Piala Malaysia 2013 | Perak vs Sarawak (result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 20 Ogos 2013
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Sarawak

Tahniah. Misi penugasan pertama Mohd Azraai Khor dan anak-anak buahnya berjaya. Lebih bermakna lagi dikala di dalam perlawanan lain Kumpulan D, Lions XII dan Kedah sekadar berkongsi mata setelah seri 2-2 di Jalan Besar. Kini Perak menerajui Kumpulan D dengan 3 mata.

Pada perlawanan semalam, Sarawak secara peribadinya mencari kemenangan di Ipoh setelah sekian lama gagal berbuat demikian. Mereka dilihat berjaya pada awalnya apabila berjaya menjaringkan gol pembukaan di minit ke 32 menerusi ketua pasukan mereka iaitu Joseph Kalang Tei yang melepas rembatan deras ke arah muka gol Perak.

Babak kedua, Sarawak cuba mengekalkan penguasaan tetapi di minit ke 65 akhirnya Perak berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila Paolo Rangel bijak menyudahkan hantaran Sharulnizam Mustafa menerusi sepakan percuma dengan satu tandukan menarik menewaskan penjaga gawang Sarawak.

Selepas itu, Perak lihat semakin bersemangat untuk mencari gol kemenangan dan sekali lagi Paolo Rangel menjadi duri dalam daging buat pertahanan Sarawak apabila menanduk masuk hantaran lambung Ketua Pasukan untuk kesekian kalinya sekali gus meletakkan Perak di depan 2-1.

Dengan kemenangan ini, Perak menerajui takhta Kumpulan D ketika ini namun perjalanan masih jauh. Kedah, dianggap berjaya semalam di Jalan Besar apabila mengikat tuan rumah di laman keramat mereka. Selepas ini, Skuad Kenari menanti kita di Alor Setar untuk perlawanan seterusnya.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Perak vs Sarawak (result)

  1. nuarkama

    Tahniah perak kerana bermula dengan langkah kanan..biarpun menang tipis yang penting 3 mata dalam genggaman. Jadikan kemenangan ni sebagai semangat untuk berjumpa dengan Kedah di Darulaman. Baik kita bersedia untuk mencatat semua kemenangan sebelum perlawanan timbal balik di pusingan kedua nanti untuk layak automatik. Tak perlu harap keputusan perlawanan lain untuk layak ke suku akhir macam tahun yang lepas-lepas.lama dah team kita tak ke suku akhir Piala Malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    langkah kanan....3 mata berjaya dikutip pada perlawanan pertama....barisan yang diturunkan semalam boleh dipuji dengan gandingan pemain muda dan pemain senior walaupun perak ketinggalan pada separuh masa pertama akibat perangkap offsaid yang tidak berjaya namun perak berjaya bangkit pada separuh kedua dan menghasilkan 2 gol dari penyerang import sensasi poulo rangel

    diharapkan momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada baki saingan peringkat kumpulan dan membawa perak ke suku akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir di shah alam nanti

    teman yakin perak mampu melakukan kejutan pada saingan piala malaysia kali ini biar pun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan....pemain dan pengurusan serta kejurulatihan haruslah bersama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan untuk pasukan disamping sokongan penyokong dan peminat bola sepak perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Teman ada di stadium malam tadi. Ketika Perak ketinggalan 1 - 0 di separuh pertama, hati teman berdebor-debor bebenor. Mungkin ke Perak kalah di laman sendiri. Tambahan pulak si refree tu tak berapa tepat tindakannya sampai diberikannya pemain Perak sebanyak 6 kad kunin termasuk penjaga gol, Paulo Rangel dan pertgahanan import kita tu. Situasi itu membuatkan para penyokong melepaskan geram dengan membakar mercun berdentum detam hingga permainan terpaksa dihentikan selama 16 minit sebaik saja Perak menjaringkan gol penyamaan. Pemberhentian itu tidak merencat serangan Perak. Malah sebaik saja perlawanan dimulakan semula, Perak terus mengasak dan akhirnya Paulo Rangel sekali menyudahkan tandukan ke gawang gol hasil hantara oleh Ketua Pasukan, Arul. Teman lihat Arul malam tu menjadi betul permainannya. Dia sangat rajin dan tidak membuat silap. Semua tendakan sudut dia yang mengambilnya. Lambungannya juga memudahkan striker Perak menjaringkan gol.

    Dari sudut yang lain, pada peringkat ini ada benarnya seperti kata pengulas Astro Arena bahawa Sarawak dan Perak yang akan menempah atiket ke peringkat Suku Akhir. Pada perlawanan kedua nantu, jika Perak berjaya menewaskan Kedah dan Sarawak pula mampu menumbangkan Lion XII di Kucing, semakin jelas le Sarawak dengan Perak akan mewakili Kumpulan D ke peringkat seterusnya. Apa-apa pun perlawanan baru saja bermula dan macam-macam boleh terjadi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. eg

    Tahniah.... harap-harap menang semua game. jangan jadi jaguh kampong dan hangat-hangat tahi ayam dah le, macam awal musim liga dulu.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.