Piala Malaysia 2013 | Lions XII vs Perak (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Sabtu, 31 Ogos 2013
Stadium Jalan Besar, Singapura
7.45 Malam

(LIVE ON ASTRO ARENA CH 802)

Fasa Kedua bakal bermula Sabtu nanti. Perak bakal membuat perhitungan sekali lagi dengan Lions XII yang kecundang Selasa lalu di Ipoh. Lions XII yang masih tercari-cari rentak untuk meraih 3 mata dijangka akan memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri untuk memperbaiki kedudukan.

Perak yang kini mengungguli carta Kumpulan D perlu mengekalkan prestasi untuk memastikan kedudukan dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya.

Rekod Lions XII di Jalan Besar sememangnya sudah diketahui sebelum ini. Terbaru, mereka gagal meraih 3 mata berharga apabila diikat Kedah 2-2 minggu lalu. Bagi Perak, keputusan seri adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Tetapi, dalam keadaan sekarang, Lions XII lebih tertekan untuk mencari mata berbanding Perak yang boleh dianggap agak selesa dengan 7 mata. Tetapi perlu diingat, di pusingan kedua ini, keciciran mata bakal mengubah kedudukan Perak yang kini diikuti rapat oleh Sarawak dan Kedah.

Bagaimana agaknya corak permainan Perak di Jalan Besar nanti? Mampukah mereka menerapkan corak permainan laju Lions XII yang berkelebihan bermain di atas permukaan padang berumput tiruan itu?

Fokus, cara berfikir dan menghayati permainan mungkin dapat membantu dalam memastikan Perak meraih sekurang-kurang satu mata di sana nanti. Azraai Khor mungkin sudah membuat persiapan dan perkiraan keadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Persepsi dan pandangan penyokong kini dilihat positif terhadap jurulatih yang cukup berpengalaman ini. Jadi, beliau perlulah membuktikan bahawa beliau cukup serius untuk membawa pulang Piala Malaysia edisi ini kembali ke Bumi Perak Darul Ridzuan. Tewaskan Lions XII di Jalan Besar dan nantikan reaksi penyokong serta pengkritik bolasepak tempatan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

8 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Lions XII vs Perak (preview)

  1. helmirizal

    pusingan kedua sudah bermula, lions yang terperosok di dasar kumpulan mesti mahu bangkit pada sabtu nanti, pasukan perak haruslah merancanakan strategi yang ampuh untuk mengekang lions dari menjaringkan gol..kelebihan mereka bermain di atas padang tiruan haruslah dikekang oleh pemain perak
    tidak melakukan kesilapan dan sentiasa tenang dalam mengawal keadaan dan hantaran

    insyallah jika kita berjaya mengawal tempo permainan, lions tidak akan berjaya menjaringkan gol...jika perak menang di jalan besar tiket ke suku akhir hampir pasti milik perak...jika perak berjaya seri juga bonus tapi diharapkan perak tidak kalah...sama-sama la kita doakan

    skor yob skor

    ramalan teman perak 1-1 lions

    barisan pilihan teman

    farizal marlias
    shahrom kalam
    rafael
    mohd nor hazrul
    khairi kiman
    shahrulnizam
    yoganathan
    norhakim
    chanturu
    azlan
    paulo rangel

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Jaji

    Semua orang tahu bahawa Lion XII tidak pernah kalah di tempat mereka sendiri di Stadium Jalan Besar dalam kempen Liga super yang baru berakhir. Paling teruk pun mereka hanya seri sahaja. Oleh itu Perak harus menyematkan azam dan bertekad untuk menewaskan mereka di tempat mereka sendiri dan sekali gus mencipta rekod Perak adalah satu-satunya pasukan yang mampu mengalahkan mereka pada tahun ini. Bagaimanapun janganlah perkara itu menjadi tugasan penting dalam perlawanan hari Sabtu ini yang tentunya boleh merencatkan fokus para pemain Perak sendiri. Jika boleh dikalahkan, lakukanlah. Jika tidak, dapat seri pun sudah mememadai.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jaji

    Sekali lagi teman nak ingatkan keopada para pemain Perak sekalian. Jangan sekali-kali memberi tendangan oercuma kepada Lion XII berhampiran dengan kotak penalti Perak dalam pertemuan pada hari Sabtu ni nanti. Kalau mereka mendapat tendangan itu, memang pintu gol kita jadi bahaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    salam
    teman setuju bebeno dengan cadangan yob hermizal....tapi cuma satu ajer tukor keeper ...kasi taruk khairul Amri..

    sebabnya dah beberapa perlawanan nampak sangat seperti ada yang tak kene dengan Farizal....gemor betui dia nangkap bola tak lekat,itu bukan permainan dia ??????? tapi striker teman gemor lagi teman katakan ambik budak piala presiden tuer nama tak ingatla kan......

    game kalau deme buat taktikal macam kat ipoh ari tuer compom kalah,jangan harap nak menang udahlah tengok muka muka star dalam team tuer tak ada upaya fitness yang baguih......

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Betul. Farizal mungkin boleh direhatkan. Main kat jalan besar kena letak yang laju sikit. Tengah kasi padat, Striker sorang pun tak pe. Teman prefer main 4-5-1.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    4-5-1.

    GK. KHAIRUL AMRI

    RB. THIRUMURUGAN
    LB. NORHAZRUL
    CB. SHAHROM
    CB. RAFAEL

    CM. NORHAKIM
    CM. YOGANATHAN
    CM. SHARULNIZAM
    LM. KHAIRUL ASYRAF
    RM. CHANTURU

    FW. PAOLO ATAU AZLAN

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syahir

    Gud luck skuad seladang tuk game malam ni..dpt 3 point mlm ni,blh la nk enjoy 2 game yg akan dtg.tp klu x dpt point,teruk sikit la 2 game nnti...adios.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    As salam teman2 Seladang Dot Net...teman malas nak komen panjang2 sebab bagi teman perjuangan Sang Seladang senior dlm kancah Piala Malaysia sebenarnya baru bermula....mulanya malam ni adalah penentu segalanya samada layak atau tidak ke suku akhir piala yang di idam2kan selepas kali terakhir kita dakap pada tahun 2000...teman setuju benor dgn kata teman2...fokus pada permainan tu yang amat penting selain corak taktikal yang penuh dengan surprise....cuma satu lagi teman nak tambah...disiplin kena jaga dan tingkatkan...terutama emosi....teman tak nak kejadian yang sama berulang seperti dalam saingan liga tempohari...di warnai dengan koleksi kad merah...beringatlah sebelum kena....kemenangan perlu di capai dengan apa jua sekali pun...tak kisah le gol tu datang dengan menggunakan kaki,kepala,mendada ataupun perut.....
    Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.