Piala Presiden 2013 | Perak vs Terengganu | Separuh Akhir 1 (preview)

Logo-Piala-Presiden

 

 

 

 

 

Khamis, 26 Sept 2013
4.45 Petang
Stadium Perak, Ipoh

Sedar tidak sedar anak-anak muda Perak sudah melangkah Separuh Akhir. Namun tiada hebahan rasmi dibuat dalam media massa terutama siaran televisyen tentang perkembangan Piala Presiden 2013.

Setelah kecewa dengan aksi skuad senior, sudah lama diperhatikan skuad muda Perak yang sentiasa cemerlang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bermula dengan Skuad Piala Belia sehinggalah Skuad Piala Presiden, semuanya membanggakan.

Untuk separuh akhir akan datang, Perak bakal menanti kehadiran Terengganu selaku naib juara Kumpulan B. Untuk pengetahuan semua, Perak berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 6 perlawanan peringkat Kumpulan A, menang 3 perlawanan dan seri 3 perlawanan dan menjadi Juara Kumpulan A.

Manakala Terengganu pula menang 4 perlawanan dan Kalah 2 perlawanan menghuni tangga kedua Kumpulan B. Rasanya Terengganu bukanlah masalah besar buat Perak, sebaliknya Perak perlu mancari sebanyak mungkin bekalan sebelum bertandang ke Kuala Terengganu untuk Separuh Akhir Kedua pada 3 Oktober 2013 nanti.

Dalam satu lagi perlawanan, Johor bakal berentap dengan Kelantan. Pasukan Johor dilihat sebagai ancaman utama apabila mereka berjaya menang 5 perlawanan dan tewas sekali di peringkat kumpulan. Manakala Kelantan menang 2, seri 3 dan kalah sekali.

Secara kasarnya, Perak tiada masalah untuk mencari bekalan selesa jika diperhatikan kepada prestasi semasa mereka. Cuma mereka perlu lupakan tragedi yang berlaku kepada pasukan senior dan jadikannya sebagai sempadan untuk menjadi lebih maju dalam bolasepak, bersih dan kekal berdisiplin.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Presiden 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Piala Presiden 2013 | Perak vs Terengganu | Separuh Akhir 1 (preview)

  1. Jaji

    Kalau dilihat pada prestasi semasa, Perak Insyallah mampu mengekalkan kejuaraan Piala Presiden 2013 ini. Itu pun jika Perak dapat mengekalkan momentumnya. Setelah melalui peringkat kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan (termasuk Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan), Perak telah menjuarai Kumpulan A tersebut mengatasi Kelantan di tempat ke-2 dan akan bertemu dengan Terengganu di peringkat Separuh Akhir. Untuk makluman kengkawan, di peringkat liga, pada 4 April 2013, Perak hanya mampu seri 1 sama dengan Terengganu. Namun begitu Perak telah berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan 2 gol tanpa balas di Kuaka Terengganu pada 27 Jun 2913.

    Seandainya Perak berjaya melangkah ke perlawanan akhir, saya rasa Perak akan ditemukan dengan salah sebuah pasukan yang gagah iaitu Johor. Mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini pada peringkat liga dahulu, Perak telah seri dengan Johor 1 sama di Ipoh pada 28 Mac 2013. Seterusnya Perak telah berjaya mengalahkan Johor di Stadium Larkin pada 26 Jun 2013 dengan jaringan 2 - 1.

    Kesimpulannya Perak InsyAllah akan berjaya membawa pulang Piala Presiden yang telah dimenanginya pada tahun 2012 (jika tiada apa-apa perkara 'luar biasa' yang berlaku).

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Perak dan Terengganu bermain dalam hujan renyai-renyai. Kedua-dua pasukan juga bermain dengan 10 orang. 20 minit pertama Perak mendahului Terengganu dengan 3 gol tanpa balas. Ternyata tindakan Jurulatih Terengganu menukarkan penjaga golnya berhasil kerana selepas itu Perak tidak lagi berjaya menambah jaringan. Pada penghujung babak pertama, Terengganu berjaya menjaringkan 1 gol.

    Bersambung babak kedua, Terengganu berjaya merapatkan jurang dengan kedudukan 3 - 2. Perak mendapat banyak peluang tetapi disesiakan. Ahirnya pada penghujung babak kedua, Perak berjaya menambah jaringan dengan kedudukan 4 - 2.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.