mohd Jibrail (GK)
M Yoganathan
Ahmad Khairil Anuar
Mohd Syazwan (KP)
Mohammad Rafiq Faaez
Muhammad Haizal Faquan
Muhammad Riduan
Ahmad Syukri
Khairul Asyraf Sahizah
Muhammad Rafi

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Piala Agong 2013 | Kelantan vs Perak (result)

  1. helmirizal

    tahniah perak....berjaya membalas dendam kekalahan pada perlawanan akhir piala presiden yang lalu...teruskan fokus untuk piala emas raja-raja pula

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. malayneum

    weldone PERAK...trubat jugak musim ni dpt dakap piala agong ni...dari xde ape2 thn ni...harap2 thn depan PERAK menyinar seperti namanye perak/silver...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.