Piala Malaysia 2013 | Lions XII vs Perak(result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Sabtu, 31 Ogos 2013
Stadium Jalan Besar, Singapura
7:45 Malam

Lions XII 2 – 1 Perak

Jaguh Kampung. Rasanya gelaran yang sesuai untuk Lions XII yang kini bergelut untuk mencari mata bagi mengubah nasib mereka dalam saingan kali ini.

Saingan Kumpulan D dilihat semakin terbuka menyaksikan Sarawak mendahului carta sambil berkongsi mata dengan Perak dengan hanya berkelebihan dari segi bilangan gol. Mereka memalukan Kedah dengan 4-0 di Kuching malam Ahad lalu.

Perak yang turun dengan harapan mencipta kejutan gagal berbuat demikian sambil dibantu pengadil yang menidakkan bola yang melepasi garisan gol minit ke 78. Bola jelas melepasi garisan gol tetapi akibat ‘human mistake’ oleh penjaga garisan, situasi itu ibarat terlepas pandang biarpun ulang tayang beberapa kali jelas bola berkenaan patut dikira sebagai gol kedua Perak dikala perlawanan terikat 1-1.

Lions XII terlebih dahulu di depan selepas babak pertama Perak berjaya menyerap tekanan lawan memaksa mereka menerima hakikat bahawa mereka sukar mencipta jaringan di babak pertama.

Perak yang memiliki beberapa peluang sepatutnya menyalahakan diri sendiri apabila dua atau tiga peluang ketika serang balas dalam situasi 3 lawan 1 gagal menggunakan peluang untuk menjaringkan gol. Mujur, ketika ketinggalan 1-0 muncul anak muda Perak yang bolehlah digelar sebagai pakar sepakan percuma iaitu Norhazrul Mustafa untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma menarik.

Selepas itu, Azraai Khor memasukkan pemain muda Perak iaitu Norhakim Isa dan Khairul Asyraf untk memperkemaskan corak permainan Perak. Namun, ibarat dihukum, Lions XII berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi sepakan gol tepat kepada penyerang mereka dan menewaskan Farizal Marlias yang gagal mengeluarkan bola berkenaan.

Selepas ini, biar apa pun keadaannya, Perak WAJIB menang dalam baki dua perlawanan. Satu di Ipoh dan satu lagi di Stadium Negeri, Kuching. Lihat saja bagaimana Sarawak mengajar Kedah baru-baru ini dan itu seolah-olah memberi amaran kepada Perak bahawa Sarawak cukup komited untuk menghabiskan baki perlawanan dan membalas dendam atas kekalahan mereka di Ipoh minggu lalu.

Saingan kembali terbuka, jangan terkejut jika dua pasukan yang sebelum ini menghuni tangga tercorot merampas kedudukan teratas untuk mara ke suku akhir sekiranya Perak lalai dalam dua pertarungan terakhir.

Likes(0)Dislikes(1)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Lions XII vs Perak(result)

  1. nuarkama

    Salam..walaupun tewas dengan agak tragik (gol tandukan cantik Rangel tidak dikira) di Jalan Besar. Teman harap pemain Perak dapat bangkit dan menang dengan bergaya untuk baki dua lagi perlawanan yang akan datang. Nampak semangat pemain untuk menang dalam game dengan Singapore kelmarin tetapi kita hantaran2 yang tak menjadi dalam situasi 3 on 3 dan 2 on 3 yang patutnya boleh menghasilkan gol. Kapten kerap sangat hilang bola (sangat tidak patut berlaku)..harap coach azrai boleh turunkan khairul asyraf lebih awal untuk next game sebab teman tgk pemain muda ni memang boleh melakukan sesuatu. Kelalaian untuk fokus selama 90 minit diatas padang menidakkan peluang kita untuk mencuri at least 1 mata di Jalan Besar. Untuk perlawanan berikutnya teman harap Perak akan menang baki 2 perlawanan bagi membuktikan bahawa team Perak memang serius untuk bergelar Juara Piala Malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      mata referee tu ada 2 je yob dan tgk dr jarak lebih 30 meter dan perlu buat keputusan dalam split second so pada pandangan dia bola tu tak masuk... dia peduli apa ikut rakaman bola tu masuk ke tidak sebab keputusan atas tangan pengadil diwaktu itu sahaja... kalau kome nak marah benor pegi le ketuk kepala keeper lion yg menipu keluarkan bola dah masuk tu... asik nak salahkan referee je retinya kome neh

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. eg

    Semalam tengok perlawanan Harimau Muda lawan Thailand. Aku nak tabek sikit pada midfielder Perak, Nasir Basharuddin aka MS 007. Gaya permainan tak macam masa main dengan team Perak. Hantaran tepat dan mudah diterima rakan, tak kelam kabut. Cuma yang kurang, hantaran ke depan cam badri radzi selalu buat. Harap MS 007 banyak buat hantaran bola kedepan dengan cantik dan kekalkan corak permainan dlm harimau muda masa main dengan Perak nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.