Perak FA | Kem Perak Gempar!

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung kesemua pegawai skuad Liga Super 2013 termasuk ketua jurulatih selama dua minggu berkuatkuasa hari ini berikutan wujud elemen sabotaj dan rasuah dalam kempen Piala Malaysia.

Keputusan drastik itu diumumkan Timbalan Presiden merangkap Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Darurat dan Pengurusan di pejabat PAFA sebentar tadi.

Beliau berkata, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan dibuat berhubung perkara itu.

Katanya, satu jawatankuasa khas diketuai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Sapian diberi tempoh dua minggu untuk membuat siasatan dalaman wujudnya unsur sabotaj dan rasuah dalam pasukan itu.

“Kita mengesyaki elemen sabotaj dan rasuah ini wujud sejak tiga atau empat perlawanan lalu dan kemuncaknya kekalahan teruk 6-1 ditangan Sarawak Sabtu lalu,” katanya.

Beliau berkata, kesemua pegawai dan pemain dilarang meninggalkan Ipoh sepanjang tempoh dua minggu.

Sumber : BH Online

Apa Reaksi Anda?

“Berdentum-dentum Kita Di sini Sekarang Baru Hendak Bertindak.?”

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

11 thoughts on “Perak FA | Kem Perak Gempar!

  1. Jaji

    Apabila Pengurus merangkap Presiden PAFA membuat pengumuman supaya pemain dan pengurusan pasukan Perak akan disiasat kerana sabotaj perlawanan dan disyaki rasuah, adakah beliau terlepas daripada siasatan tersebut atau kalau disiasat pun hanya ala kadar sahaja. Apa pendapat mengkome.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. cer7

    pengurus letak jawatan la pokemon betoi.. x phm2 lg ke basted!! lu ingat lu suda lepas ka?? gantung player bole tutup lu punya taik ka?? gamp...!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      hihi..betoi punya marah kome. skang dah kalah sampai 6 idak ke nak salahkan referee? pucuk pangkai player jugak buat punca. kalau dah kaki ngambik duit haram sampai bila pon tak sudahnya. kome jgn tak paham wanbro buat gitu sebab dia nak concentrate bertanding naib pemuda umno weh.. buat pening kepala baik letak jawatan jela wanbro....

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Dilaporkan PAFA telah melantik Marshall Sopper sebagai Ketua Jurulatih sementara. Bermakna Azrai digantung tugasnya sebagai Jurulatih Perak. Ada sesapa boleh bagi sedikit latar belakang mengenai Jurulatih sementara kita ini. Apa track recod dia dan berasal dari negara mana. Atas dasar apa beliau ni dilantik. Esuk nampak tak sesuai aja, beliau disingkirkan. Nanti dikatakan le PAFA ni buat kerja 'macam terjun pulak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. eg

    Patutnya bukan saja pegawai dan pemain yg di siasat. Pengurus sampai la ke pembancuh air pun kena disiasat. Dalam keadaan ini, pengurus dulu patut letak jawatan. Ada yg tertanya, dimana pengurus masa Perak lawan Sarawak aritu. Nak cuci tangan la tu. Inilah jadinya kalau orang politik terlibat dengan sukan. Semua tindak tanduk untuk sendiri punya politik. Kalau juara, sendiri punya nama naik. Kalau kalah orang lain punya nama naik. Ptuiii!!!!! LETAK JAWATAN LA BRO. LU SUDAH GAGAL.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB

    Salam semua,

    Malas nak berhujah panjang lebar, teman tujukan LAGU neh pada pihak yang merasa diri deme tu pihak pengurusan bolasepak Perak. Kalau rasa tak paham carilah orang bijak pandai macam A.Samad Said tu tolong tafsir. Ini je sesuai untuk kome di PAFA nun.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Teman Tolong Tambah. Kalau Tak Faham Gak Tak Tau le:

      Ada teratak di hujung kampung
      Bawah cermin kopak ada kotak
      Tersembunyi dalamnya ada tempurung
      Sembunyi bawahnya katak melalak

      Atur sepuluh daktil batal yang batil
      Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
      Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
      Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
      Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
      Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
      Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
      Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
      Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
      Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
      Halusinasi susuli ketandusan ihsan
      Ubat parut auditori kesan artileri insan
      Gagal dikesan

      Aku maafkan kamu
      Tak perlu kita bertemu
      Cukup kau tahu
      Yang aku
      Maafkan kamu
      Tolong teruskan hidup
      Jangan sebut namaku

      Timbul tenggelam, timbul tenggelam
      Acapkali terpendam, acapkali tersergam
      Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
      Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
      Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
      Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
      Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
      Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
      Maafkan mereka, mereka tidak tahu
      Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
      Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
      Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
      Maafkan mereka, mereka tiada nilai
      Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
      Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
      Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

      Atas kepala murai sekawan
      Baling ku ramit kucup lehernya
      Terlalu rahi dendam di angan
      Sampai terkacip mulut mahirnya

      Aku maafkan kamu
      Tak perlu kita bertemu
      Cukup kau tahu
      Yang aku
      Maafkan kamu
      Tolong teruskan hidup
      Jangan sebut namaku

      Jangan ahli sihir seru nama maharaja
      Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
      Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
      Kalau terpelajar sila guna hak miranda
      Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
      Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
      Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
      Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

      (Alif)
      Ada teratak di hujung kampung
      (Ba)
      Bawah cermin kopak ada kotak
      (Ta)
      Tersembunyi dalamnya ada tempurung
      Sembunyi bawahnya katak melalak

      Ada teratak di hujung kampung
      Bawah cermin kopak ada kotak
      Tersembunyi dalamnya ada tempurung
      Sembunyi bawahnya katak melalak

      Aku maafkan kamu
      Tak perlu kita bertemu
      Cukup kau tahu
      Yang aku
      Maafkan kamu
      Tolong teruskan hidup
      Jangan sebut namaku

      Ada teratak di hujung kampung
      Bawah cermin kopak ada kotak
      Tersembunyi dalamnya ada tempurung
      Sembunyi bawahnya katak melalak

      Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. Jasbisa

    Salam semua, inilah jadinya apabila kita melantik org yg bukan ahlinya. Kejayaan sesebuah organisasi terletak pada pengurusannya. Jika pengurusan itu baik, insyaallah pasukan jadi baik. Jika tidak jadilah sebaliknya. teman sudah katakan sebelum ini, pengurusan menyumbang 80% kpd kejayaan pasukan. Jurulatih dan pemain hanya menyumbang 20% kejayaan. Begitu juga dgn negara kita, sekiranya baik pemimpin (pengurusan) di atas, maka baiklah yg di bawah. Sekiranya mereka ada maruah, lepaskanlah jawatan tersebut dan berikan kpd mereka yang berkelayakan. Sudah sudah cukup sudah, jawatan itu bukanlah tempat utk mengumpul harta kekayaan tetapi ia satu amanah. Rindukan pasukan Perak zaman 80an-90an dulu. Perak mantap di setiap posisi. Tapi kini lebur dek kerana kelemahan pengurusan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. malayneum

    dah terang n nampak siang2 hari ni lagi nak pakai lampu suluh....tarik diri je senang..harta bukan bleh bawak ke kubur pun...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.