Piala Malaysia 2013 | Perak vs Kedah (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 17 September 2013
Stadium Perak, Ipoh
8.45 malam

Biarpun tewas di Jalan Besar, Perak harus segera melupakan keperitan lalu dan meneruskan jadual dalam usaha mencapai sasaran untuk mara ke peringkat seterusnya.

Kedah yang dibelasah teruk di Kuching sudah semestinya mahu melupakan detik hitam itu ketika bertandang ke Ipoh malam Rabu nanti. Kealpaan mereka jelas sehingga membenarkan Sarawak menjaring 4 gol. Peluang ini seharusnya dipergunakan sebaiknya Perak untuk memperbaiki kedudukan dalam memastikan tempat ke suku akhir.

Ketika di Jalan Besar, Perak jelas agak kekok beraksi di atas permukaan padang rumput tiruan biarpun dilihat beberapa kali mengasak ke kubu lawan. Kelonggaran pertahanan perlu diperbaiki segera begitu juga dengan bahagian tengah yang kurang kreatif melorong bola ke bahagian serangan. Mungkin di Ipoh Perak akan bermain baik sambil mengekang gerakan sayap Kedah yang sering mengucar-ngacirkan pertahanan lawan mereka.

Seharusnya Perak mempamerkan corak permainan seperti di Alor Setar minggj lalu yang menyaksikan semua bahagian berfungsi dengan baik, cuma kealpaan pertahanan menghadiahkan sepakan penalti memaksa kita berkongsi mata.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Perak vs Kedah (preview)

  1. Jaji

    Kalaulah berlaku situasi begini: Perak berjaya mengalahkan Kedah di Ipoh pada hari Selasa ini dan Sarawak pulak berjaya mengikat Lion XII dengan keputusan seri. Bermakna Sarawak dan Perak akan melangkah ke peringkat Suku Akhir. Namun tanpa memikirkan peranan Sarawak dalam menempah slot ke Suku Akhir, Perak hendaklah bertekad mengalahkan kedah dan sekurang-kurangnya seri dengan Sarawak di Kucing dalam perlawanan terakhir pada 21 September 2013 nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    maleh nak kata apa dah mengenai anak didik Coach Azraai....jelas terbukti Azraai gagal menyiapkan barisan pemain yang memiliki mutu stamina yang bagus....bukti kita lihat penjaring gol pertama di perlawanan pertama beliau dalam pesta bola merdeka Nasir.

    Yang penting kini tolong bermain secara jujur dan amanah......kalau taknak bermain dengan jujur jawab sendiri di akhirat nanti...

    Putih putih melati
    selalulah ingat mati

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syahir

    Gud luck team perak malam.harap coach dpt turunkn pemain yang mantap..harap peroleh kemenangan...bior penuh stadium malam ni..2-1,perak menang

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.