Umum | PAFA Yang Sepatutnya Berubah

Pihak Seladang.net ingin berkongsi nukilan adi guru agong silam untuk renungan kita bersama :

Kerana paku tidak dikemaskan
ladam kuda mudah tercabut

Kerana ladam keciciran
kuda lepas lari berkeliaran


Kerana kuda kehilangan
pesanan tidak disampaikan

Kerana perutusan tak kesampaian
kita kalah pertempuran

Kalau tidak mahu kecundang
kemaskanlah paku di ladam

Sampaikanlah pesanan
Agar kita kesampaian
Mengibarkan panji kemenangan

“Via : Leftenan Jeneral Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor”

Oleh yang demikian, dalam sibuk mengurus hal-hal BESAR dan MENGUNTUNGKAN jangan terlepas pandang perkara-perkara KECIL dan REMEH. Ini kerana ianya boleh menjahanamkan sesebuah pasukan atau organisasi.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Umum | PAFA Yang Sepatutnya Berubah

  1. YB

    The people to fear are not those who disagree with you, but those who disagree with you and are too cowardly to let you know. - Napoleon Bonaparte

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    untuk menjadi sebuah pasukan yang bagus dan hebat, semua pihak harus terlibat bermula dari pihak pengurusan tertinggi hinggalah kepada pemain-pemain

    pada teman pasukan perak ada masalah ini dalam tempoh 3 4 tahun kebelakangan ini

    musim 2013 banyak juga berita yang teman dengar antaranya pihak pengurusan tak mesra dengan pemain, pemain-pemain pula ada dikatakan berpuak-puak, latihan juga hanya dilakukan sekali sehari dan bermacam-macam masalah lain

    diharapkan teman, pada pihak-pihak tertabit lepaskan lah jawatan dengan terpuji sebelum anda di keji lebih teruk lagi..jangan rosakkan pasukan perak..beri peluang muka baru dan yang betul minat dan sayang bola sepak perak....kembalikan maruah bola sepak perak ke tahap yang lebih tinggi

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.