Piala Presiden 2013 | FINAL | Kelantan vs Perak (Preview)

Logo-Piala-Presiden

 

 

 

 

 

Sabtu, 12 Oktober 2013
8.45 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

Live On Astro Arena 801

Abu Bakar Fadzim adalah individu penting dalam misi memburu kejuaraan berganda yang telah dimenanginya musim lalu. Beliau seidkit pun tidak gentar biarpun FAM menetapkan venue perlawanan akhir di Kota Bahru iaitu kubu kuat Kelantan.

Sudah semestinya persiapan rapi dari segi fizikal dan ketahanan mental sedang giat dijalankan untuk menghadapi keadaan ternyata berbeza di sana nanti. Namun begitu, jika dicongak di atas kertas, kekuatan mereka adalah setara dan peluang adalah sama rata.

Dalam keadaan ini, pemain-pemain hanya perlu persiapkan mental dan mengikut segala arahan yang dikeluarkna oleh jurulatih untuk memastikan kejuaraan milik kita. Inilah peluang untuk menebus kembali maruah Perak yang tercalar akibat beberapa masalah yang meruncing dalam pasukan senior sebelum ini.

Sudah semestinya sokongan padu ditagih untuk membantu Skuad Muda Perak berjaya menjulang Piala Presiden edisi 2013 ini.

Difahamkan, Astro Arena 801 akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung pada hari perlawanan. Pihak SDN akan memaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan.

Selamat berjuang YOB MUDA! Didoakan semoga segalanya perancangan berjalan dengan lancar dan selamat.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Presiden 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Piala Presiden 2013 | FINAL | Kelantan vs Perak (Preview)

  1. Jaji

    Dalam kejohanan Piala Presiden tahun 2013 ini, Perak dan Kelantan diperhatikan sama handal dan sama gagah. Apa tidaknya jika kita teliti di peringkat liga lagi, Perak dan Kelantan telah bertemu sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari, seri 1 sama di Ipoh dan pada 23 Mei, juga seri tanpa jaringan di Kota Bharu. Di peringkat Suku Akhir, kedua-danya telah diletakkan dalam satu kumpulan iaitu Kumpulan A. Sekali lagi mereka telah mencapai keputusan seri pada 29 Ogos – 2 sama di Kota Bharu dan pada 19 Sept. - seri1 sama di Ipoh.

    Cumanya Perak mempunyai sedikit kelebihan jika dilihat dalam Carta Liga di mana Perak telah berjaya mengumpul sebanyak 77 mata di kedudukan pertama manakala Kelantan hanya berjaya mendapat 65 mata di tempat keempat.

    Oleh yang demikian, perlawanan akhir Piala Presiden 2013 sepatutnya diadakan di venue berkecuali kerana masing-masing berpeluang 50 – 50 untuk muncul juara. Bagaimanapun sama-samalah kita berdoa agar Pasukan kesayangan ini berjaya mendakap sekali lagi pada tahun ini selaku juara bertahan.

    Likes(1)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    final di kelantan dengan alasan tahun lepas perak sudah jadi tuan rumah..huhuhu

    rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam peringkat kumpulan adalah seri

    kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang seimbang, diharapkan perak mampu mengekalkan piala presiden di negeri perak untuk tahun kedua berturut-turut

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.