Piala Malaysia 2013 | Kedah vs Perak (preview)

PM 2013 latest

 

 

 

 

Sabtu, 24 Ogos 2013
Stadium Darulaman, Alor Setar
8:45 Malam

Misi 3 mata seterusnya adalah di Alor Setar Sabtu nanti. Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang buat pengendali Perak Mohd Azraai Khor tetapi dalam situasi dan tujuan yang berbeza biarpun Stadium Darulaman bukanlah asing bagi beliau. Beliau yang membawa cabaran Perak untuk mencari mata penuh dilihat bakal mencaturkan sesuatu yang berkesan untuk mencapai sasaran yang sepatutnya.

Kedah yang beraksi baik dalam perlawanan lalu dilihat bakal mengekang kemaraan Perak dalam Kumpulan D seperti yang diramalkan sebelum ini. Terjerumus ke Liga Premier bukanlah alasan untuk menidakkan komitmen mereka dalam saingan merebut trofi berprestij ini.

Perak perlu ingat bahawa selepas tahun 2004 Perak tidak pernah menang di Alor Setar. Kali terakhir Perak menang ke atas Kedah di Stadium Darulaman adalah pada 25 Mei 2004 lebih kurang 9 tahun lalu, satu jangka masa yang agak lama. Selepas itu Perak hanya mampu seri yang mana kali terakhir adalah pada saingan Piala Malaysia 2011 apabila Perak berjaya mengikat Kedah dengan jaringan 1-1.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini berentap di Alor Setar adalah pada saingan Liga Super 2012, jika kita masih ingat 30 Mac 2012 Perak tewas 0-3 hasil jaringan Hamidan Mohamad (2 gol) dan gol sendiri Mohd Syazwan Roslan.

Secara peribadinya Perak ada dua misi penting yang mana matlamatnya adalah satu, iaitu MENANG. Menang dalam perlawanan ini cukup bermakna buat Perak, terus menerajui Kumpulan D dan menamatkan badi 9 tahun tanpa kemenangan di Stadium Darulaman.

Bercakap tentang prestasi semasa Perak. Dalam perlawanan lalu, Azraai Khor bertindak berani mempertaruhkan jentera tengah muda iaitu Norhakim Isa bersama ‘Otai’nya Sharulnizam Mustafa yang cemerlang menyebabkan dua gol berharga Perak. Cuma, Perak perlu lebih pantas mengekang asakan dari rusuk kiri dan kanan yang boleh memberi ancaman buat pertahanan Perak. Dalam perlawanan lalu, gol Sarawak terhasil daripada pemain sayap yang pantas dan bijak menghidu peluang untuk mencipta jaringan.

Dominasi di bahagian tengah perlu dipertingkatkan bagi menyukarkan pihak lawan mengatur gerakan bahaya ke arah gol Perak. Ketajaman Paolo Rangel perlu dipergunakan sebaiknya. Ini kerana beliau memiliki ciri-ciri seorang penyerang yang baik dan boleh menjaringkan gol dalam apa jua keadaan, dengan syarat ada hantaran dibuat ke arahnya. Bijak mencari ruang dan pantas bertindak menjadi kelebihan beliau yang bakal menyukarkan pertahanan lawan untuk mengawal pergerakannya.

3 mata di Darulaman adalah wajib bagi memastikan Perak tidak tertekan memburu mata dalam perlawanan berikutnya bertemu Lions XII yang agak liat untuk ditundukkan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala Malaysia 2013 and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Piala Malaysia 2013 | Kedah vs Perak (preview)

  1. Jaji

    Dalam kem Perak kali ini, ada dua individu yang pernah berada dalam kelompok Kedah. Mereka ialah Coach Azrai Khor yang pernah membimbing Kedah hingga berjaya menggapai double trible. Individu kedua pula ialah Shahrulnizam Mustapha yang pernah bermain untuk pasukan Kedah untuk semusim. Bermakna dari luar pasukan ada pemasang strategi (Azrai) dan dari dalam pasukan juga ada pemain yang boleh melaksanakan strategi.

    Menyebut pasal 'badi', Perak sebenarnya telah mengatasi badi tersebut. Perak kini boleh mengatasi Kedah sama ada di gelanggang mereka sendiri mahupuh di Stadium Perak. Ini bermakna tiada sebab Perak tidak boleh memungut 3 mata penuh di Alor Star dan seerusnya mencerahkan peluangnya untuk mewakili Kumpulan D ke peringkat Suku Akhir, Piala Malaysia 2013 ini. Apa yang penting, para pemain Perak hendaklah memainkan peranan masing-masing dan jangan sesekali memberi peluang mahupun ruang kepada pemain Kedah untuk menembak ke arah pintu gol Perak.

    Pandangan saya kepada Coach, tengok-tengokkan le pemain berjersi no. 27 tu. Ini kerana teman peratikan dia ni ada sesuatu yang 'tak kena'. Dalam pertemuan dengan Sarawak pada hari Selasa lepas, ada ke patut dia hantar terus kepada pemain lawan di kawasan yang hampir dengan pintu gol Perak. Lepas tu kelam kabut le nak ambik balik bola tu. Nasib baik situasai sebegitu tidak mengasilkan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Salam. 3 sebenarnya individu dari Kedah atau pernah bersama Kedah, tambah sorang lagi, Azlan Ismail.

      Tentang corak permainan saya tidak risau sebab dah ada 'patent'. Cuma fokus pemain dilihat naik turun. Main halai balai je. Kurang komited dengan tugasan. Kena tingkatkan komitmen setiap kali bermain. Bermati matian main. Gamak tak boleh pi pemain simpanan ada. Tugas sekarang main je, coach tahu la nak plan macam mana, jangan tahan-tahan. All out.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. helmirizal

    3 mata penting untuk dibawa pulang dari darul aman sabtu nie.....pemain-pemain haruslah berada dalam mood untuk mencari kemenangan apabila bertemu kedah nanti....kekuatan kedua-dua pasukan dilihat sama rata, pasukan yang bijak menggunakan peluang dan merancanakan strategi yang baik akan menang

    kedua-dua pasukan selalu mengadakan perlawanan persahabatan, justeru itu kelemahan setiap pasukan pasti dalam gengaman setiap pemain perak, harapan pasukan perak mampu bawa pulang 3 mata nanti

    ramalan teman perak menang 2-0

    barisan pilihan

    farizal marlias
    shahrom kalam
    rafael
    thirumurugan
    mohd nor hazrul
    norhakim
    nasir
    shahrulnizam
    rafiudddin
    paulo rangel
    azlan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syahir

    Salam,thiru pun penah main ngan team kedah..ayuh ramai2 fan perak ke stadium darul aman sbtu ni..kepada pemain elakkan diri dari mengutip sebarang kad...adios,score yop score.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jaji

    Kesimpulannya terdapat 4 orang individu yang pernah berada dalam kem Kedah iaitu Jurulatih, Azrai Khaw dan 3 orang pemain, Thiru, Azlan dan Arul. Cuma selepas mewakili Kedah, Thiru dan Azlan berkelana ke Kelantan. Tapi Arul terus pulang ke pangkuan Perak sebaik saja tamat kontraknya dengan Kedah. Kalau dah begitu keadaannya, kesemua 4 orang tu seharusnya dapat menghidu di mana kekuatan dan kelemahan Kedah dan boleh memanupilasikan permainan malam esuk. Maka sewajarnya Perak patut menang malam esuk untuk kmenghidupkan peluang ke peringkat Suku Akhir dan seterusnya Separuh Akhir dan Akhir. Ayuh pahlawan Perak. Kasi gempur sama Kedah esuk malam dan kena kasi menang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Azzudin

    perak memerlukan seorang striker yg laju untuk membantu paulo rangel.hope coach azrai akn memberi peluang kpada khairul asyraf untuk berganding ngan paulo.pemain ini mempunyai potensi yg besar untuk mnjdi striker utama perak dan malaysia pada msa akn dtg.sementara itu di bahagian tengah prk prlu mngekalkan arul dan nasir krana diorang lah pngerak utama psukan.sementara itu hakim patut diberi pluang skali lgi untuk membuktikan kewibawaan dia slaku bkl pngnti legenda kita azizul abu hanifah.tempat yong digantikan ngan s chanturu,di bhagian pertahanan prk prlu mngekal kan 4 big four iaitu thiru,shahrom,rafael dan khairi.cma khairul dan thiru hrus elert ngn winger kdh yg pntas dn laju
    klau x hbs la team ksayangan kita.selamanya yob 4 ever,kejor yob kejor/adios....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.