Piala Malaysia 2013 | Perak ‘Cemerlang’ Di Bumi Kenyalang! (result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

 

Sabtu, 21 Sep 2013
Stadium Negeri, Kuching
8:45 Malam

Sarawak 6 – 1 Perak

TAHNIAH PERAK! Perak beraksi sehabis baik ketika bertandang ke Stadium Negeri Kuching (JJCM) sambil melancong melawat Bumi Kenyalang itu.

Corak permainan yang menakjubkan sepanjang musim 2013 dan inilah aksi ‘Terbaik’ Perak. Pemain begitu fokus ketika bermain dan berjaya meledakkan ‘jaringan seawal minit ke 2 permainan melalui tandukan menarik Khairi Kiman.

Selang beberapa minit selepas itu, pertahanan Perak turut ‘cemerlang’ sehinggakan gol kedua Sarawak berjaya dibenarkan.

Tidak cukup dengan pertahanan, Penjaga Gol Perak yang kali pertama beraksi dan dikatakan saat-saat akhir menggantikan Farizal Marlias yang kurang sihat turut ‘Cemerlang’ untuk ‘menjaring’ gol.

Tamat separuh masa Perak ‘di depan’ 1-3.

Separuh masa kedua. ‘Kecemerlangan’ diteruskan dengan membenarkan 3 gol lagi untuk lawan.

Masa penuh 90 minit. Perak ‘Cemerlang’ 1 Sarawak 6.

Selebihnya, Admin Serahkan Kepada Penyokong untuk mengulas lanjut ‘Kecemerlangan’ Perak Semalam di Bumi Kenyalang.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

15 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Perak ‘Cemerlang’ Di Bumi Kenyalang! (result)

  1. Ipohman

    Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kpd sume yg terlibat dalam pasukan yang "cemerlang" ini. Kami amat merasa bangga atas permainan "menarik" serta pencapaian "cemerlang" pasukan. Maka, tamatnya saingan pd tahun ini dgn keputusan yg amat "cemerlang". Semoga pasukan terus "cemerlang" di masa akan datang. Kepada para penyokong, marilah kita bersama - sama mendoakan kejayaan pasukan di lain masa. Dinasihatkan agar para penyokong jgn terlalu beremosi marah, geram dan sbgainya kerana perbuatan anda itu hanya sia2 dan memudaratkan diri sendiri sahaja. Sekian saja pd masa ini. Kita jmp di saingan akan dtg. Drpd penyokong setia dlm susah dan senang

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. eg

    Hampa? kecewa? Geram? Maki Hamun? Bawak bertenang yop yong semua. Aku dah komen masa 1st round dulu. Team Perak ni jgn jadi jaguh kampung atau hangat-hangat tahi ayam. Kan betul!!! Nak salahkan AKA 100% pun tak patut. Aku tengok paolo ngan Rafa cam pegi makan angin je.(JJCM) Player lain, seperti biasa la, banyak yg tak ada nye etc kreativiti, kematangan, urgency hantaran-hantaran cantik....issshhh banyak lagilah. Elok jugalah kalah, boleh lah admin buat satu artikel player-player yg patut digugurkan atau dibuang utk musim 2014 nanti. Kalau ikut hati aku, orang orang yg duduk dalam panel pemilihan pemain elok dibuang terlebih dahulu. Pilih player yg tak dak kualiti.(import-local atau luar). Kedua, jurulatih2 yg dah kutei, eloklah diganti dgn yg baru. Boleh bagi fresh idea pd team. Walau apapun, tahniah pada team Perak atas 'kecemerlangan' anda pada malam ini. (Boleh masuk Malaysia Books of Record tak ni?)

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. robslam

    Perak terbaik!!!... sebangang2 pasukan era zaman Dato Karathu dan Raja Azlan dgn bebudak muda hingusan takdelah kena sampai 6 bijik...dgn Sarawak pulak tu? Liga Premier wehhh... hahaha, inilah akibat kalau ada pemimpin yg sibuk berpolitik dr menjage pasukan...berenti ajelah wanbro... huhuhu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. razlan

    Dalam program di Perak FM, Mr OS selalu sebut "ce pikior". Ce pikior nape tim junior boleh cemerlang tapi tim senior tak boleh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. orangkuale

    sememangnye kekalahan kpd kedah haghi tu udoh teman jangkekan kite takkan kemana musim ni..dan teman memang dah jangke kita kaloh dgn bujang senang tapi idokle sampei diratah sampei jadi tempoyok deme buat kite..labon kecewe je la..iye2 je 1st round juara kumpulan..last game main mcm budok sekoloh bendang kering...di harap sizen depan pihak pengurusan lebih serius..contohilah pihak pengurusan kelantan,jdt,swak,pkns..takkan itupun awok nok kabor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi Post author

    Semalam dimalukan, memalukan dan termalu tersendiri. Dimalukan oleh pasukan kesayangan. Memalukan diri sendiri dengan statement confident yang Perak mampu menang. Dan Akhirnya termalu sendiri terus tukar channel Golf Italian Tour 2013.

    SMS, Wassup, email, Tango dan segalanya bertubi-tubi. Tidak cukup sahabat sekampung, dari negeri lain pun sama bersimpati dengan 'Kecemerlangan Semalam'. 'Dahsyat Perak Semalam, HEBAT' antara ayat yang memang teman tak terbalas. Kenapa? Kenapa ke Teruk sangat?

    Benarlah Kata YB diawal musim dulu. Tapi teman tetap positif meniti harapan untuk lihat Perak dapat at least satu Cup 2013. Hampeh!

    PAFA. Jangan buat diam je. Makin ke belakang Perak ni. kome Perasan tak? Adakah suara kita deme dengor dengan teliti? Teman nasihatkan kepada PAFA, bukan mengugut, tapi risau berlaku sesuatu yang akan memalukan PAFA nanti. Bukan gagal sikit, tapi totally FAILED! Dari musim ke musim PAFA Gagal dan Gagal.

    Diawal musim, KPI gagal diumumkan. Jersi gagal dilancarkan. Pastu ambik Import kelam kabut. Tukar Penaja Jersi on the spot. Gagal dan gagal. Apa lagi? Kome senaraikan.

    Pengurusan yang GAGAL. Gagal merancang sekecil-kecil perkara. Bayangkan perkara yang besar, lagi la huru hara. PAFA need to rebrand, from toe to the head. Jika tidak, mimpi la lagi tahun 2014.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. nuarkama

    Ho..ho..tak terkate teman membace entry syidi kali ni..memang terbaik der. Takziah juga teman ucapkan kepada player-player perak kerana kekalahan anda bukan sahaja dapat ditonton oleh mereka yang berada di Kuching..Tetapi seluruh rakyat Malaysia turut dapat berkongsi rasa terharu di atas semangat juang pemain perak secara langsung di TV1..Rasanya peminat boleh terima kekalahan..tetapi bukan dengan kekalahan seperti 6-1..Takder langsung rupe macam pasukan Liga Super..Elok lagi budak-budak kat kampung banjar Teluk Intan main..So pemain-pemain semua,barisan jurulatih,kepimpinan ATASAN, SILA CONTOHI SIKAP YANG DITUNJUKKAN OLEH SAUDARA IRFAN BAKTI. Dah sampai masa untuk kita menswastakan bolasepak Perak ni..Tukor jadi PERAK FC pun takpe janji dapat piala.Dok statik rupe tukun camni habuk pun tarak..Kesimpulan teman terpaksa ler kita sesame berlapang dada dan dengan hati terbuka menerima bahawa Perak Gagal Lagi dengan Bergaye tahun 2013. (Ntah biler aku nak merasa lagi pakai jersi Perak gi Stadium Bukit Jalil tengok Perak main Final...adusss)

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. saidin

    terima kasih terima kasih terima kasih pengurusan perak fa rampasan berjaya membuktkan kewibawaan pasukan menjatuhkan maruah anak anak perak di mata dunia.......Rasuah rasuah rasuah yang diterapkan
    pemilihan pemain dari sebelum bermula saingan aku dah jangka ini barisan menjahanamkan pasukan tapi aku dihentam oleh penyokong yang buta .....aku cakap diorang terlibat dengan rasuah korang tak percaya sekarang korang yang padan muka..aku gembira sebab aku dah tahu cerita......

    jenol basi wan bro buta sama saja.....orang lain nak pegang pasukan hangpa terhegeh hegeh nak pegang pasukan jugak......jawabla sendiri kat akhirat yer.......dan terimalah hakikat ketika melintasi titian siratulmustaqim

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. malayneum

    tahniah PERAK sebab layak terkeluar dari piala malaysia 2013..bangga teman sbg anak jati perak pada mula2 saingan..tp klu dh smpai 6-1 kena belasah mcm mna nk ngaku org perak lagi...tebal muka yop2 oiii..mcm YB ckp mmg kenyataan...mcm ade xkena ngn team perak ni..mcm ade AGENDA TERSEMBUNYI yg dorg nk sembunyikan tp kantoi ngn penyokong2 yg educated ni..nk kata kaki bangku,nama sume glamer2 tp nmpak mcm pemain estet lagi bagus dr team ni...tggu je statement YB kite nnti....alkisah....

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. YB

    Salam yob..

    Ikhlas teman kabokan teman dah takde hati dgn team Perak termasuk Liga Malaysia yg penuh dgn bookie dan setting game neh. Gaji masing2 dah beribu2 tapi masih nak makan duit haram. Kita bukan baru semalam tengok bola neh dan bukan semua peminat bangang taktau apa cerita berlaku disebalik tabir. Sejak beberapa tahun kebelakangan neh memang teruk industri bolasepak kita dgn gejala rasuah. Terpulang ler kat kome nak tengok lagi ke idak bola Malaysia neh tapi teman dah patah hati dari dulu lagi. Baik teman tengok WWE wrestling yg dah tentu deme kabo awei2 'THIS IS ENTERTAINMENT BUT blablabla' dari tengok anak bangsa sendiri jual maruah menipu penyokong sendiri. SAMPAI BILA NAK KENA TIPU LAGI MENGKOME? Haishh...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.