Piala Malaysia 2013 | Perak vs Lions XII (result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Selasa, 27 Ogos 2013
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Lions XII

Tahniah! Momentum kemenangan di teruskan di laman keramat Perak selepas berjaya menundukkan Juara Liga Super 2013 Lions XII 1-0.

Gol Perak adalah disumbangkan oleh pasangan Paolo Rangel iaitu Azlan Ismail yang menolak mudah bola ke gawang minit ke 10 permainan.

Berikut Adalah Statistik Perlawanan:

Perak                     Lions XII
42%     Penguasaan         58%
8         Cubaan               7
3         Cubaan Tepat      2
1         Ofsaid                3
2         Sepakan Penjuru 9
2         Diselamatkan      2
12       Kekasaran        15
2         Kad Kuning         2
0         Kad Merah          0

Sumber: AstroArena

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Perak vs Lions XII (result)

  1. helmirizal

    tahniah perak, peluang ke suku akhir semakin cerah, baki 3 perlawanan diharapkan perak mampu mengekalkan rekod tanpa kalah..

    insyallah perak mampu ke perlawanan akhir piala malaysia tahun ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. saidin

    tahniah atas kemenangan....tapi teman kecewa dengan corak permainan yang ditampilkan oleh barisan pemain pemain Perak yang boleh dianggap gagal....

    Kerap kali bermain secara lambung seperti diera kendalian Cikgu Jan Lambung, gagal melakukan hantaran yang berkesan,kerap kali berada di kedudukan tidak tepat untuk menerima dan menghantar bola, kerap sangat melaksanakan hantaran lambung dengan secara membias.

    Pertahanan kerap kali membiarkan bola hantaran lambung yang dilakukan oleh pasukan lawan dan mampu untuk membawa padah kepada pasukan sendiri. Farizal marlias perlu lebih alert untuk menangkap bola kerana kerap kali menangkap bola dengan longlai sehingga mudah terlepas dari dakapan.....

    untuk next match di jalan besar singapura andai pasukan Perak teruskan aksi sedemikian jangan harap nak menang........bermain diatas padang tiruan akan lebih banyak padah yang diterima.....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Pada teman, level kita patutnya kita fikirkan menang kalah tu sudah cukup. Result positif dah kira ok. Patent corak permainan era baharu ni semakin berkembang.

      Kadang2 main hampeh, tapi setiap peluang dimanfaatkan dengan gol dan menang. So, biarlah coach je fikir benda2 taktikal. Jemu dah mikir, komen, tapi masih macam th gak

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Ada benornya juga cakap teman semalam. Para pemain perak jangan benorkan pasukan Lion XII mendapat free kick di luar kotak penalti Perak. Malam tadi tak satu pun Lion mendapat free kick dekat dengan kotak penalti Perak. Kalau ada pun, terlalu jauh dari kotak tu. Peluang Lion ni nak menang hanya dua cara tu aja. Satu tendakan percuma di luar kotak penalti lawan dan satu lagi bermain di padang tiruan deme di Jalan Besor, Kalau kedua-dua ni dapat diatasi, ate Lion ditunjukkan jalan keluor dan 'selamat tinggai Piala Malaysia 2013'. Teman ingatkan selepas gol pertama yang ditolak masuk oleh si Ajlan tu, ate berbakoi le golnya. Rupa-rupanya itu le gol tunggal malam tu. Berdebor teman nak nunggu tiupan wisel penamat oleh pengadil.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jaji

    Takdrinya Perak akan masuk peringkat Separuh Akhir, teman rasa elok kita bertemu dengan JDT. Ini kerana JDT sejak kebelakangan ini menghadapi berbagai masalah sehingga pihak pengurusan hampir-hampir mengangkat bendera putih setelah melihat pasukan ini kalah pada perlawanan pertama kepada PKNS. PKNS pulak dilihat lebih gagah dalam kempen Piala Mlaysia berbanding dengan perlawanan Liga Super yang baru berakhir.

    Sampai di satu peringkat, mereka dah berkira-kira untuk mengambil pemain dan Jurulatih dari Spanyol untuk tahun 2014. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai harapan yang tinggi dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      masalahnya dari sembang bookie2 di tenet sibuk nak menangkan jdt utk piala malaysia 2013 neh ater kalau perak jumpa jdt awal pakat leboh ler perak melingkup...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        kalau gitu la ceritanya...apa lagi moh la wei kita gantung banner this year champion Malaysia cup from bookie

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.