Piala Malaysia 2013 | Kedah vs Perak (result)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Sabtu, 24 Ogos 2013
Stadium Darulaman, Alor Setar
8:45 Malam

Kedah 1 – 1 Perak

Mutu permainan yang terbaik! Tetapi nasib tidak menyebelahi Perak untuk pulang 3 mata apabila Alen Guc memastikan satu mata dikongsi di Alor Setar di minit-minit akhir permainan.

Perak bermula baik seawal permainan dengan mempamerkan penguasaan bola yang menarik sambil kombinasi jentera tengah bertenaga yang dibarisi oleh Sharulnizam Mustapa, Norhakim Isa, Nasir Basiruddin dan Khairul Asyraf Sahizah.

Perak sepatutnya mendahului sekurang-kurangnya 2 gol dibabak pertama, namun gagal disudahkan dengan baik oleh Paolo Rangel. Kedah dilihat buntu mengekang kemaraan Perak sehinggalah tamat separuh masa.

Babak Kedua. Kedah dilihat mula mendapatkan rentak sebenar mereka. Seperti dijangka, Khairil Muhymeen Zambri digunakan sebaiknya mencetuskan huru hara di kubu pertahanan Perak. Namun, segalanya mula berubah apabila hantaran silang Thirumurugan dari sebelah kanan ditanduk kencang oleh Khairul Asyraf Sahizah untuk gol pertama Perak.

Khairul Asyraf sebelum itu telah beberapa kali mengancam kubu Kedah cuma dinafikan oleh penjaga gol Kedah .

Selepas itu, permainan banyak dikuasai tuan rumah. Manakala Perak menunggu untuk serang balas. Untuk perlawanan malam tadi, serang balas Perak dilihat cukup berkesan sekali, kepantasan Khairul Asyraf sekali lagi dimanfaatkan apabila berjaya memperdaya pertahanan kanan Kedah dan melepaskan rembatan kencang yang membias penjaga gol Kedah dan sepakan susulan beliau sekadar singgah di tiang kiri gol Kedah. Jika tidak Khairul Asyraf Sahizah akan menjaring gol kedua peribadinya.

Secara keseluruhannya, Perak bermain baik. Norhakim Isa dan Khairul Asyraf Sahizah patut diberi pujian yang mempamerkan aksi mantap sepanjang permainan. Paolo Rangel dirantai secukupnya oleh pertahanan Kedah, namun Azraai Khor lebih bersedia dengan menggunakan kekuatan lain untuk menggempur pertahanan lawan.

Tahniah walaupun 1 mata sahaja di Alor Setar. Masih gagal MENANG di Alor Setar. Dalam Perlawanan lain, Sarawak berjaya mendapatkan 3 mata berharga apabila menundukkan Lions XII 2-1.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Kedah vs Perak (result)

  1. Azzudin

    Alhamdullilah kita beroleh kputusan seri..Bersyukur ke hadarat Allah....
    teman dh jangkakan pemain muda perak akan mnyinar spnjang kempen piala malaysia
    percaturan azrai khor sngt berbaloi...di harap pada msa akn dtg pngurusan perak akn mngekalkan coach azrai untuk beliau mngetengahkan rmai lgi bkat muda dlm negeri perak ni
    so now fokus untuk next game lwn lion..kesebelasan ini hrus la dikeklkan untuk memastikan 3 mata
    moh pnyokong setia kejor yob kejor dari sluruh pelusuk negeri perak kita penuh kan stadium perak selasa
    kejor yob kejor/ipoh mali talak sombong

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    3 mata seharusnya milik perak....namun pada minit akhir perlawanan kedah sekali lagi berjaya menjaringkan gol...barisan pemain yang diturunkan oleh azrai khor nampak baik dengan gabungan pemain muda dan senior

    teruskan usaha....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.