Piala Malaysia 2013 | Perak vs Kedah (result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 17 Sept 2013
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 1 Kedah

Kegagalan mengekalkan rentak menyebabkan Perak tewas di laman sendiri. Sesuatu yang sukar diterima.

Babak pertama, Perak menguasai bola dan hasilnya beberapa percubaan berjaya diledakkan namun kerapkali tersasar dan gagal menemui sasaran.

Berikut adalah Statistik Perlawanan:

Perak                                                  Kedah
53%           Penguasaan                       47%
9                Cubaan                               9
2                Cubaan Tepat                      2
4                Ofsaid                                1
6                Sepakan Penjuru                6
1                Diselamatkan                     2
12              Kekasaran                         14
2                Kad Kuning                         5
0                Kad Merah                          0

 

Gol Kedah disumbangkan oleh Nelson Sam Martin minit ke 91 hasil hantaran cut back oleh Baddrol Bakhtiar.

Dengan ini Perak mengharapkan Sarawak menang ke atas Lions XII di Jalan Besar 18 sept 2013 (Rabu) nanti. Kedah di belakang Perak dengan 6 mata. Manakala Lions XII 4 mata di tangga ke 4 Kumpulan D.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Perak vs Kedah (result)

  1. Jaji

    Seperti tahun-tahun terdahulu, Perak suka mencari jalan sukar dalam saingan Piala Malaysia. Semalam Perak sepatutnya boleh mengalahkan Kedah di laman sendiri. Pada satu ketika si Chanturu tu berdepan dengan pintu gol yang telah terbuka luas tapi dia memilih untuk menyepak bola ke luar.

    Sekarang ni Perak MESTI mengalahkan Sarawak di Kuching pada hari Sabtu ni dan pada masa yang sama mengharapkan Sarawak seri dengan Lion XiII hari ini di Jalan Besar. Kedah pulak diharap dapat mengikat Lion d Alor Star pada Sabtu. Jika keadaan seperti itu berlaku, maka Perak dan Sarawak akan masuk peringkat Suku Akhir. Kita sama-sama le tengok apa yang akan terjadi selepas ini. Mungkinkah Perak lebih awal menutup Buku tahun 2013 ini. Mintak-mintak le tidak akan jadi begitu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. me 109

    Dah banyak kali dah tim perak ni kecundang ngan Kedah. Even when perak is in top flight, perak still cannot defeat Kedah. Ada inferiority complex ke Yob2 ni ngan orang Kedah?..ngape takut sgt ke ngan orang Kedah? S Chanturu tu org Kedah...maklum lah, tak kan nk skor lwn Kedah....mcm2 andaian kita boleh buat sbb Kedah will always comes out top bila jumpa Perak. Pengurus pasukan Perak wajib sedar Perak mesti memanfaatkan pemain kelahiran Perak untuk maju dalam liga tempatan dan Piala Malaysia akan datang. Mereka ada semangat 'kenegerian' dan ini amat penting. Kita tengok Badrol Bakhtiar, Khairil Muhyimeen dan lain2 pemain kelahiran Kedah yg bermain utk Kedah, mereka ni tak kan sanggup kalah dgn Perak. Kalah dengan Sarawak 4-0 tk ngape tp jgn skali2 kecundang dengan Perak kerana pada mereka orang Kedah dari dulu sampai kiamat adalah produk lebih 'baik' dari Yob2 Perak ni.........ada benar kata teman?...sedor ke Yob?

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Ini yang dirisaukan. Dari mula lagi teman dah agak akan berlaku macam ni. Untuk game semalam ramalan teman akan draw. Sebab rekod kita dengan kedah pun tak berapa cantik.

    Corak permainan selalu berubah-ubah dari game ke game. Masalah utama adalah gagal manfaat peluang. Kita betul-betul harap striker buat gol. Kalau yang lain pun mungkin dari set pieces. Semalam ada peluang dari set pieces, tapi tak dipergunakan.

    Mula terfikir, apa dibuat masa training? Walhal lama berehat. Patutnya perbetul apa yang patut. Game semuanya penting. Dalam bolasepak jangan la ajor bagi priority. Anggap semuanya penting. Kalau dah minit 90 tak gol apa maknanya? Kalau teman yang bengong ni boleh fikir untuk bertahan tak kan players tak fikir untuk bertahan sebaiknya. Sebab 2nd Half semalam nampak kebangkitan Kedah. Penguasaan bola jadi nothing kalau gagal tuju ke gol lawan dan buat gol.

    Perak memang suke cari susah. Apa la nasib. Semangat nak melawan tu kurang menyegat. Bukanlah teruk sangat tapi, gol last minute tak boleh diterima oleh sapa2 termasuk coach. Betul?

    Bukan kali pertama, ini dah berlaku sebelum ini tapi macam tak belajar. Kesilapan sama berlaku untuk kesekian kalinya, apa maknanya? Kome fikir la.

    Sekarang ni harap ihsan tim lain. Walhal pusingan pertama dah perform cantik. Mungkin rasa selesa dengan mata sikit tu. Mimpi la kita nak tengok tim perform macam PKNS, N.Sembilan DLL..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. nuarkama

    Salam...

    Teman dah agak dah result semalam memang sudah dijangka. Sebab rekod ngan kedah dah jadi macam badi kalau berjumpa perak. Tak seri kalah ler jawabnyer. Tak nak salahkan coach dan tak nak juga salahkan player. Peluang masih ada dan kita hanya perlu menang untuk mara. Memang tak mudah untuk tewaskan Sarawak tapi harap para pemain dapat memainkan peranan mereka sebagai pemain kerana para peminat yang menyokong sentiasa mengharapkan kemenangan. Manfaatkan la setiap peluang yang terhidang. Berlatih melakukan hantaran-hantaran tepat, berlatih melakukan rembatan deras ke pintu gol dan sentiasa bertenaga merebut bola dari dikuasai pasukan lawan. Pengalaman teman yang udah berpuluh kali menonton perlawanan perak di stadium perak ,dari zaman player seperti nidzam adzha,joe caleta,marshall soper,warren spinks hingga membawa ke zaman repasi,khalid jamlus dan keita mandjou aksi pasukan perak di stadium perak sentiasa menghiburkan. menyerang dari pemain tengah dan sayap, sentiasa ada larian-larian deras dari pemain sayap dan hantaran2 kreatif dari tengah yang menarik yang mana susah dah teman nak tengok sekarang. Tak guna jika kita hebat menyerang dan bertahan sehingga ke akhir perlawanan tetapi hasilnya gagal membawa sebarang mata.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.