Info SDN | Pengurusan PAFA | Makin Maju Atau Mundur?

SDN cuba menyingkap kembali sejarah pengurusan Perak FA yang termampu digali untuk tatapan semua penyokong setia Perak. Berikut Adalah Senarai Pengurus dan Jurulatih Perak dari tahun 1992 hingga 2013:

Tahun
Nama Pengurus
Jurulatih
Kejuaraan Liga/Piala
1992-1993Dr Safri Haji Nawawi Chan Sze Onn, Milous KvacekTiada
1998-2000Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji OmarKarl Heinz Weigang, Chow Kwai Lam (1999), Torsten Spittler (2000)2 x Piala Malaysia dan 1 x Piala Sumbangsih
2001-2006Dato' Jamal Nasir Haji RasdiToni Netto (2002-2005), Steve Darby (2005-2008)2 x Liga Malaysia, 1 x Piala Malaysia, 1 x Piala FA
2007-2008 Datuk Mohammed Mahiyuddin AbdullahSteve Darby 2005-2008)2 x Piala Sumbangsih
2008-2010 Ustaz Nor Azli MusaDato' M. Karathu (2009-2010), YM Raja Azlan Shah Raja So'ib (2010-2011)Tiada
2011-2013 Khairul Azwan Dato' HarunYM Raja Azlan Shah Raja So'ib (2010-2011), Tuan Haji Norizan Bakar (2011-2012), Jang Jung (2012), Mohd Azraai Khor Abdullah (2012-Sekarang)Tiada

Secara keseluruhannya, sememangnya Perak agak cemerlang sejak dahulu tetapi tidak konsisten selepas 1992 hinggalah sekarang. Jika diperhatikan rekod kejuaraan, Perak FA semakin kebelakang. Banyak membuang masa, wang dan tenaga menukar pemain import, jurulatih tetapi hasilnya ‘ZERO’.

Sebagai sebuah badan pengurusan profasional, pelbagai aspek perlu dititik beratkan. Setiap perkara perlu di kelaskan keutamaannya. Tetapi, tahun ini adalah tahun yang amat mengecewakan. Banyak kegagalan yang berlaku. Gagal melancarkan Jersi, gagal umumkan KPI tahunan, gagal mendapatkan import terbaik (dapat pun dihujung liga, membazir) dan pelbagai lagi.

Suara penyokong ibarat tiada gunanya. Penyokong seolah-olah diperbodohkan dengan janji-janji palsu yang sudah diramal.

Terbaru, pengurusan sekali lagi bertindak ‘bijak’ menggantung pemain tanpa sebarang perbincangan dengan jurulatih dan pemain. Menjadi tanda tanya, apakah jenis hubungan pengurus dan pemain? Adakah antara majikan dan pekerja? Balaci? Kuli? Atau sebagai rakan sekerja? Atau kawan?

Tertanya-tanya juga corak pengurusan yang ditampilkan selama ini atau ‘Management Style’ yang diamalkan. Secara lojiknya memang tiada langsung patent yang diamalkan kerana perkara yang remeh pun terlepas pandang.

Jika saudara-saudari ada pandangan yang lebih jitu, SDN mengalu-alukan dan akan dipanjangkan ke pihak yang berkenaan. Tidak kiralah mereka suka atau tidak, kerana pengurusan yang baik akan sentiasa menerima kritikan untuk menambah baik organisasi dan sentiasa menanti teguran untuk kemajuan bersama.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Info SDN, Umum and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

9 thoughts on “Info SDN | Pengurusan PAFA | Makin Maju Atau Mundur?

  1. Jaji

    Komen teman ni tiada kaitan langsung dengan artikel yang disediakan oleh Saudara Shidi seperti di atas. Cuma teman teringat zaman kanak-kanak dahulu. Dr Safri Nawawi tu sebenarnya classmate teman waktu sekolah rendah dahulu di Sultan Yussuf Primary School, Batu Gajah, Perak. Masa tu beliau pandai bebenor dalam kelas hingga ada cikgu mengatakan yang dia tu bakal menggantikan Perdana Menteri yang ada, Tengku Abdul Rahman.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. orangkuale

      Disebabkan teman bukannye kenal sgt org2 pengurusan jadi susoh utk teman ngomen tapi teman ada beberapa persoalan yg bermain dlm kepale otok teman..
      1) Pengurus kite sekarang ni mmg ada 'passion' ke utk jd pengurus bola Perak atau lantikan politik semata2 ?
      2) Ada masalah ke antara coach dan pemain serta pengurusan? sehinggakan coach Azrai buat statement dlm surat kabor yg pemain senior x nok ikut taktikal dia? Pemain x dpt gaji atau bonus ke?
      3)Sape sebenornye yg pilih pemain import?Knp bukan coach yg pilih???

      Cadangan teman
      1) Lantik pengurus yg benor2 nak tengok bola sepak Perak maju dan berjaya
      2)Bior coach yg milih pemain import
      3)Suntikan kewangan perlu ada..nengok JDT dan Pahang..sokongan kewangan dari kerabat raja maksud teman duit tu penting..Kelantan dah established
      4)Pemain piala Presiden kita yg berbakat tu serapkan jd pemain utama
      5)Buat persediaan player kita dari awal

      Kalaula hasil siasatan polis dan sprm mengatakan xde rasuah..hah apecite..maknanya team perok memang laukle jawabnye..xpe game tahun ni dah jadi sejarah..jadikan teladan..utk tahun depan persiapkan diri dari sekarang! ayuh kome..kejor yob kejor

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Salam. Apa yang teman nampak dalam cadangan mike tu semuanya memerlukan pengurusan yang mantap. Sebab kalau bab pilih pemain dan coach , itu adalah bidang kuasa yang diperturunkan kepada pengurus oleh presiden. Lainla kalau presiden nak pilih sendiri guna kuasa vetonya.

        Dana pula bergantung kepada kebijaksanaan pengurusan Pafa melobi mencari penaja. Tapi kalau tim rupe ini teman kalau mampu pun tak mau taja, rugi.

        Untuk musim ni, pemain pengurusan tentukan, coach sampai pemain dah ada. Coach terlibat masa pilih Paolo je. Kita ramai yang ada pengalaman dalam pengurusan tim, harap2 deme naik la musim depan.

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. YB

    Berikut senarai head coach yang dilantik sahaja dan bukan yang jadi caretaker semata2. Maklumat sangat sahih dan bukan berdasarkan wikipedia, makdia, anakdia atau pakdia. Perkongsian maklumat bersama. TQ.

    1989 - M. Karathu
    1990 - M. Karathu
    1991 - Marco Bilic
    1992 - Chan Sze Onn
    1993 - Milous Kvacek
    1994 - Milous Kvacek
    1995 - Ken Shellito
    1996 - K.Shellito / Weigang
    1997 - Weigang
    1998 - Weigang
    1999 - Weigang
    2000 - T. Spittler / Weigang
    2001 - Weigang/Karathu
    2002 - Toni Netto
    2003 - Toni Netto
    2004 - Toni Netto
    2005 - Toni Netto
    2006 - Steve Darby
    2007 - Steve Darby
    2008 - Steve Darby
    2009 - M. Karathu
    2010 - Raja Azlan Shah
    2011 - Norizan Bakar
    2012 - Norizan / Jang Jung
    2013 - Azrai Khor

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. eg

    Tuan Syidi, teman setuju sesangat cadangan dari 'orangkuale'. Cuma teman nak tambah sikit. Pengurus pasukan biarlah dipegang oleh orang luar. Bukannya orang dalam persatuan sendiri. Susah nak buat kerja. Bayangkan berani ke Azraai kata tidak jika Pengurus merangkap timbalan presiden mahukan pemain tertentu main atau kata player yg dipilih tidak cukup kualiti atau player yg dipilih tidak mengikut citarasa permainan AKA. Seorang pengurus pasukan perlu tahu apa tugas-tugas sebagai pengurus pasukan. sentiasa bersama-sama dengan team. sentiasa turun padang. Dengan itu sebarang masaalah yg timbul boleh dipanjang kan ke pihak pengurusan. Tambahan pula, jika pengurus terdiri dari orang luar senang untuk diletakkan KPI. Kejayaan atau kemerosotan pasukan, pengurus juga kena dipertanggungjawabkan.

    Dari segi pemilihan pemain, difahamkan PAFA ada panel pemilihan pemainnya sendiri. Untuk musim 2013, jika kualiti dan prestasi pemain diambil kira, teman boleh katakan, orang yg duduk dalam panel pemilihan tu hampehh. Mungkin dulunya mereka ni player (ex player). Tapi tak bermakna jika anda seorang player, anda boleh menilai player yg lain. Seharusnya, dalam soal pemilihan pemain, ketua jurulatih, pengurus dan panel pemilih duduk semeja berbincang player yg macam mana hendak dipilih mengikut citarasa coach sebab coach yg akan menentukan corak permainan/strategi sesebuah pasukan . Bukannya coach orang terakhir dibawa masuk dalam team. Apa yg dia boleh buat, terima aje dengan apa yg ada.

    Cukuplah setakat tu. kalau ikutkan banyak lg nak luahkan. Tapi sia-sia umpama 'Anjing Menyalak Bukit' je kita ni. Admin fikirkanlah sesuatu agar seladang.net dikenali ramai penyokong-penyokong bolasepak Perak amnya dan pengurusan PAFA khususnya. Sekian..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. razlan

      Assalamualaikum Yob and Yongs semua,

      Maksud 'orang luar' mike tu macam mana? Adakah luar PAFA atau luar dari pengurusan PAFA?

      Bagi teman yang terbaik adalah pengurus professional iaitu fulltime dan 100% beri tumpuan kepada pasukan. Pengurus tu takde business lain, takde jawatan lain dan PALING PENTING, takde kepentingan lain terutamanya POLITIK.

      PB Negeri pula kena 'revamp' dan bukan dipegang oleh pemerintah yang berkuasa. Teman ingat lagi semasa terlibat dengan sesi brainstorming Liga Malaysia 2010 yg dianjurkan oleh FAM, semasa perbahasan cara untuk meningkatkan mutu bolasepak negara, Tan Sri Annuar Musa memberikan idea drastik agar PB Negeri dibubarkan dan Kelab Bolasepak atau FC ditubuhkan berdasarkan bandar/daerah/syarikat. Banyak liga professional yg menggunakan format ini (hanya Malaysia satu-satunya liga bolasepak yang berdasarkan negeri). FC pastinya ada SOP dan KPI yang ditentukan oleh lembaga pengarah, sama seperti syarikat sendirian berhad atau berhad - tak perform kena letak jawatan. Tapi tak ada siapa yang menyokong melainkan teman. Hakikatnya selagi dalam FA Malaysia (kita sedia maklum ahli EXCO datang dari PB Negeri) tidak mahu berubah, kita akan sentiasa berada di takuk lama - bukan sahaja untuk bolasepak tapi untuk semua sukan di Malaysia.

      Razlan Hashim
      sportsmalaysia

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. helmirizal

    ternyata pengurusan yang ada sekarang perlu dirombak....pengurus pasukan sekarang dilihat kurang berminat dalam bolasepak

    beri peluang kepada yang betul sayang dan minat bola sepak dan ada keinginan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak perak

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.