Perak FA | Masih Mencari Ramli?

Mencari Ramli

Mencari Ramli

Seperti yang semua penyokong dan peminat bolasepak Perak fahami, pihak pengurusan masih lagi tercari-cari pemain bagi mengisi slot skuad Perak musim 2014 nanti. Pencarian ala sebuah rancangan realiti TV nampaknya diterapkan oleh PAFA saban tahun.

Dikala pasukan lain berlumba-lumba mengejar pemain dan menawarkan kontrak terbaik bagi pemain yang difikirkan terbaik, pasukan Perak masih lagi dengan strategi lama iaitu berkonsepkan “TPM” yang membawa maksud  ”Trial – Power – Murah”.

Jika di amati konsep ini memanglah baik untuk mengawal perbelanjaan pasukan bolasepak Perak namun seperkara yang harus kita semua ingat ialah sebuah pepatah inggeris yang berbunyi “If you pay peanuts, you get monkeys”.

Adakah munasabah untuk pasukan bertaraf Liga Super Malaysia seperti Perak mengadakan sesi pemilihan pemain ala Program Realiti TV Mencari Ramli?. Ratusan pemain dari ceruk pelusuk hadir untuk sesi pemilihan dan akhirnya berjumpakah kita dengan RAMLI?

Di saat bolasepak Malaysia yang sedang menuju era Penswastaan pasukan-pasukan negeri, PAFA seharusnya berhenti dari mengguna pakai konsep “Mencari Ramli” dalam pemilihan pemain yang dilihat oleh penulis sebagai idea yang Murah dan Dangkal.

Mungkin anda pembaca dan peminat bolasepak Perak ada pendapat tersendiri, sila kongsikan pendapat ikhlas dan bernas anda pada ruangan komen di bawah.

 

 

 

 

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Perak FA | Masih Mencari Ramli?

  1. yop azli

    Assalam...Mencari Ramli...??? zaman mana ini,Tak Tengok Akademi Fantasia ker..itu antara dailog Awie..dalam suasana zaman sukan bolasepak sudah kehadapan kita tidak seharusnya berada dalam keadaan mengundur ke belakang. Kelab kelab tersohor duniapun lebih cenderong dengan suasana jual beli pemain, yang paling utama "kantong" mesti berisi dan diisi, kalau tidak kita yang "kantoi". Liga yang semakin hampir dibuka semula, kita baru nak "mencari Ramli" , sudahnya wah hasil balik asal, Sebelum dapat tampuk jawatan macam macam "dijerit", kononnya akan tampil dengan idea bernas dan terkini, tapi apa yang perhatikan corak "permainannya" masih ditakuk lama, macam macam harapan ditaburkan ,macam manifesto "pilihanraya" selayaknya, tapi kesudahannya pasukan seperti nyawa nyawa ikan. Tahun depan ulang lagi cerita yang sama, ayat yang sama semua "di Copy Paste", cuma ubah tarikh sahaja, yang terasa dan menjadi mangsa adalah para peminat yang sentiasa berkorban dan memberi sokongan untuk pasukan tercinta. Harapan kami sebagai peminat supaya pimpinan yang diamanahkan teruskan usaha menjadi lebih professional.

    Likes(1)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Perghhh... Ayat2 mike memang kelas macam orang kempen pilihanraya pulak, ada pengisian yang jelas, jauh lebih mantap dari perancangan pafa skang ni. Itu kita belum bukak bab KPI lagi tu.. Tah apa gamaknya target musim depan ni.. Kekal liga super gamaknya yek KPI deme musim depan bior "play safe" macam jenama kondom tu kan? Kehkehkeh

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. sdarerepasi

      Awok udah lame rase jadi mangse dah....kite ni elok jage ler hati kite sendiri dari dok kene tipu je dengan pafa nun.......boleh sakit jiwe kalo mikiorkan bola perak ni yop oiiiii...elok nengok time menang je..idak susah hati.....wheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB Post author

        Hahaha sembang macam orang putus cinta je yop... Ater sabor ajerlah... Bak kate usop haslam.. PASRAH!!!! Ni nak kena layan karaoke sejam dua baru tenang jiwa gamaknya yetak? Hik3...

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.