Preview | Kumpulan D Piala Malaysia 2013 | Sarawak dan Kedah

Musim 2013 adalah musim gemilang buat Sarawak, apabila mereka dilihat mudah menjinakkan semua lawan mereka dengan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan Liga Premier 2013 sekali gus dinobakan selaku Juara Liga Premier 2013.

Rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan sebelum ini cukup untuk menggambarkan sejauh mana kekuatan mereka. Biarpun disingkirkan dalam saingan Piala FA oleh Kelantan tetapi pencapaian mereka boleh dikatakan yang terbaik kerana berjaya melangkah ke Suku Akhir.

Ini adalah hasil titik peluh sepasukan yang jitu sambil dibantu Jurulatih berpengalaman Robert Albert yang cukup sinonim dengan bolasepak di Malaysia. Impian Piala Malaysia 2013 tentulah menggunung tinggi dikala moral pasukan ditahap terbaik dan barisan para pemain yang berkualiti.

Kedah, pasukan yang agak tenggelam sejak dua menjak ini dan sebelum ini dirundung pelbagai spekulasi dalaman. Tetapi, diberitakan sejak perlantikan Presiden baharu mereka seolah-olah mendapat tonik tambahan untuk meledak dalam saingan Piala Malaysia edisi kali ini.

Pasukan yang pernah menjuarai treble musim 2007/2008 ini masih mengekalkan muka-muka lama yang pernah menjulang skuad kenari ini suatu masa dulu. Dikhabarkan, mereka memiliki bakat muda yang berpotensi tinggi untuk diketengahkan dan bakal menjadi senjata sulit mereka. Menamatkan Liga ditangga ke 4 musim ini mungkin agak mengecewakan para penyokong Hijau Kuning tetapi mereka amat mengharapkan Piala Malaysia boleh menjadi pengubat musim 2013 ini.

Kehadiran semula import kesayangan mereka yang juga penyumbang treble 5 tahun lalu iaitu Nelson Sam Martin menyemarakkan lagi semangat sepasukan dan ditambah dengan bisa Alen Guc pemain kelahiran Croatia yang kini meledakkan gol dalam setiap siri persahabatan dilihat bakal menjadi ancaman utama kepada pertahanan lawan.

Dengan merekodkan 13 menang, 3 seri dan 6 kekalahan dalam Liga Premier 2013 dilihat agak baik jika dihitung di atas kertas. Semestinya mereka cuba mengulangi pencapaian Piala FA lalu apabila hanya dinafikan Darul Takzim FC dalam aksi Suku Akhir menerusi sepakan penalti.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga pasukan dalam kumpulan ini amat sukar buat Perak kerana mereka memiliki rekod yang baik sedangkan Perak sekadar mengharapkan keajaiban untuk menafikan kemaraan ketiga-tiga pasukan ini. Admin sukar meramalkan sejauh mana Perak mampu bersaing dan hanya mengharapkan sesuatu berlaku dalam pasukan pada perlawanan pertama yang akan menentukan nasib kita dalam Piala Malaysia tahun ini.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Preview | Kumpulan D Piala Malaysia 2013 | Sarawak dan Kedah

  1. cer7

    selamat hari raye yob sume... InsyaAllah perak ke quarter dgn lion sebab rangel akan skor hetrik tiap2 game nanti (penyedap hati)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam Aidilfitri. Yob, atas kertas memang kita corok sekarang ni. Tapi, teman cuba bayangkan kalau teman yang main dalam team Perak sekarang ni, memang tiada tekanan langsung sebab kita dipandang sepi oleh media tempatan. Bukan pasukan pilihan pun. Yang penting tiada tekanan.

      Dengan syarat, pemain perform kaw2 buat yang terbaik, in sha Allah, boleh buat kejutan. Azraai Khor rasanya tiada masalah, cuma pemain je sekarang ni yang merisaukan teman. Kalau nengok gaya permainan lepas, pemain tak ikut percaturan sebenarnya. Gagal melaksanakan sepenuhnya gaya yang Azraai terapkan. sebabnya, Azraai terpaksa polish pemain sedia ada dan pemain berusaha nak sesuaikan gaya Azraai ni. Kena pemain yang mangkor, degil , tengin apa nak buat? Terpaksalah, itu je yang Azraai ada, PAFA yang pilih player..Betul tak?

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Teman tengok cara para pemain Perak bermain macam ada yang tak kena aja. Mungkin ada masalah dalaman yang dah lama menular. Deme bawak bola ke kawasan gol, tapi tak mahu bersungguh-sungguh untuk jaringkan gol. Banyak berlaku keadaan yang wajib gol tapi tak gol. Antara masalah yang teman dapat teka di sini ialah mungkin gaji rendah berbanding dengan pemain lain, mungkin permintaan deme tak ditunaikan, mungkin kebajikan tidak berapa dijaga, mungkin, mungkin dan berbagai kemungkinan yang pihak pengurusan boleh korek-korek tengok.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam Saudara Jaji. Salam Aidil fitri Maaf zahir batin. Macam teman bagitau dulu tapi secara berkias la, tapi sekarang nak berterus terang sekarang ni. Dalam team Perak ada virus setting. Kalau tanya teman sape? Wallahuaqlam. Dalam setiap posisi at least ada sorang setiap game akan setting game. Tu la sebab sebenarnya. Nak tuduh tak dak bukti. Tapi nak tipu agak2 la, penyokong bukannya bodoh. Tengok pun tau.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.