Piala Malaysia 2013 | Perak vs Sarawak (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 20 Ogos 2013
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Persaingan merebut trofi teragung bolasepak Malaysia kini bermula. Sarawak akan ke Ipoh untuk perlawanan pertama Piala Malaysia 2013. Skuad Bujang Senang ini dilihat cukup bersemangat selepas menjulang kejuaraan Liga Premier musim ini dengan rekod tanpa kekalahan.

Namun begitu, jika dilihat rekod pertemuan sebelum ini, Sarawak tidak pernah menang di Ipoh. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertarung di Ipoh adalah pada 8 Feb 2012 yang mana ketika itu Perak menang dengan 2-1 hasil jaringan Michal Kubala dan Fahrul Razi Kamaruddin. Manakala kejayaan dengan jaringan terbesar adalah pada musim 2007/2008 dengan jaringan 5-0.

Itu cerita lama. Rekod-rekod ini hanya rujukan sebagai peransang yang boleh menjadi titik tolak samada mahu lakukan yang terbaik atau sebaliknya.

Sarawak bukan lagi belasahan? Adakah mereka hanya mampu menunjukkan taring dalam Liga Premier? Adakah stigma pasukan Liga Super dan Liga Premier berbeza kekuatannya boleh digunapakai?

Dalam keadaan ini, seharusnya perkara-perkara sebegitu dilupakan. Perlu diingat, kita bertemu pasukan Juara. Jika menjadi juara tidak kiralah apa jua kejuaraan sudah semestinya tahap semangat, fokus dan segalanya berada dikemuncaknya. Kelebihan Perak ketika ini hanyalah IPOH. Keramat stadium ini ditagih untuk mengecewakan Bujang Senang untuk ke sekian kalinya.

Berwaspada dengan kelincahan Joseph Kalang Tei, Junior Estdal, Guy Bwele, Muamer Salibasic dan ketajaman Bobby Gonzales. Untuk kali ini Ashri Chucu mungkin tidak dapat beraksi yang juga pemain yang perlu diberi perhatian. Di gawang Sarawak Robert Alberts memiliki Sani Anuar Kamsani dan Saiful Amar Sudar.

Perak wajib menang dalam perlawanan ini yang akan menjadi pembakar semangat untuk meneruskan misi kejuaraan kali ini. Jika tewas atau seri, sudah semestinya suasana dalam pasukan turut berubah sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi aksi seterusnya.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

4 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Perak vs Sarawak (preview)

  1. Jaji

    Teman sangat berharap dan turut berdoa agar pasukan kesayangan teman, Perak dapat mengalahkan Sarawak di Ipoh dan sekali gus meranapkan rekod tanpa kalah Sarawak tahun 2013 ini. Kalau itu dapat dilakukan, percayalah, Perak akan melangkah jauh dalam kancah bolasepak Piala Malaysia tahun 2013 ini. Kalau itu juga dapat dilakukan, maka para peminat dan penyokong Perak akan bertambah yakin yang Perak akan masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini (berangan bukannya kena bayar pun). Tambah-tambah pulak venue perlawanan akhir telah diubah ke Stadium Shah Alam, stadium di mana Perak menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2 - 0 pada tahun 2000 (kalau tak silap le)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      Tak terlambat lagi rasanya untuk teman ngucapkan Selamat Hari Raya,Maaf fizikal&Spiritual..

      Jika diambilkira rekod serawak dalam Primier League memang rekod tanpa kalah deme kita dah Xboleh nak ubah.Deme dah deserve dengan result tu.Jika nak hitung kira game deme dalam season 2013 ni.deme dah peronahpun kalah sekali masa game timbal balik kedua di Kuching pada kelantan.So deme bukanlah kereta Kebal sangatpun.kurang lebih macam "ADNAN"jepon.So misi malam besok harus lebih tertumpu pada collect 3point dan bukan sekadar collect point.

      Harapan teman,Perak akan terus maju kehadapan.bukan Perut tapi prestasi deme.CHAIYOK..."NGAP SAYOK"

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    mudah-mudahan persembahan perak dalam piala malaysia kali ini lebih baik dari yang di pamerkan dalam saingan liga super....perlawanan pembuka tirai esok amatlah penting untuk perak...3 mata haruslah dikutip sebagai pembakar semangat dan membuka ruang untuk perak ke suku akhir

    diharapkan percaturan strategi perak malam esok akan berhasil...insyallah 3 mata milik perak esok

    ramalan teman perak menang 1-0 (poulo rangel skor)

    barisan pilihan teman

    farizal marlias
    mohd nor hazrul
    shazwan roslan
    shahrom kalam
    rafael
    yoganathan
    norhakim
    chanturu
    rafiuddin
    poulo rangel
    azlan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.