Piala Malaysia 2013 | Sarawak vs Perak (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

 

Sabtu, 21 September 2013
7.45 Malam
Stadium Negeri, Kuching

Kali terakhir Perak bertandang ke Kuching adalah pada 23 Jun 2012 dan pulang dengan 3 mata. Manakala kali terakhir Sarawak menang ke atas Perak di Kuching adalah pada tahun 2004 dengan jaringan besar 4-2.

Itu sekadar rekod lalu yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada pasukan Perak ketika bertandang ke Kuching Sabtu nanti. Sarawak merupaka sebuah pasukan yang kebal di gelanggang sendiri sambil dibantu penyokong tegar Ngap Sayot yang masih segar dengan kejuaraan Liga Premier 2013 lalu.

Sarawak yang turut merintis laluan berliku sama seperti Perak bakal berkelebihan kerana perlawanan penentuan berlangsung di laman sendiri. Mereka dijangka akan berhabis-habisan untuk mencari 3 mata berharga.

Bagi Perak, tiada harapan lain selain MENANG. Harapan untuk itu masih ada dan Perak berpeluang jika dilihat kepada rekod pertemuan sebelum ini. Sudahkan setiap peluang dengan jaringan tidak kira dengan apa jua cara sekalipun asalkan GOL. Lupakan kesilapan lalu dan fokus kepada perlawanan yang amat penting ini. Anggap Kuching adalah laman kita sendiri. Abaikan suasana stadium dan teruskan bermain dengan kesungguhan yang jitu.

Paling utama adalah PERLAKSANAAN strategi Jurulatih. Ikut arahan sebaiknya. Buat seperti dirancang jika tidak memang sukar untuk mendapatkan keputusan yang kita ingini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Sarawak vs Perak (preview)

  1. Jaji

    Peluang Perak untuk melangkah ke peringkat Suku Akhir, Piala Malaysia 2013 masih terbuka luas dengan syarat Perak MESTI mengalahkan Sarawak di Kuching. Tugas itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh Perak. Tambahan pula rekod pertemuan bertemu dengan Sarawak sentiasa memihak kepada Perak. Oleh itu ayuh para Pemain Perak sekalian. Lupakan terus kekalahan anda kepada Kedah pada hari Selasa lepas. Sudah menjadi adat perlawanan, kadangkala menang dan ada ketikanya kita kalah. Jangan sekali-kali menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut seperti yang digembar-gemburkan oleh akhbar tempatan. Sebaliknya tebuslah kekalahan tersebut dengan kemenangan ke atas Sarawak. Jangan pula anda 'terikat' dengan anggapan yang mengatakan Sarawak kebal di laman sendiri. Sebaliknya bermainlah seperti biasa tanpa ada sebarang tekanan. Kami penyokong tegar Perak sentiasa mendoaakan kejayaan Perak. Kami yakin Perak InsyaAllah diizzinkanNya untuk mewakili Kumpulan D, tak kiralah sebagaai juara ataupun sebagai naib juara. Kami di sini sentiasa menadah tangan untuk mendoakan agar pasukan kesayangan kami berjaya masuk ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia tahun ini. Amin, Yarabbal Alamin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    pemain perlu jujur amanah dan saksama...kalaui nak ambil rasuah biarlah berpada pada..
    andai gagal melayakkan pasukan kesuku akhir dan terus ker peringkat akhir gugurkan bintang bintang tua dalam pasukan termasuk pengurus.

    Kini dah boleh kira kira..hadi yahya,azlan ismail,rafael,chanturu,thiru,jibrail,farizal,nazri kamal,ini antara wajah wajah wajib digugurkan dan jangan bagi main langsung walaupun untuk sabtu ini

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Setuju yob. Azraai akhirnya mengaku dan andaian teman tepat bahawa pemain ingkar arahan. Kenapa ingkar? Itulah kaitan nya dengan apa yang mike katakan saidin.

      Main bola bukanlah susah sangat, ikut je arahan. Gamak degil , duduk je luar. Deme ni pandai berlakon, masa friendly perform untuk dapqt perhatian coach. Bila dapat main game sebenar mula la lemau. Kenapa? Tanya Saidin.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Apa sebenornya masalah yang dihadapi oleh beberapa pemain yang disenaraikan oleh Saudara Saidin di atas tu. Kenapa permainan deme tu lemau belaka, tidak seperti yang diharapkan. Teman nak cuba buat tekaan kenapa. Deme ingin melihat pasukan Perak Jatuh. Atau deme tak setuju dengan stratigi coach lantas deme buat pandai sendiri yang akhirnya mengecewakan. Atau gaji yang deme terima sekarang ni rendah sedangkan ada pasukan lain yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan, Bila permainan deme lemau begitu, musim depan secara automatik digugurkan.

    Atau mungkinkah pihak Pengurusan sendiri gagal menceriakan para pemain seperti menjaga kebajikan deme, bagi alaun kemenangan atau apa-ap intensif yang sewajarnya.

    Berapa lamakah keadaan seperti ini akan melanda psukan Perak. Dari setahun ke setahun, para penyokong Perak mengharapkan agar pasukan mereka memenangi mana-mana 3 piala yang dipertandingkan tapi segalanya hampa belaka. Mereka akan terus berharap tanpa ada penghujungnya. Para pemain tidakkah berasa sedikit kasihan melihat penyokong Perak yang datang ke stadium setiap kali pasukan kesayangan mereka turun bertarung. Mereka membawa seribu harapan. Mereka mengharap para pemain Perak bermain bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Bukan nak menuduh, tapi kalau dah lama dok nengok bolasepak malaysia ni mesti dapat teka apa masalahnya. Semuanya tentang sikap individu yg mementingkan diri sendiri.

      Ada yang kata deme ni terlibat dengan bookie. Tapi itu cakap2 orang je l sembang kedai kopi. Sebab masa zaman coach raja azlan ada 4 ke 5 pemain kena tindakan disiplin sebab masalah jual game tapi tidak dihebahkan. Cuma dikatakan mereka ada masalah disiplin je. So, kalau masalah tak boleh dengar arahan memang ada masalah sikap la. Kenapa ingkar arahan orang yg btanggungjawab ke atas tim ni? Dah tentu la ada udang disebalik batu.

      Contoh terbaik pemain yang ada mutu disiplin adalah Indraputra Mahyuddin. Sentiasa komited semasa latihan dan memikirkan untuk jadi lebih baik. Tapi kalau 5 tahun dengan perak tapi main sama mutunya macam dulu2 memang sikap pemain tu ada masalah.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.