Piala Malaysia 2013 | Perak vs Lions XII (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 27 Ogos 2013
Stadium Perak, Ipoh
8.45 Malam

Pelbagai kemungkinan boleh diramalkan dalam perlawanan ketiga bagi kedua-dua pasukan Selasa nanti. Status atau kedudukan kedua-dua pasukan kini dilihat agak berbeza. Lions XII selaku Juara Liga Super 2013 sememangnya sebuah pasukan yang sempurna disegenap posisi dan memiliki mutu persembahan yang mantap sebelum ini, tetapi kini mereka bergelut untuk mencari mata berharga demi mengubah nasib dalam merebut piala berprestij ini.

Bagi Perak mudah, setiap perlawanan dihadapi dengan seperti ianya kali pertama dan sama pentingnya. Menang ke atas Sarawak minggu lalu mencetuskan aura tersendiri namun sedikit tercalar di Alor Setar Sabtu lalu apabila diikat 1-1 di minit-minit akhir permainan biarpun Perak dikatakan berhak membawa pulang 3 mata ketika itu.

Perak amat memerlukan tiga mata Selasa nanti. Begitu juga Lions XII yang kini menghuni tangga tercorot Kumpulan D amat menagih 3 mata di Ipoh untuk memastikan mereka terus berada dalam cabaran ini. Perak yang tampil dengan penjiwaan permainan yang baharu mempamerkan konsistensi hasil sentuhan Azraai Khor yang mempertaruhkan gandingan lama dan baru menghasilkan impak yang cukup berkesan terutama di jentera tengah dan serangan.

Dalam perlawanan lalu, Perak berjaya menguasai permainan dengan baik cuma agak sukar menjaringkan apabila Paolo Rangel dikawal rapi dan mujur anak muda Perak Khairul Asyraf Sahizah tampil membantu dengan jaringan yang cukup bermakna.

Dalam perlawanan menentang Lions XII nanti, Azraai Khor seharusnya memiliki ramuan ampuh untuk meraih 3 mata dan memperbaiki kelemahan lalu yang hanya mampu seri dengan Lions XII di Ipoh dalam pertemuan kedua mereka musim Liga Super yang lalu. Kesempatan bermain di laman sendiri seharusnya dipergunakan sebaiknya kerana nanti di Jalan Besar sudah semestinya Lions XII akan berhabis-habisan menggunakan kelebihan itu untuk menafikan 3 mata untuk lawan mereka.

Dua perlawanan lalu, Perak mempamerkan aksi yang baik dan diharapkan, perlawanan ketiga ini menjadi lebih baik daripada sebelumnya sambil mengekalkan pemain yang beraksi cemerlang untuk mengekalkan tempo permainan seperti sebelumnya. Perak mampu membuat kejutan seperti mana pasukan-pasukan kerdil lain. Tiada yang mustahil. Tumpuan yang jitu dan fokus yang mantap akan menghasilkan keputusan yang sepatutnya diperoleh.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Perak vs Lions XII (preview)

  1. helmirizal

    misi untuk menumpaskan lionsxii di ipoh esok, untuk mencerahkan peluang perak mara ke suku akhir

    gandingan pemain muda dan senior harus terus dikekalkan pada malam esok, perak mampu menewaskan lions xii esok seperti yang dilakukan sarawak

    mari penuhkan stadium keramat kita esok, ipoh mali talak sombong

    ramalan teman perak menang 2-0

    barisan kemungkinan
    farizal marlias
    shahrom kalam
    rafael
    thirumurugan
    mohd nor hazrul
    shahrulnizam
    norhakim
    yoganathan
    chanturu
    khairul asyraf
    poulo rangel

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Sepertimana yang semua orang tahu, Lion XII bagus mengambil tendangan percuma di luar kawasan penalti. Boleh dikatakan 85% free kick macam tu deme bagi masuk gol. Jadi para pemain Perak tolong le elakkan membuat kekasaran di luar kotak penalti untuk memberi tendangan percuma kepada Lion XII. Lagi satu jangan le asyik mengangkat tangan mengatakan pemain lawan dalam keadaan off side. Mustahil linesman atau refree endak setuju dengan angkat tangan kita tu. Tau le deme tugas deme untuk tentukan sama seseorang pemain tu off side ke tidak. Tak payah le kita menentukan. Dalam kita mengangkat tangan tu, pemain lawan dah mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol macam apa yang berlaku semasa bertemu dengan Sarawak di Ipoh Selasa sudah. Kalau tak silap teman si Thiru yang buat macam tu.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.